Wednesday, August 31, 2011

raya ku tahun ini..

tidaklah semeriah tahun lepas2.

tahun ini hanya 2 keluarga di rumah tok aku. tapi masih happening sebab 2 keluarga yang bes :D

tema tahun ini adalah purple. sumanya kaler purple. tapi tak tangkap gambar pon :(

tapi ada satu berita sedih... kami dikejutkan dengan kematian seorang ahli keluarga terdekat di Serdang pukul 10 pagi.. sedih. dah la di pagi raya. wan misai aku pon tak sempat sembahyang raya. al-Fatihah buat arwah Pak Ngah...

dah berapa hari dah arwah koma sebenarnya. tapi itu adalah kematian yang mengejutkan. arwah jatuh dekat rumah dia, kemudian dikejarkan ke hospital dan terus masuk ICU. nazak. beberapa organ sudah tidak berfungsi. hingga lah ke jantung. oksigen dah tak boleh diterima walaupun memakai alat bantuan pernafasan. beberapa hari kemudian, iaitu semalam, dah meninggal dunia. siapa tahu. Allah dah sedia yang terbaik untuk arwah. semoga arwah tenang di sana. kami yang masih hidup hanya boleh mendoakan :')

sedihh. arwah masih muda. berusia 36 tahun. bukan orang tua saja yang meninggal kan.. arwah sebenarnya disenangi oleh semua orang disebabkan sifatnya yang peramah. aku pon suka. tapi Allah lebih menyayangi arwah. semoga Mak Ngah sekeluarga bersabar dan diberi kekuatan untuk menempuh hari2 seterusnya. anak Mak Ngah yang paling tua baru berusia 7 tahun. dah kehilangan ayah. Ya Allah... berilah mereka kekuatan...Ameen.

arwah meninggal di pagi Syawal yang pastinya sangat mendukacitakan bagi keluarga. Semoga tabah menghadapi segala dugaan ini.

aku bersyukur, walaupun tak dapat fly, aku masih dikelilingi ahli keluarga aku. aku sayang mereka. :')


SELAMAT HARI RAYA.

hari ni mak aku buat lontong, raya kedua. sila datang ke rumah :D

Monday, August 29, 2011

it's raya time!

bila suara-suara sayu takbir sedang berkumandang,

bila mercun meriam sibuk dinyalakan,

gabungan dua bunyi ini menandakan RAYA SUDAH MARI!

buat kawan-kawan tersayang, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.

MAAF DIPINTA andai diri ini melukai kalian dalam pada keadaan sedar mahupun tidak...

dunia zaman ini.



BELL NUNTITA. satu nama yang sedang popular di Thailand sebab beliau masuk Thailand's Got Talent. walaupun tak menang tempat pertama, dia masuk FINAL jugak!

mula-mula, aku terpesona jugak la mendengar suara beliau, tiba-tiba keluar "suara" lain. tersungkur!!

sapa percaya cun melecun meletop habis suara ayu + macho ni transgender :/


wake up people. world changed, people transformed :|

oh duniaa, penuh dengan derita...
ada mulia ada juga kejinya...


but he's.. err.. she's really has a wonderful voice.. :/

Thursday, August 25, 2011

jodoh aku.

Ya Allah, kalau dia memang jodoh aku, jodohkanlah..
Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak...
Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selainku...
Kalau dia tidak boleh dijodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain...
Biar dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali....
Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah denganku...
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu bertemu jodoh dengan orang lain...
Dan kemudian jodohkan dia kembali dengan ku.

(nak nak sangat ni!!)...Ameen...

keh.keh.keh.

pecah perut aku gelak...

Monday, August 22, 2011

situasi terawikh..

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah kan malam ni dah masuk malam 22 terawikh. bila dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan tahun ni, dah tiba masanya kita berebut-rebut mencari malam Lailatul Qadar ye dakk?

tapi yang pasti malam tu bukan malam ni la kan sebab malam ni kan malam genap. dan malam Lailatul Qadar ni adalah pada tarikh ganjil kan. mungkinkah semalam? atau besok? atau 25, 27, 29?

10 malam terakhir yang sepatutnya digunakan sebaiknya oleh kita, tapi sedih sebab di kalangan kita, di sekeliling kita semua orang sibuk menantikan kehadiran Syawal. ye tak salahkan untuk berhibur, tetapi adakah patut dilupakan Ramadhan?

semakin Ramadhan melambai pergi semakin kurang orang pergi masjid, terbalik pulak di pasaraya, uptown2 yang sentiasa dipenuhi manusia.

aku nak share pengalaman pahit manis aku pergi terawikh tahun ni. kalau ingat balik kelakar je aku rasa. aku ni takde la kiranya yang tak tinggal langsung terawikh. ada kalanya tinggal jugak.

*GEGARAN*

okey peristiwa ni baru sangat ja berlaku. tadi. hehe. time tu baru je solat Isyak, masa nak bangun dari sujud rakaat kedua tu, aku dapat satu gegaran. tapi gegaran tu kat bontot aku je. pelik. pastu terpikir, aku saf belakang. belakang dah saf kanak-kanak, bila pikir balik logik dan gegaran yang aku rasa tu, rupa-rupa terlanggar ngan kepala budak kat belakang tu. tersenyum aku sorang2 time semayang. nak gelak sebenarnya.  hah, tak khusyuk semayang la tu -.- pastu bila dah habis, aku pusing tengok budak tu, dia sengih2 je, nasib baik tak marah aku. haha.

*BILANGAN MAKMUM*

ni standard ah kot kat mana-mana masjid pon mengalami perkara yang sama. macam yang aku cakap kat atas tadi, makin hari makin berkurang. sedih betoi. kalau dulu hari first aku pegi terawikh, pergh tak dak tempat kot. nah kena dapat hat tepi2 sekali ja, tempat panas, datang lambat la katakan. tempat parking pon haaa, susah nak cari. mau bulih masjid kat umah aku ni bole 2,3 baris kereta bersusun kat jalan besar.

sekarang ni bila dah 10 malam terakhir kereta bersusun dekat tempat shopping je la. saf perempuan yang penuh dulu ni, tinggal 2,3 saf je. pastu bila dah buat 8 rakaat tinggal 1 saf je. alahai.

*LURUSKAN & RAPATKAN SAF*

awal-awal solat lagi tok imam memang dah cakap pon, "luruskan & rapatkan saf, sesungguhnya ia adalah sebahagian dari solat" tapi, kenapa masih susah orang nak rapatkan saf? bagi makcik2 alasan mereka ialah "panas" "nanti nak duduk tahiyat akhir kang terduduk plak atas orang" "tak selesa" bagi aku alasan2 tu semua takleh pakai pun. panas? neraka sejuk ke? tak selesa?syaitan ada kat sebelah selesa sangatlah?

kita ni, nak tegur bukannya taknak, tapi memandangkan nak tegur orang yang lebih tua, aku payah la sikit. nanti ada plak yang terasa hati mampus aku, ntah2 yang nak tegur plak bakal mak mentua plak kan, kang ade yang yang tak puas hati plak. eheh.

kalau dulu, aku kat kolej, benda ni tak penah jadi masalah pon, sebab kitorang kenal satu sama lain jadi senang lah nak menegur.ada ja hadis Rasulullah pasal luruskan saf ni.

Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Elokkanlah kedudukan saf ketika solat.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)


Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)


tak susah sebenarnya nak rapatkan saf ni, tapi kita yang menyusahkan diri sendiri. aku pun ada terbaca yang rapatkan saf sebenarnya boleh mencetuskan perpaduan. kan bagus tu?

*KANAK-KANAK*

okey part ni aku memang meluat kat budak-budak. part ni je okay. aku ni penyayang sebenarnya. eheh. tapi aku xleh blah btol la. bising yang amat sangat. aku, kalau  ada anak nanti, kecik2 yang taktau nak sembahyang lagi, aku takkan bawak p masjid. nak buat apa? ganggu orang ja. terjerit sana-sini. terkinja-kinja. haih. rasa nak p tampaq anak orang pon ada.

tapi ada hat pandai jugak. tapi pandai kot lain la. masa orang tengah sujud ka, baru rakaat pertama memang bising ya amat, tapi bila dah bagi salam tau pulak senyap. takut orang marah la tu.

penah sekali aku usya budak tu, masa tu dia tengah jerit. sengap pulak bila aku usha macam nak telan. padan muka.

(aku tengah emo. sebenarnya aku sayangg budak2 :D -.-?)


sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk Ramadhan ini. semoga ia lebih baik dari yang sebelumnya. :)

Saturday, August 20, 2011

di dalam kesunyian malam,

aku termencarut, gara-gara minuman Bliss telah dihabiskan oleh adik aku, dan aku setitis pon masih belum menjamah minuman tersebut. sesedap hati dia ja nak meneguk minuman aku! pastu nak melawan aku pulak. hadoi.
apa lagi, suara ku telah memecah semesta alam yang tengah berehat malam2 ni. carutan terus bermaharaja lela di bibir ku yang suci ini.

ohh BLISS kuu... :( sedihnyaa. macam mana nak kempis perut bliss habis dah ni :|

hanginnn!  BENGANG!

Astaghfirullahalazim..

Friday, August 19, 2011

boringnya FB...

when everybody keep talking about VISA, CAS NUMBER, CLEARING, MEDICAL CHECK UP, FLY... UK...

T______________________________T

*heart*


just nice ^^

tapi aku suka yang ni lagi !! XD

Wednesday, August 17, 2011

galaxy ACE

bila handphone lama sudah mula mencari pasal, tergedik-gedikk lah sudah nak menjeling-jeling telefon-telefon tangan di pasaran kini. 

dan hati mula terpaut. terpagut. teragut.


SAMSUNG GALAXY ACE!


maakkk. comelnya fon niii ^^ ala kucikuci...

harga pasaran sekarang ialah RM880. dan aku terpaksa bersabar. aku sekarang mengalami kegawatan ekonomi yang gawat. so, hanya mampu melihat sahaja fon ini.

sabarlah wahai hati. kalau ada jodoh kita berdua, tak kan kemana, ACE! *_*

bukak puasa ke melaantak tah..

salam Ramadhan.

actually. tak de la majlis sangat.. 4orang je.

hari ni aku keluar lepak dengan kawan2 aku. bestfriends. aku sayang sangat depa ni. depa selalu ada dengan aku :)

I LOVE U GUYS ~ 

hari ni kami belagak yoo. bukak puasa kat SECRET RECIPE. hah, jangan jeles yoo.. melantak habis la suma. yelah bayar mahal2 tapi tak makan. rugi yang amat lohh.

ehem, terpaksa aku akui ni first time aku melantak kat secret recipe, sebelum ni beli kek secret recipe jek mampu. sekarang pon takde la mampu sangaat pon. tambah2 situasi kewangan aku agak gawat la jugak sekarang ni, duit elaun dah takde, masuk maktab lambat lagi. so, aku sekarang hanyalah gelandangan. duit pon mintak mak lagi -.- tu ponnn haaaa adeee hatiiii laaaa kaw nakkk maaakaaaaan tempaat mahaaaaal!

actually aku lah yang bagi keputusan terakhir makan dekat secret recipe. hah. padan laaaah. gedik. suma suka barang mahal2 jek, makan nak yang mahal belaka. kaw bajet kaya lah weii skang? huh.

aku yang gemuk -.-
  
                        
                                  ni kawan aku yg comel.tu nampak tu dh reserved dah okey!


ni sorang lagi minah kepoh. paklah jer. tapi gedik suh panggil fad pulak. hihi

kasi besar sikit nasi aku makan ni haa. nampak berselera kann? melimpah ruah ha tuu kuah BBQ. emm. sedap?bolee laaa nakk makannn

nih kawan aku punyaa. tapi ni aku preferrr laaa.harap2 boleh  makan lagi nanti bila2. sob2. OREO MILKSHAKE. sedaaaaap sangaat. sangat berlemak. satu kenikmatan rasanya lepas minum..:D

pastuh daah kenyang melantakk ada lagi haaa dessert plakk. buruk lantak lahh aku.

double delight yang shuweet ^^

suka laaah keluar ngan diorang nii. lama tak gelak macam orang gila. uikss. terasa semuanya telah dilepaskan bila dapat gelak tak ingat dunia nih. yaa betol. ya lah lama tak rasa tenang. berada bersama2 diorang memberi ketenangan buat aku. bila lepak ngan besties2 ni buat jiwa kacau jadi tenang balik. seolah2 macam takdak benda pon yang berlaku. heh. bangga la hampaa :D

tapiiii lepas tengok resit terkedu belaka.
untuk 4 orang. kedu tak kedu bayar la bhaiii. nak basuh pinggan ke.
tulaahhh masa meng'order' makanan tu macam tak ingat dunia. puasa lah katakan. semua makanan nampak indah di mata.

tapi bes jugak dapat kurma free ngan air sirap free.. tapi haaa, kalau nak banding makan kat gerai kat luar tu, entah berapa air sirap kau boleh dapat dengan harga macam ni -.-

tu lah pengajaran yang kami dapat hari niii...












Sunday, August 14, 2011

i'm done with it.

asyik2 citer pasal hidup aku jep. tahu lah bosan. tak de pape menarikk pon. tapi nak jugak cakap..

aku dah selesai bersedih. aku kini ingin mencari diri sendiri. mencari kesalahan diri dan membetulkan. bermuhasabah diri.

aku. kini terima kenyataan. tempat aku bukan di UK. rezeki aku tak dak di sana. segalanya telah ditentukan. aku harus redha. aku harus yakin. Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat aku. ini mungkin satu ujian buat aku agar aku lebih bersyukur akan nikmatNya. aku redha kini.

dan aku bersyukur. dikurniakan keluarga. sahabat. dalam menjalani kehidupan ini.

bermula hikayat aku di sini.

InsyaAllah. aku akan lakukan yang terbaik.




Wednesday, August 10, 2011

kecuakkan melanda sehari sebelum result A-level.

*entri pendek tapi sweet ini dicipta bagi menyatakan rasa cuak tahap gaban bila result keluar esok*

ku gagahkan jugak menulis sebuah entri sebelum result keluaq. takutt. tadi da try bukak cie results dah. ditulis kat situ result to be released. saya dah cuak babeng da ni. tahap gaban. damn. amboii ayat. kasaq. kurang sopan sikit kot.

risau ni. cek risau. cek risau result tak semenggah. T_____T warghhhh otokeee.

chemistry. subjek susah taktau tahap apa dah. entah apa2 soalan.

tu tak kira psychology lagii.. entah apa yang aku merapu pada waktu itu i dunno laa..

ku tahu sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. *meratap*

hari-hari aku menanti result sangat lah menderita. merangkak. tak sanggup sebenarnya nak berhadapan dengan 11 ogos :(

12 ogos pon tarikh keramat jugak. sangat laaa. what to do. pandai tanggung sendiri ar.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...

KPM dah mula mengorak langkah. menambahkan lagi kecuakkan dan menyesakkan dada dengan pre-departure yang akan diadakan pada 24-25 ogos. weh. kamon. semangatnya. tak yah la nak bagi tentatif, map, lampiran D lagi . result tak keluar lagi kot =___=

dengan kekacauan yang melanda LONDON turut menambahkan kesesakkan di dada. heh.

afiq anuar da semangat cari tiket bas nak pi pre-departure. kata nya da nak raya tiket habis. C'mon. afiq anuar tak pa la nak beli tiket siap2. SCHOLAR OF THE YEAR kot. -.-

evin sumpah dah ajak beli tiket -.-

saya sangat tidak sanggup nak pikiaq apa yang bakal terjadi esokkk!!!

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...

kerisauan yang nyata tak boleh disembunyikan lagi. hanya ada beberapa jam sahaja lagi. pastu da boleh cek result.

kawan2, walaupun apa yang terjadi, hampa still akan kawan dengan aku kan? in case... nothing!

In three words I can sum up everything I've learned about life. It goes on.

mari kita sama2 berdoa yang terbaik untuk masing2.

mari kita tawakkal & redha.

bolehkah aku jejak tempat ni yang real?


gulp










Monday, August 8, 2011

perempuan : bertudung + legging

saya tau saya bukan perempuan yang bertudung labuh serta berpurdah. mungkin tak layak sangat la nak bercerita soal agama. tapi kalau nak kira layak tak layak, bukan kita yang layak nak tentukan pon. ayat confusing doe aku. tak kisah la. well, takdak manusia sempornaa pon.

semalam, aku pi mall. saja. kecoh-kecoh kat sana dengan kawan2 aku. tiba-tiba terserempak dengan seorang makcik 40+ kot umur dia. mak aihh.. legging derr. pakai tudung boggol unta. cool betul makcik nih. aku cuma boleh tengok je la. atas bawah. atas bawah. dengan kawan aku. lawan tengok sama sendiri.

da nak jadi nenek pun, ada hati jugak an nak pakai legging. -.- eh, ni bukan bermaksud sang muda remaja, berdarah panas seperti aku ni boleh pakai legging, oh tidak sama sekali. 

ni pendapat aku lah kan, banyak lagi kot cara nak bergaya. tapi takdak la sampai over2. legging + tudung sangat lahh tidak boleh diterima. sumpah takleh. mai cek nak bagitao sikit ni... hudoohhhh sangaaaat makcik. lagipon ketat gila kan legging tu, nak pakai pon kena bersusah payah (tak bermaksud aku penah pakai okey), dah buang masa dah nak seqhelom legging tu. sudah la nipis. nak tunjuk apa sangat.. bangga sangat ke tunjuk kaki? suka sangat la orang tengok atas bawah?

tu tak cerita lagi perempuan bertudung + legging pi bazaar Ramadhan. ada ke? setakat ni aku tak pernah lagi nampak dengan mata kepala sendiri.

tak payah la kot nak legging2 ni. nak jugak tak payah la pakai tudung. jatuh saham orang pakai tudung nii. legging bukannya seluar pon. legging macam sepender je kot. ada yang cakap legging makes a lady look like a slut 0.o

aku tak kutuk. aku cuma memberi pendapat. kalau ada jugak niat di hati nak pakai legging tu, simpan ja la okey. orang tak respek, orang kutuk lagi ada la. tak caye? ce tengok nih klik2

tipu la kalau ada orang cakap kitew ni pakai bukan nak bagi orang lain tengok, asalkan kiteww sukew tengok sudah leww.. peduli laa apeww orang lain nak cakap. tu semuaa hakktuuihh jeww. kau pakai je la dalam bilik, tengok sorang2 kau. tak payah bagi orang tengok. takkan tak dak sekelumit perasaan nak bagi mamat2 maskulin terliur tengok. tipu la takdak.

sebab kaum-kaum macam ni la orang nak merendahkan orang yang pakai tudung. suka sangat la dengar orang cakap pakai tudung tak semestinya baik, tak pakai tudung tak semestinya jahat ?? orang cakap tu ada betul jugak, tapi takkan kita yang bertudung ni nak mengiyakan ja. takkan nak terus tunjuk yang orang bertudung ni jahat. jatuh maruah la. kalau hampa lawa, tak pakai legging pon lawa jugak.

aku taknak la cakap banyak-banyak. kita tak tahu. satu hari nanti mungkin hari aku. tapii, aku takk harap hari tu akan berlaku. insyaAllah.

tapi aku pun banyak jugak nak memperbetulkan diri aku jugak. so, boleh la kot kita sama2 membetulkan diri kita. kan elok di bulan2 puasa ni..

tulih panjang2 pon buang karan jugak. makcik tu bukan nak baca. ciao.

why la gorgeous sangat!

drama terbaru lee min ho. baru la sangat... ceh. nak. nak. nak tengok! susahnya lah nak download. (padahal tak reti =.=) sudah la sangat bersusah payah, namun masih  tak berjaya... why la.. why! -.-

memang ar bole nak tengok kat youtube, tapi sangatlah tak feeeeel bila tersekat-sekat mau kata tiba2 internet mogok!

he is soooo awesome-gorgeous-macho-masculin!
sangatlahh nak tengok! tolong laaaaa. this pretty little thing on earth. makhluk ciptaan tuhan paling indah. okey tu agak lah exaggerate. tapi he is so damn hot dalam drama ni.! okey dah.






cute sial. dapat mana weh muka kiut macam ni!
tak suka sebenarnya nak letak gambar pompuan yang bergandingan dengan dia, tapi2 gambar ni kiut sebab pompuan tu sangat lah rendah! da berdiri atas papan serta pakai HIGH heels pon banyak lagi sangat beza tu!! aku? fine la fine. -.-
OKEY. 

PUASA.

BEHAVE..

Saturday, August 6, 2011

opera mercedes-benz



hensem dak kereta ni? well hensem lagi ashton kutcher aku oke. actually, aku just nak bagitahu. hari tu ada la keta ni lah, sebijik sama oke. dia pegi sedap parking depan gerai2 bazaar tu kan. derr, mana ada orang berhenti tengah2 tu derr. ganggu lintasan. buat jam plak. bukan nya boleh makan roti, puasa. okayh that's lame. agak2 lu orang ar kan, orang yang dalam kereta nih apa perasaan dia ha? der, aku kompem dia bangga gila. ye lah. ingat mudah lu orang nak tengok jenama kereta ni kat kedah. entah2 dia sorang je derr. tapi tak payah ar nak berenti kat tengah2 orang nak berniaga, dah tu buat kereta kat belakang takleh nak lalu. orang tak respek lu derr. orang hangat hati ade ar.

hah, okey. tu lah aku nak cita. ayat kena power untuk orang hebat2 nih. hebat ke. come on.

Wednesday, August 3, 2011

check-list


sedar tak sedar da bulan Ogos kan. da hampir 3 bulan da aku tamatkan A-level. da balik dah ke Jitra.

semenjak dua menjak balik ke kampung halaman nih da makin sibuk plak aku nih. macam-macam benda nak kena buat. macam-macam nak kena selesaikan. sijil2 yang UCL mintak pos telah dipos lajukan semalam. RM87.50. siot jek mahal. habis dah duit elaun gua. makan pasir la gua pasni. eceh. hutang kolej segala bagai telah diselesaikan semalam. tinggal nak dapat password untuk result dari pihak kolej. gulp. result.

IELTS dah selesai jugak. tinggal nak dapat result. gulp. ha, bagus sangat dah result A-level 11hb result IELTS 12hb. gulp. result. CUAKKK! okeh fine. memang cuak nak mati. hari ni 3hb dah. 8 hari lagi cek. takut & takut. ni antara hidup & mati. huu.. takde ah sampai begitu sekali. nasib baik aku da pegi MOC, Ustaz Hasrizal da cakap da. ini bukan penamat hidup. antara fly atau tidak itu rezeki masing-masing. yang pasti Allah telah menyediakan sesuatu yang terbaik kepada hamba-Nya. redha. ya, aku harus redha. 

pagi tadi dah buat IC baru. oyeahh. harap-harap nanti gambar tu cantik.. ceh. pastu da buat sekali gus surat beranak. apesal eh buat surat beranak. saja ja, gedik nak perabis duit. RM5 nak buat surat beranak baru. cantikk lah. ada surat beranak baru!

sekarang suma da diselesaikan. Syukur Alhamdulillah. tinggal nak tunggu dapat password then hanya perlu tunggu result. waiting and keep waiting till 11th of August. 

'Ya Allah ya Karim, tenangkanlah fikiranku. tunjukkanlah jalan yang terbaik buat ku. Redha kan lah hati aku.'

tapi, serius memang takleh nak gambarkan betapa gabranya, betapa cuaknya, betapa tak tenteramnya hati ini.

harap2  bulan Ramadhan ini dapat memberi barakahnya buat umat2 Islam seluruh dunia yang mengambil A-level. InsyaAllah. Ameen.

alang2 dah bercerita pasal bulan Ramadhan, elok lah kot nak buat peringatan untuk diri sendiri dan jugak list2 yang nak kena buat pada bulan mulia ni. moleklah kita sama2 meningkatkan ibadat kita pada bulan Ramadhan ni. bukan senang nak jumpa bulan Ramadhan. siapa tahu ini mungkin Ramadhan terakhir kita :') 

dan kalau nak senang boleh la beli Solusi Isu 34, dalam tu dah senang ada checklist untuk Ramadhan da. mungkin bole mambantu kita seharian.

harapan bulan Ramadhan kali ni aku dapat menambahkan solat2 sunat, luangkan masa untuk recite, tak tinggalkan solat terawih. harap2. Ameen. aku rasa blog ni sangat2 membantu untuk meningkatkan iman. sila tekan sini


setiap benda yang kita nak buat nih, kena ada check-list supaya korang tak lupa. benda nih sangat2 membantu. check-list ni sesuai untuk orang2 cepat lupa macam saya =.= kadang2 tu baru ja lima minit, aku pegi toilet jap, balik2 tu dah tak ingat apa yang aku nak buat 5 minit sebelum tu. tak tahu la orang2 lain turut mengalami hal yang sama. bukan Alzheimer. pastu2 aku selalu menghadapi masalah untuk mencari specs. oh, selalu lupa. -.- aku doa2 takdak la tua2 nanti aku dapat penyakit nyanyuk, menyusahkan orang lain aje nanti.

nak bagi tao nih, sekarang aku taktao lah kenapa. ni check-list terbaru aku. finding his movies. aku da tergila-gila kan mamat ni. ya, aku tahu sekarang bulan puasa =.=



lepas nih, insya-Allah check-list akan sentiasa jadi peneman aku. aku perlukan perubahan dalam hidup aku. da tak boleh berada di takuk lama lagi.