tidaklah semeriah tahun lepas2.
tahun ini hanya 2 keluarga di rumah tok aku. tapi masih happening sebab 2 keluarga yang bes :D
tema tahun ini adalah purple. sumanya kaler purple. tapi tak tangkap gambar pon :(
tapi ada satu berita sedih... kami dikejutkan dengan kematian seorang ahli keluarga terdekat di Serdang pukul 10 pagi.. sedih. dah la di pagi raya. wan misai aku pon tak sempat sembahyang raya. al-Fatihah buat arwah Pak Ngah...
dah berapa hari dah arwah koma sebenarnya. tapi itu adalah kematian yang mengejutkan. arwah jatuh dekat rumah dia, kemudian dikejarkan ke hospital dan terus masuk ICU. nazak. beberapa organ sudah tidak berfungsi. hingga lah ke jantung. oksigen dah tak boleh diterima walaupun memakai alat bantuan pernafasan. beberapa hari kemudian, iaitu semalam, dah meninggal dunia. siapa tahu. Allah dah sedia yang terbaik untuk arwah. semoga arwah tenang di sana. kami yang masih hidup hanya boleh mendoakan :')
sedihh. arwah masih muda. berusia 36 tahun. bukan orang tua saja yang meninggal kan.. arwah sebenarnya disenangi oleh semua orang disebabkan sifatnya yang peramah. aku pon suka. tapi Allah lebih menyayangi arwah. semoga Mak Ngah sekeluarga bersabar dan diberi kekuatan untuk menempuh hari2 seterusnya. anak Mak Ngah yang paling tua baru berusia 7 tahun. dah kehilangan ayah. Ya Allah... berilah mereka kekuatan...Ameen.
arwah meninggal di pagi Syawal yang pastinya sangat mendukacitakan bagi keluarga. Semoga tabah menghadapi segala dugaan ini.
aku bersyukur, walaupun tak dapat fly, aku masih dikelilingi ahli keluarga aku. aku sayang mereka. :')
SELAMAT HARI RAYA.
hari ni mak aku buat lontong, raya kedua. sila datang ke rumah :D
No comments:
Post a Comment