Wednesday, August 3, 2011

check-list


sedar tak sedar da bulan Ogos kan. da hampir 3 bulan da aku tamatkan A-level. da balik dah ke Jitra.

semenjak dua menjak balik ke kampung halaman nih da makin sibuk plak aku nih. macam-macam benda nak kena buat. macam-macam nak kena selesaikan. sijil2 yang UCL mintak pos telah dipos lajukan semalam. RM87.50. siot jek mahal. habis dah duit elaun gua. makan pasir la gua pasni. eceh. hutang kolej segala bagai telah diselesaikan semalam. tinggal nak dapat password untuk result dari pihak kolej. gulp. result.

IELTS dah selesai jugak. tinggal nak dapat result. gulp. ha, bagus sangat dah result A-level 11hb result IELTS 12hb. gulp. result. CUAKKK! okeh fine. memang cuak nak mati. hari ni 3hb dah. 8 hari lagi cek. takut & takut. ni antara hidup & mati. huu.. takde ah sampai begitu sekali. nasib baik aku da pegi MOC, Ustaz Hasrizal da cakap da. ini bukan penamat hidup. antara fly atau tidak itu rezeki masing-masing. yang pasti Allah telah menyediakan sesuatu yang terbaik kepada hamba-Nya. redha. ya, aku harus redha. 

pagi tadi dah buat IC baru. oyeahh. harap-harap nanti gambar tu cantik.. ceh. pastu da buat sekali gus surat beranak. apesal eh buat surat beranak. saja ja, gedik nak perabis duit. RM5 nak buat surat beranak baru. cantikk lah. ada surat beranak baru!

sekarang suma da diselesaikan. Syukur Alhamdulillah. tinggal nak tunggu dapat password then hanya perlu tunggu result. waiting and keep waiting till 11th of August. 

'Ya Allah ya Karim, tenangkanlah fikiranku. tunjukkanlah jalan yang terbaik buat ku. Redha kan lah hati aku.'

tapi, serius memang takleh nak gambarkan betapa gabranya, betapa cuaknya, betapa tak tenteramnya hati ini.

harap2  bulan Ramadhan ini dapat memberi barakahnya buat umat2 Islam seluruh dunia yang mengambil A-level. InsyaAllah. Ameen.

alang2 dah bercerita pasal bulan Ramadhan, elok lah kot nak buat peringatan untuk diri sendiri dan jugak list2 yang nak kena buat pada bulan mulia ni. moleklah kita sama2 meningkatkan ibadat kita pada bulan Ramadhan ni. bukan senang nak jumpa bulan Ramadhan. siapa tahu ini mungkin Ramadhan terakhir kita :') 

dan kalau nak senang boleh la beli Solusi Isu 34, dalam tu dah senang ada checklist untuk Ramadhan da. mungkin bole mambantu kita seharian.

harapan bulan Ramadhan kali ni aku dapat menambahkan solat2 sunat, luangkan masa untuk recite, tak tinggalkan solat terawih. harap2. Ameen. aku rasa blog ni sangat2 membantu untuk meningkatkan iman. sila tekan sini


setiap benda yang kita nak buat nih, kena ada check-list supaya korang tak lupa. benda nih sangat2 membantu. check-list ni sesuai untuk orang2 cepat lupa macam saya =.= kadang2 tu baru ja lima minit, aku pegi toilet jap, balik2 tu dah tak ingat apa yang aku nak buat 5 minit sebelum tu. tak tahu la orang2 lain turut mengalami hal yang sama. bukan Alzheimer. pastu2 aku selalu menghadapi masalah untuk mencari specs. oh, selalu lupa. -.- aku doa2 takdak la tua2 nanti aku dapat penyakit nyanyuk, menyusahkan orang lain aje nanti.

nak bagi tao nih, sekarang aku taktao lah kenapa. ni check-list terbaru aku. finding his movies. aku da tergila-gila kan mamat ni. ya, aku tahu sekarang bulan puasa =.=



lepas nih, insya-Allah check-list akan sentiasa jadi peneman aku. aku perlukan perubahan dalam hidup aku. da tak boleh berada di takuk lama lagi.







No comments: