Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, August 29, 2011

dunia zaman ini.



BELL NUNTITA. satu nama yang sedang popular di Thailand sebab beliau masuk Thailand's Got Talent. walaupun tak menang tempat pertama, dia masuk FINAL jugak!

mula-mula, aku terpesona jugak la mendengar suara beliau, tiba-tiba keluar "suara" lain. tersungkur!!

sapa percaya cun melecun meletop habis suara ayu + macho ni transgender :/


wake up people. world changed, people transformed :|

oh duniaa, penuh dengan derita...
ada mulia ada juga kejinya...


but he's.. err.. she's really has a wonderful voice.. :/

Friday, February 4, 2011

Sunday, January 9, 2011

mood : tengok AJL. 

# faizal ismail ngan ally wat gempak AJL. fbi.. so "sweat"? what de.. haha. cheryl... tak bleh blah derr... bes2

# performance Faizal Tahir... unik sangat! i LIKE! ada norkhiriah.. huhu... wow. hanyut. aku terkejut... abg fezal akan menang...!

# ooih. adira yang pelakon tu penyanyi ke? okay. aku tak tao sebelum ni. haih =.= macam2. tapi kalau taktao pon takpe kot. takde efek pon.

# yuna... hm.. apesal aku tak minat dah sekarang ah..

# shahir? hensem! tapi apesal suara macam tak bes sangat. kenapa ade pompuan tu tengah bercakap2? pelik doh.

# teringat lagu A.P.I tadi. rupa2nya gabungan 6 bandS! ade nOh hujan, ade lan! memang gempak! ade waa. tu pun aku baru tao. tapi takpe takde efek gak dalam hidup aku. tapi lagu tu,  suka2. ada laser lagi tuh.. err..

# black.. vokal mantopp! adakah dia akan menang  vokal terbaik lagi tahun ni?

adehh. ape aku buat ni. merumus AJL?


takde ape pon nak tulis sebenarnya... dah la tengah sibuk nak tengok AJL. barang pon ada lagi yang tak masukkan dalam beg ni haa. cuma post terakhir sebelum balik ky... tak faham kenapa budak2 ky sibuk nak balik hari ni. ish3. tapi takpelah, dorang excited sangat nak balik hari ini nak buat macam ne. ada orang pulak nak balik yang paling lambat sekali punya lah. kalau last masuk tu pukul 12. pukul 11.59 dia sampai dekat pak gad. sape lah tu. ade lahh.. haha

esok bas pukul 10. nak kena keluar pukul 9 dari umah. biasa ah tumpang orang... alamak.

harap2 aku bangun awal pagi esok. aminn... 

harap2 selamat sampai ky petang esok...

harap2 boleh jadi kiasu yang berjaya...

harap2 boleh jaga hati suma kawan dengan lebih baik...

harap2 dapat bahagikan masa dengan baik...

harap2 dapat tunaikan apa yang aku azamkan tahun ni...

harap2 semester ni baik2 sahaja. jangan nakal2!

okay. tu je kot. anyway... selamat tinggal rumah. aku akan balik lagi nanti..

dan untuk AJL aku mempertaruhkan.....

HANYUT... FAIZAL TAHIR!!!


isu spagetti tuu.. rupa2nya mak aku memang beli spagetti jenis kecik. ces.. memang la dah takkan kembang2 lagi. adeh..

bye-bye ~ ~

Sunday, January 2, 2011

macam2 perangai.

masa aku jalan2, aku jumpa video ni...
sumpah aku tersentuh giler kot bila tengok video ni..
macam ni ke sikap orang melayu?
sungguh aku malu...
tak heran la kan ada orang malu nak mengaku melayu.




walaupun aku taktao sangat apa yang jadi ni, tapi still.. benda camni memalukan.
eventho dia salah, tak payah kot nak tengking2 macam ni... takkan tak bole nak setel baik2. ini kurang ajar nama dia okay?

aku dengar dia mabuk, takkan kita nak bandingkan orang yang mabuk cakap dengan orang yang sedar cakap?

dia dah mintak maaf tu kira baik dah la tu. tak yah nak kepoh2 dah la.
ni la sebab orang melayu selalu kena kutuk. tapi tak sedar diri. pemikiran tak matang.

Monday, December 27, 2010

lasernya kau

pahal sekarang isu pasal laser ni jer ah??


tak paham gak aku. diorang nak bising2 tulis kat blog, kat fb tu ape diorang dapat? siap buat group malingsia ngan amio kat fb.. ke amende sume lagi tuh.. dapat ape? dapat dosa je... lasernya korang. laser2 malaysia, korang lagi laser ye. kutuk2 pakai nama binatang yang feymes2 tu, dapat apa la gamaknye...wake up la. tak ke mana pon suma tu.

tapi aku rasa, kita tak payah cepat gelabah, cepat panas hati. tak payah la kita dok kutuk2 dorang... even depa buat yang ganyang malaysia tu, maling asia ke... cakap je lebih. cepat melatah tanpa fakta kukuh. menyalahkan laser :D. kita tak buat suma tu. kita tak provoke2 depa. sebab kita lagi educated pada depa. ye dak?


untung kau jual laser sekarang.. laku... :DD


kawan2... mulut jangan laser tao. bahaya sekarang nie ^^

harimau gagah!

jumpak tepi jalan
3-0

bekalan banyak tu nak wak pi indon rabu ni..

sumpah perform korang malam nii.

sumpah aku jerit sama naik dengan bapak aku malam ni.

tak payah cerita banyak. korang memang layak.(ikhlas cakap dari dalam hati)

game terbaikk.

tak payah tengok arsenal dah, tak payah tengok chelsea dah

lani jom kita layan malaysia pulak!

tak sabar nak tengok korang benam indon habis-habisan. habiskan je dorang.

aku benci indon teqok lani.

ehh.. silap dong.
entah jumpa mana nih. aku tak buat. sumpah.

Tuesday, November 9, 2010

malapetaka 2010

haihh..apakah ini merupakan tanda2?kiamat sudah dekat.. err..bersediakah kita anak2 Adam?

tak cukup dengan banjir di kedah :( perlis dan kelantan, kemalangan pulak merata2 macam cendawan tumbuh selepas hujan...??entah betul ke tidak perumpamaan aku ni..haha

tapi, memang hakikat...banyak kemalangan yang berlaku sekarang ni, tak cukup dengan bas terbang, treler pon nak terbang jugak!tak boleh tengok orang lain lebih sikit..suma nak ikot...benda yang baik takpe la jugak...yang kesiannya, orang awam laa, yang jadi mangsa.walaupun dah berjuta2 kali kemalangan terjadi, benda ni still berulang..kenapa ha?mungkin ni memang dah takdir, sejauh mana kita berusaha untuk mengelak, tapi kita takleh nak halang ia daripada berlaku...

mengenai banjir tu, sumpah teruk kali ni punya banjir.keleboqnya tak payah dok cakap lah..tengok pun tak lalu, ni kan nak membersihkan benda tu...kesian kat mangsa2 banjir..alhamdullilah rumah aku selamat...syukur..aku nak tulis pasal banjir, tapi aku malas la...tengah sibuk sikit..kalau aku tulis kompem esei 7000 patah perkataan atau mungkin lebih?sebab aku banyak sangat pengalaman time aku balik hari tu...mungkin aku akan upload beberapa gambar nanti.or aku rasa aku dah banyak dah cita kat hampa suma!haha

yogyakarta ke?ye la kot..gunung merapi dah mengamuk, mengeluarkan asap2 panas yang boleh menyebabkan mati, sayang lagi nak tinggalkan kampung halaman dengan ayam & itik?solute ar kat korang...kalau aku sumpah dah lari masa gunung merapi tu kentut lagi...

dan aku sempat meng'google'kan perkataan melapetaka tadi, macam2 aku jumpak..antaranya mengenai malapetaka yang akan melanda bumi 2012.sebenarnya aku memang dah penah tahu pasal benda ni tapi saja buat bodoh, dan terus tak ingat dah pasal tu...aku tak tahu la nak percaya ke tak tentang benda tu..bukannya bawah bidang kuasa kita pasal benda2 tu..nak percaya ke tak kat ahli2 arkeologi ke amenda tah nama dorang tu, terpulang la...walahualam,kita taktahu pape yang akan terjadi...

yang pasti kita kena mensiapkan diri dengan amalan2 yang hendak dibawa berjumpa Allah, tak kira lah bila itu akan berlaku.(aku ni dah banyak amalan ke?)apa salahnya kita mengingati antara satu sama lain kan...sharing is caring rite???derr, berapa kali dah aku repeat benda yang sama!

Thursday, October 21, 2010

salah siapa..

kalimah muhammad yang diterbalikkan di dada seorang model yang seksi..
'islamic festival'



bapak ar...wanita pertama malaysia serta suami( a.k.a PM kesayangan) pun ade jugak.siap bagi speech tu...bapak gempak...eheh..aku tak salahkan dorang pon ok...kita takleh terus2 je wat assumption sendiri kan..dorang pon hanyalah tetamu ke majlis tu, even dorang pun tah2 taktau design baju2 tu...kita taktau ape2 jadi jangan la cakap banyak n tambahkan dosa kita nak kutuk orang...so, jangan salahkan our first woman n pm ok?

islamik lah sangat bende ni...tak tau lah ape nak jadi...
dah macam mempermainkan agama...
sapa penganjur habaq mai!



eh shut up la nura! nak kena tangkap ke cakap macam ni!


tapi aku ada usha satu blog ni cakap macam len plak...aahhh
kalau nak tau usha lah blog ni...kalau taknak tau pon xpe...
aku tak tau lah sekadar assumption orang atau pun kebenaran..tak berani nak cakap...

banyak lagi sebenarnya yang aku jumpa, tapi malas nak menyemak kat blog aku banyak2..tengok pon sakit hati..bek tak payah letak ye dak?




kadang2 ada benda yang kita perlu amik tau & tak perlu..so pikir la sendiri...

Sunday, October 10, 2010

10/10/10

ramai pakat dok post kat muka buku psal tarikh hari...

unik la konon kan..eheh

hari ni hari ahad, hari minggu..seronoknye takde kelas!tapi bosan taktau ape nak buat..padahal ade jer homework ielts and PS yg still tertunda!dah la nak kena antar esok dong!

hari ni jugak tarikh perkahwinan angkasawan malaysia a.k.a dokter SHEIKH MUSZAFAR...yela kot eja nama dia camnih..

malam ni ada resepsi..mari kita meramaikan bilik tv!oyeah!

jom kita tengok perkahwinan dorang ala2 anak naza or better than that or vice versa...hehehe
ramai awek2 cun macam saya gigit jari bila dapat tahu pasal perkahwinan dia..punah musnah harapan mereke serta saya..hahaha..ala..lagipun dorang kenal sejak belajar lagi kan..cukup lama untuk mendirikan perkahwinan..cewah!

cantik sang pengantin perempuan..memang secocok pun..sorang jejaka kacak & seorang wanita cantik.lagipun dia terlalu tua untuk aku.eheh.sempat pulak!



sok dah start kelas!jom kita mula hari baru dengan penuh semangat!

sok kena belajar tau nura..kena setadi..a level dah makin dekat..taksampai setahun pun lagi..a-level dah takbole re-sit nura...peluang tak datang banyak kali...peluang yang xsemua orang dapat...kenapa nak sia2kan..jangan sampai nanti kau kesalkan apa yang terjadi & pada masa tu menangis air mata darah sekalipun kau takkan dapat kembalikan masa yang telah berlalu itu...ingat family..ingat kawan2..renew kan semangat study selalu supaya kau tak lupa diri kau...dengar cakap abah...abah cakap..semayang tu la kekuatan kita..jangan tinggal semayang lagi...usahakan untuk bangun subuh di hari minggu nura =.= plis3x

setahun akan datang~ ~
aku mungkin...di UK or di MALAYSIA...

Sunday, September 26, 2010

sinonim

menangis...
sekali sekala tu boleh tapi kalau da selalu sgt
penat jugak nak melayan.
haha
ada buruk benar
ada yang cantik benar bila nangis tetapi ada jugakk yang buruk benar.
dikatakan : ketika seseorang menangis, maka dia telah mengeluarkan semua beban yang berhimpitan di dalam hatinya.
tapi adakah beban itu benar2 dikeluarkan?
lemah ke kita bila kita menangis?
tidak matang ke?
budak2 ke kita?

kenapa hari nie cerita pasal menangis?
sbb aku seorang perempuan.
dah kata tangisan dan wanita itu sinonim.
perlu ke menangis?
tak menangis xboleh?
macam2 budak2 la menangis...
walau macam mana pun cuba untuk nafikan tentang wanita ini kuat
tetapi hakikatnya wanita ini lemah
tangisan itu adalah cara paling mudah untuk mengekspresi kan kesedihan
mahupun kegembiraan.




apehal blog kau dah emo sekarang?!


sukati aku la blog aku.kau buat blog kau sendiri.

Saturday, September 18, 2010

KFC vs RFC

Terdetik aku untuk buat post pasal ni...sebab semalam baru gi makan kat RFC..heheh

RFC nie sebenarnya baru jer dibukak dekat Jitra..teringin lah kitorang gi try kan..aku rasa tak ramai lagi yang sedar akan kewujudan RFC..RFC ialah Radix Fried Chicken..HPA punya...suma makanan dekat RFC ni memang dah jamin halal sebab suma benda dorang sediakan..dari tisu cop RFC, air kola radix sampai ayam pun dorang bela sendiri! =)

sejarah RFC

RFC nie baru jer wujud(kot)..1st RFC dekat sg. petani...dekat kedah sekarang dah berkembang laa..kedah maju lah =) dekat negeri lain macam tak banyak lagi..yang aku tao ada dekat kelantan..eheh..dapat agak kenapa ada kan..pastu kat johor..tempat lain tak sure pulak aku..yang pasti tak banyak lagi..tapi RFC nie laku laa..dan aku rasa diorang akan berkembang ke banyak tempat lagi..memang bagus laa sebab ni produk orang islam sendiri..memang kaya la tauke  RFC!

suma jenis makan yang ada kat KFC korang bole jumpa kat RFC tao...ayam goreng..burger...cheezy wedges...kentang putar...bole jamin suma laa yang ada kat KFC...rasanya bole la tahan..sedap la jugak...tapi..err...takleh tanding KFC kott...

3 perkara yang korang takkan jumpa dekat KFC tapi dapat jumpa kat RFC...

  1. pakcik2 berserban,berjubah
  2. makcik2 bertudung labuh,berpurdah
  3. pekerja yang bertudung labuh & beruniform labuh...
adik aku..cube tengok depan belakang kiri dia...korang ingat dapat jumpa dorang kat kfc?nehi2!
maaf..disebabkan aku cuma menggunakan kamera tepon,xcantik sangat...
mak aku..tengok lah!memang ramai giler orang kat sini..


tapi biasa la kan..tak suma nya indah...

4 perkara yang tak bes dekat RFC....


  1. orang ramai...kena beratur panjang...lambat sangat2
  2. dah la ramai...kaunter 2 ja...
  3. dah la kaunter 2 ja...yang jaga kaunter orang perempuan...aku bukan nak mempertikai kredibiliti orang perempuan dalam menjaga kaunter..tapi dah memang kenyataan...besa lah..orang perempuan..lemah gemalai..hakktuihh..geli aku...aku yang dok nengoknye..tensen..kalu bole nak gi tolong bubuh makanan la tu jugak!agak2 la kalu dah orang ramai tu paham ler..tolong laa efisien sikit...=.=
  4. pekerja2 diorang..time tengah makan 2-3kali jugak la dengar pinggan jatuh..kuat yarabbi..ingatkan bebudak rupanya pekerja2 tu tengah mengemas =.= cik kak...berat ke pinggan plastik tu???
bila ada kat tempat ni sure mula2 suka dah jadi tak...(serious)

bagi aku KFC better la kot...bukannya taknak sokong orang islam...sokong2..tapi aku tetap akan gi makan jugak kat RFC... =)

tapi KFC pun ada gak disadvantages  kan..pape benda pon mesti ada baik & buruk la..kompem..

bes jer RFC sebenarnya...eheh


pss : akan bertolak balik ke ky pada esok pagi pukul 10...sob3


buatan bomoh..

hari ini..aku ikot family gi meraya..sampai ke kuala ketil sana serta singgah di rumah umi ku di sg petani..

okay..sebenarnya bukan nak cerita pasal meraya lagi dah..udah2 ler sikit2..buhsan aku nak nengok blog aku snirik pon..

tadi kitorang singgah TESCO ALOR SETAR..dapat beg sebijik..eheh..melaram beg baru k balik ky ni..jangan jealous...tujuan gi tesco sebenar nak beli bebarang balik kolej ar..takdek laa banyak pon...jadi keje nak bawak balik barang bebanyak..tambahan pula...si sasuke  assakir tu suwoh bawak pelita2 untuk raya celebration lagi..adehh..carik pasal betol...

back to to the main topic...

nak dijadikan cerita jumpa seseorang di tesco tadi..eh..macam kenal..artis ke..cantiknyee..rupa2nya my sepupu..eheh..yaa..aku ada seorang sepupu yang cantik..sebelum ni aku penah cerita pasal sepupu..tapi sebelum ni punya sepupu belah abah aku..sekarang yang aku jumpa sepupu belah mak aku..anak pak ngah sham aku...sebenarnya kitorang sangat tidak rapat dengan sepupu belah mak aku..sebab kitorang baru kenal..baru jumpa..ada la reason2 nya..nak cerita cam dah masuk topic lain tuh!panjang citer punya...

nak jadi cerita...akak ni dah kawin tau..aku tak tau lah hensem ke cam ne ke rupa laki dia tu coz aku kat ky lagi time tu..haa..lepas akak tu tu menghilangkan dirinya...mak aku mula masuk cerita...


"kak tu la ni dah tak duduk dengan laki dia dah."

"lah ya ka..awat pulak?"

"dia dah meluat kat laki dia...kalau laki dia mai umah, dia halaunya balik"

"laa..baru jaa kawin.."

"tu ada orang buat tu..."

"orang buat???"


mak aku cerita habis la tu jugak..tak menyempat2 masuk lam keta..ekeke

rupa2nya ada sorang mamat ni...lebih tepat ex-fiancee..bekas tunang gitu...ni kira kes dia xdapat..takdek sapa la bole dapat...dia wat aniaya kat sepupu aku ni...guna bomoh siam gitu..takut aku dengar pasal bomoh siam ni..yala..bomoh siam ni kuat kot..bukan senang nak buang..eeii..memalam ni taknak la cita lebih2...

kesian kat family pakngah aku..bape banyak dah berhabis duit berubat...haaaih..macam2 la...menurut pakngah aku..bukan jadi kat sepupu aku tu je..kat makngah aku pun jadi jugak..ape cer..

dia kata kalu dah nak jadi tu..mak ngah aku akan gelak sorang2..mak aih..takut dengar...pastu kena la berubat cepat2..=.=

pastu kan..first time aku dengar...benda ni bole dihantar melalui telefon!ini memang mengikuti perkembangan dunia teknologi...

tapi takleh salah mamat tu jugak....dia dah bagi macam2 kat  sepupu aku ni..berhabis duit....pastu tetiba break, kawin dengan orang lain.....mesti la dia bengang...tapi cara tu salah la pakcik =.=


pengajaran hari ini ialah jangan rapat dengan lelaki pastu bagi harapan palsu...sekian.

Tuesday, September 14, 2010

konspirasi jutawan

jutawan hilang!memang gempar satu malaysia kan...kalu orang biasa2 ni hilang ada orang kesa?entah la....family mungkin kesa..

DATUK SOSILAWATI LAWIYA....

lawa...kaya...baik..pemurah...
hampir perfect kan?kan?

tu setakat yang kita dengar kat akhbar la kan...tapi aku rasa dia ni memang cam baik gak..tapi asyik cerai je kan..taktao lah sebab2 nya..takkan la nak sibuk jugak kan...eheh..aku bukannya nak crita pasal peribadi dia dong!

sekarang ni hari2 yang masuk paper mesti cerita pasal datuk sosilawati & 3 orang lagi yang senasib dengan beliau..ada la dekat 10 muka surat cerita pasal diorang jep..memang gempar...sampai cerita pasal kelantan ada dua SULTAN sikit jer!haha

aku memang ikut cerita pasal datuk sosilawati...sebab aku berminat nak tau perkembangan lanjut...aku bukannya nak cerita sal detail2 pembunuhan tu sebab benda tu kita bole baca kat paper jerk kan..yang rasa2 malas sangat nak baca paper tu tak leh nak tolong lah..hahaha...tapi pembunuhan tu memang tak leh terima kot..tak masuk dek akal manusia buat macam tu...haish!

pukul sampai mati-bakar mayat-buang abu dalam sungai

ada ke orang sanggup buat macam tu???bulan puasa pulak tu...adeh...manusia dah tak manusia dah sekarang ni...sekali aku dengar berita pasal ni..terpikir gak aku...cara orang yang bunuh ni cam cara orang hindu..bakar mayat..pastu buang dalam sungai kan...cerita2 hindustan banyak la camtu....ehehe...mak aku minat la hindustan..aku teman jep..huhu

sekali keluar berita yang kena tahan tu orang hindu!haih...memang sah la dia nak buat cara orang dia...tapi pikiaq la sikit..depa tu suma orang melayu...islam...tengah nak raya pulak tu..kalu aku jadi anak sosilawati...mao tak teriak aku...heh..walaupun si prabanathan ke ape tah tu nama dia baru je suspek..tapi macam dah betul je dia yang bunuh...rupa2nya hindu..memang lah dia tak kisah kita orang islam nak raya ke ape ke...

adeh...aku bukannya racist ke ape ke...tapi memang benda ni dah kenyataan..aku selalu takut kalu tengok orang hindu..aku rasa diorang macam sangat kasar..tapi xde la suma kan...kebanyakan jer aku cakap....

bagi aku benda ni sangat kejam...kata bapak aku..kalau kena tembak tak rasa seksa sebab terus mati jer..tapi diorang ni kena pukul sampai mati...PUKUL...cuba la bayang betapa seksanya diorang..KEJAM sangat benda ni....suma benda yang jadi ni macam dalam drama...DRAMA yang kita tengok kat tv3 tu...

tambahan pula, ada lagi 4 orang yang dilaporkan hilang ada kaitan jugak dengan si suspek ni kan..lagi la bertambah sahih si suspek tu memang penjenayah..si suspek tu pun ada harta berjuta-juta yang tidak diketahui dari mana datangnya...manusia semakin kejam kan hari ini kan...sampai kita pon tak sangka benda2 macam tu bole jadi...kita kat malaysia kott!negara yang masih aman damai,tak macam negara lain...

tapi kan...ada satu benda yang dah lama aku pikiaq...kebanyakkan yang aku selalu pasan..orang yang mati selalu mesti dekat2 dengan birthday dia kan...macam pegawai CIMB yang turut menjadi mangsa tu sepatutnya meraikan hari jadi dia dua hari yang lepas...ni bukan 1st time aku dengar macam ni....takutttt!

tapi..kita kena sedar..yang mati itu pasti...itu janji Allah..kita hanya mampu berdoa serta bersyukur kepada Allah atas segala kemewahan yang kita dapat.....

kalu dipikir2 balik...dunia ni dah balik ke zaman JAHILIAH dulu...betullah kata2 orang sejarah kan..dunia ibarat roda..sejarah akan berulang...

orang ISLAM patut sedar...kita patut bersatu padu...macam mana orang islam dulu dapat maju dalam kerajaan UMAIYAH, ABBASIAH, UTHMANIYAH...kenapa kita tidak mampu?sebab kita tiada ilmu?teknologi semakin maju..tapi kita?renung-renungkanlah....& selamat beramal :)