Monday, August 8, 2011

perempuan : bertudung + legging

saya tau saya bukan perempuan yang bertudung labuh serta berpurdah. mungkin tak layak sangat la nak bercerita soal agama. tapi kalau nak kira layak tak layak, bukan kita yang layak nak tentukan pon. ayat confusing doe aku. tak kisah la. well, takdak manusia sempornaa pon.

semalam, aku pi mall. saja. kecoh-kecoh kat sana dengan kawan2 aku. tiba-tiba terserempak dengan seorang makcik 40+ kot umur dia. mak aihh.. legging derr. pakai tudung boggol unta. cool betul makcik nih. aku cuma boleh tengok je la. atas bawah. atas bawah. dengan kawan aku. lawan tengok sama sendiri.

da nak jadi nenek pun, ada hati jugak an nak pakai legging. -.- eh, ni bukan bermaksud sang muda remaja, berdarah panas seperti aku ni boleh pakai legging, oh tidak sama sekali. 

ni pendapat aku lah kan, banyak lagi kot cara nak bergaya. tapi takdak la sampai over2. legging + tudung sangat lahh tidak boleh diterima. sumpah takleh. mai cek nak bagitao sikit ni... hudoohhhh sangaaaat makcik. lagipon ketat gila kan legging tu, nak pakai pon kena bersusah payah (tak bermaksud aku penah pakai okey), dah buang masa dah nak seqhelom legging tu. sudah la nipis. nak tunjuk apa sangat.. bangga sangat ke tunjuk kaki? suka sangat la orang tengok atas bawah?

tu tak cerita lagi perempuan bertudung + legging pi bazaar Ramadhan. ada ke? setakat ni aku tak pernah lagi nampak dengan mata kepala sendiri.

tak payah la kot nak legging2 ni. nak jugak tak payah la pakai tudung. jatuh saham orang pakai tudung nii. legging bukannya seluar pon. legging macam sepender je kot. ada yang cakap legging makes a lady look like a slut 0.o

aku tak kutuk. aku cuma memberi pendapat. kalau ada jugak niat di hati nak pakai legging tu, simpan ja la okey. orang tak respek, orang kutuk lagi ada la. tak caye? ce tengok nih klik2

tipu la kalau ada orang cakap kitew ni pakai bukan nak bagi orang lain tengok, asalkan kiteww sukew tengok sudah leww.. peduli laa apeww orang lain nak cakap. tu semuaa hakktuuihh jeww. kau pakai je la dalam bilik, tengok sorang2 kau. tak payah bagi orang tengok. takkan tak dak sekelumit perasaan nak bagi mamat2 maskulin terliur tengok. tipu la takdak.

sebab kaum-kaum macam ni la orang nak merendahkan orang yang pakai tudung. suka sangat la dengar orang cakap pakai tudung tak semestinya baik, tak pakai tudung tak semestinya jahat ?? orang cakap tu ada betul jugak, tapi takkan kita yang bertudung ni nak mengiyakan ja. takkan nak terus tunjuk yang orang bertudung ni jahat. jatuh maruah la. kalau hampa lawa, tak pakai legging pon lawa jugak.

aku taknak la cakap banyak-banyak. kita tak tahu. satu hari nanti mungkin hari aku. tapii, aku takk harap hari tu akan berlaku. insyaAllah.

tapi aku pun banyak jugak nak memperbetulkan diri aku jugak. so, boleh la kot kita sama2 membetulkan diri kita. kan elok di bulan2 puasa ni..

tulih panjang2 pon buang karan jugak. makcik tu bukan nak baca. ciao.

No comments: