Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

doktor chenta

ini bukan blog dr cinta, blog yang sangat sweet tu. aku suka sangat blog beliau. memang berilmiah, tak macam blog aku. tett. tapi cerita pasal tajuk novel yang baru aku habiskan. i mean, habiskan baca.

once again, aku dah baca habis sebuah novel gedabak yang aku beli. yess. aku tak tahu la kenapa aku kena beli jugak. padahal boleh je sewa. jimat sikit. dalam keadaan ekonomi gawat (bagi aku) still tak sedar2 diri nak beli macam2. tapi tak apa.. kenapa? sebab mak yang bayar. hik3. comel la sangat nih gelak macam tu. hakk tuih.

novel ni kawan aku, ecah, yang suggest. sebab tu aku berani beli walaupun mahal, sebab dah tahu cerita dia bes. lain sikit la, dari kebiasaan novel yang lain. kejap lagi aku citer.

kenapa doktor cinta, sebab dulu cita2 aku nak jadi doktor, tapi tak kesampaian sebab result tak gempak sangat. derr, apa kaitan nih. takder, aku saja je merapu.

actually ni bukan percintaan di antara doktor pun, hero and heroin bukan doktor pun! kakak2 heroin je kot yang doktor pun.

doktor, memang dah sinonim la kan, mesti yang merawat orang kan. cinta, yeah you know. love. kalau doktor mata, pandai rawat mata, doktor gigi rawat gigi je la kan. doktor cinta mestilah rawat cinta. :)

macam ngan aku dok bercinta saja kan nak bercerita pasal cintan cintun ni. yes, aku sedang bercinta dengan novel, tapi 2 hari je la, sebab lepas tu dah habis baca.

kalau rasa dah lama dah pernah dengar pasal novel ni, buat2 macam tak pernah ok. sebab aku tau, novel ni keluar dah lama, dah lama jadi best seller. cuma aku jer baru tau.




sinopsis.


Mazliana, seorang pelukis yang takde kerja. memang artistik. pandai berlakon. kerja dia cuma melukis, pastu dia jual lukisan2 dia. (bes kan jadi pelukis ni, tak payah susah2 nak kerja pun. pastu senang2 dapat duit banyak lepas jual lukisan, nak jadii pelukis! ==") dia sangat sempoi. lawak.

Tengku Iskandar, seorang yang sangat hensem (imaginasi aku) dah nama Tengku, mesti lah kaya. pewaris syarikat, (normal untuk novel) pernah mengalami kegagalan dalam cinta pertama, tapi dia datang balik, em, macam sama ja kot ngan kebanyakkan novel sekarang nii.

pastu ada la watak kedua, ke3 ke4.......

emm nak banyak2 lagi baca je la sinopsis kat sini. penat lah nak tulis.

(padahal bukan sinopsis pun aku bagi, tapi biodata. :P )



apa yang aku suka dalam novel ni, penulisan beliau. sangatlah kiut. aku suka baca ayat2 yang beliau tulis. memang lawak hell. sangat sweet ayat2 Doktor Cinta. sangat lah sweet Maz panggil Iskandar, "Bos Besar"

bagi aku, novel ni memang agak lain dari novel lain la, takdak yang cliche sangat. watak pon agak berbeza. tapi watak jahat si Julia Hana je macam aku biasa baca dah. biasa la, kalau jahat tu jahat saja la. 

contoh : kalau sekarang ni dah banyak cerita pasal kahwin kontrak la, kahwin paksa la. novel ni cerita pasal tunang kontrak. uhh. memang sweet. kelass kau Jah.

tapi aku rasa part sedih tak berkesan pun kat aku. selalu aku ni bab nangis baca novel tu normal lah, tapi dyadila tak buat aku nangis walaupun ada part yang aku rasa memang sedih lah. time nak last2 tu. dan sedikit kekeliruan ar jugak sampai aku kena baca balik 2,3 part. komfius. entah. aku je kot komfius. haha.

post yang tak mungkin difahami oleh mereka yang tak baca novel =="

tapi overall, novel nii besss laa! aku rasa setanding jugak la dengan Siti Rosmizah.

akulah Kaki Novel....   ?

Sunday, September 11, 2011

syurga makanan.

nak tiauww dak. kedah ni sebenaqnya banyaaak sangat makanaan yangg best!

saya sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Saya bersyukur kerana dibesarkan di KEDAH.

saya happy sangat. saya rasa inilah hikmah mengapa saya ditempatkan di sini saja, dah tak pi jauh2.

macam2 feveret food saya. rasa macam suma makanan yang saya makan kat sini, memang feveret saya.

saya suka sangat makan. dah la murah, sedap pulak tu. saya rasa macam nak ajak kawan2 mai duduk dekat sini saja, tak miaww p mana2.

syukur pada Yang Esa. Yang Maha Besar.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
punca : baru lepas makan kuewtiau Kungfu. enakk bangat. rasa macam nak jadi Jackie Chan :P
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


dalam pada kita bergembira, jangan dilupakan saudara2 kita di Somalia, yang kekurangan makanan. sedihnya. yang kita di sini, makan pun kadang2 tak habis. membazir saja. tapi mereka, menderita kerana kekurangan zat makanan. ujian mereka lebih besar. kita bersedih sebab tak dapat sambung belajar kat oversea, mereka sedih sebab tiada makanan, asas keperluan hidup. Subhanallah. betapa tamaknya kita.

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. segalanya rezeki dari Dia Yang Maha Memberi. Alhamdulillah :)

Saturday, July 16, 2011

lafazkan kalimah cintamu




besar kesalahanku,
besar lagi keegoan mu...



oo yeahh.. kalau bes baru bole reveal tajuk novel kan... muahaha
penat nih nak habis 800 muka surat lebih! dan aku telah habiskan dalam masa 2 hari! ewahh... kalau buku ilmiah2 tu 2 minggu pon xkomfem habis kannnn...

2 hari lepas, first time jejak kaki dekat Tesco Sg Petani selatan!wah2.. takyah nak buat perangai jakun laahh mekk.. lepas membeli beberapa barang dapur(kononnya) tersinggah plak POPULAR dalam tesco tuh. tapi kan awat tah..aku rasa semua tesco sama ehh.. i mean dari segi kedudukan kedai kat dalam tuh.. sesekali aku terasa macam dok dalam Tesco Alor Setar plak @.@

ni mai ceq nak habaq cekk macam gila masuk dalam popular tuh!depan2 tu banyak gilo2 novel.. waaa.. kalau aku ada kad kredit, banyak jugak eh bule aku bedal, tapi nasib xda ja... hah, berangan ja la nak ada kad kredit, keja pon dak lagi!

so, terpaksa la beli satu jek. yang bes tuu, ada diskaun 20%!! tak tau lah kalau da bg kat semua orang, tapi aku rasa dia bagi sebab aku 'paksa' dia.. "akak..akak.. ada diskaun takk??" pastu sambil buat muka kesian.. muahaha

tapi setakat aku tau lah.. novel nih da lama da pon.. aku ja lambat sikit, tak tao perkembangan novel dah masa di KY dulu. katak la katakan.. aishh

review



  • novel nih gempak dari novel yang aku beli dulu
  • novel ni mengisahkan seorang Tengku Aqilah yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, sebab bapak kureng asam tu menyalahkan dialah penyebab kematian isterinya yang meninggal sebab kanser payudara. nak jadi citer, masa mak dia mengandung 2 bulan kat Qila tu, dia kena kanser peringkat awal, kalau dia buat operation, probability nak sembuh dari kanser tu tinggi lah, tapi biasalah nak jadi cerita mesti la mak nih tak sanggup nak gugurkan anak dia. kalau dah gugur mestilah takde Qila, tak wujud lahh novel panjang2 tu oke..
  • then, lahirnya Aqilah yang dibenci oleh seorang bapak dan kakaknya.. konflik punya konflik sampai la si Aqilah tu bapak dia anta g belaja kat US sebab taktahan tengok muka dia. walah, seronok dapat bapak nih, benci2 anta anak gi belaja obersi.
  • lepas dia balik tuh banyak lah konflik2 yang muncul, & dia tah macam mana terkahwin dengan boypren kakak dia yang merangkap sepupu dia.. kamon ar? pahal nak kawin sepupu nii.. tak challenging laa.. muahaha


dah la tu..nak tau cerita panjang baca ar sendiri. penat aku baca novel yang tebal pada kamus oxford tuh, mana bleh bagitao.. yang pasti, novel ni berjaya jugak la membuat aku menitiskan air mata. titis2 je, takdelah sampai melalak2...

ego. ada apa dengan ego. ego tu dapat musnahkan segalanya. kenapa mesti wujud perasaan ego tu dalam setiap manusia? tapi kalau takda ego, kau tak layak jadi seorang manusia... jadi nak kata apa... tapi jangan ego itu menguasai diri seorang manusia..




okey,
tak rugi RM21.50 aku.. hahaha. then pasni, yeah satu lagi novel yang ditulis oleh penulis yang sama! yeah, aku menanti2 nak baca novel tu plak.. yang pasti lagi tebal pulak dari lafazkan kalimah cintamu ni... adoi! tapi takpa.. saya suka nih novel2 ni ^^ 


7 hari mencintaiku...ollaaa~




Tuesday, June 28, 2011

kasih

"awak ni comel macam arnab sayalah"
ni arnab eh??



baru saja habis membaca sebuah novel nih... interesting?? hmm.. entahh.. boleh tak bagi cerita yang best2 sikit.. lame la.. bosan la.. jalan cerita cliche sangat.. 

dah la nama Annura, pastu paling takleh blah panggil nura... sebab tu je aku beli novel nih ^^

tapi bosanla... create la seorang yang nama nura ni ada life bes sikit, ni tak, anak dara tua, dikenenkan dengan anak kawan parent beliau.. sedih tau baca :(

pastu cliche gila, ex-girlfren laki tu datang balik buat ayat sedih nak mati dah. pastu laki tu kesian and nak tangguhkan perkahwinan... 

taknak laa kawin lewattt...

bak kata alia...kawin sebelum umoq 25!!!

erk, tercapai ke....em 2,3 tahun lewat skit xpa kot noh..

urghhh.. tolong laa. nak novel yang menarik sikit ada tak...

Saturday, October 9, 2010

long weekend di ky~

bappaaaakkkk booooosssaaaaaannnnnnnn~

ky kosong~

semua pakat balik~ (mentang2 rumah dekat kan =.=)
takutnya nak keluar gi chalet kengkawan malam2..banyak chalet yang gelap!
gelap sangat...
sunyinya ky...

jiwa pun terasa kosong..sangat..siyes.apehal?

down bila dah penat2 pakai swimming suit then bila gi, pool tutup!argh~

dining hall kosong...
sampai bole dengar sape2 yang makan bunyik dengan jelasnya!

marathon drama korea!

 ~ PERSONAL TASTE ~

lee min ho...kenape kau sangat hot...?kenape kau hot sangat walaupun kau pakai seluar singkat, pastu pakai kasut tanpa stokin!nape kau bole hot lagi??




apehal hot sangat?!

drama ni best..suka..gempak sangat  >.<
down lagi bile takde sambungan =.= sampai episod 12..argh~
nak tengok lagi!bagi habis..epi 13 & sterusnya...mane korang pergi?!!!cepat datang sini...this is an order! wuuu ~ ~


ada orang tanya...apehal suka korea..ramai gile orang suka korea..

jawapan aku : aku cuma suka drama korea ja...aku ulang JA..lagu ke, group ke, k-pop or amende sume tu..aku xminat oke..ku ulang,TAK MINAT..kenapa minat drama..?tak kisah la orang kata citer korean slow..jalan cerita lembap..betapa tipikalnya citer korea..basically,sesebuah drama mesti hero anak orang kaya, pastu hensem nak mati,macho,smart..heroin suma mesti jenis clumsy,ala2 bajet comel..hero tak suka heroin mula2, at last suka jugak...tipikal..tapi aku xkesah..bila aku tengok drama korea, aku ada satu perasaan yg tak dapat aku gambarkan dengan kata2..dan aku suka rasa tu..kalau dah suka nak buat camne? ye dak??
same jugak korang..apesal suka main bola..?dah suka kan nak wat camne..btol tak?
suma orang ada benda yang dorang suka..so, jangan la nak kritik ape orang suka sebab kau pun mesti tak suka orang kritik hobi kau.
aku suka..mungkin sebab aku suka berangan nak dapat laki macam hero2 tersebut.mungkin aku nak buat sumber inspirasi.mungkin jugak aku suka the way dorang cakap..mungkin aku nak belajar bahasa korea..MUNGKIN..who knows?only me... >.< ahaks
tapi drama kan...mana bole nak sama dengan realiti..kan bes bole hidup cam dalam cerita korea =.=
ada hero hensem yang care kat kita,romantik,sweet,comel sangat.nak kulit licin,putih cam dorang



*satu tabiat yang susah sangat nak avoid*
tau tak apa?
tengok drama korea yang ada sampai episod >20, bila dah tengok..tak boleh nak stop tengok sebab nak gak tau ending dia la2 tu.lagi tak habis jangan harap aku nak gerak.habis banyak gerak pun gi toilet je..LOL...aku penah tak tido sebab tengok citer korea, tapi xpenah la pulak tak tido sebab study..bole tak?adakah aku ni dah parah....nooooo~


aku rasa aku patut ubah tajuk la..
korean and me auwhh so shuweeet :p 


cuti2 camni......
bosan gila!!!

xsabar nak gi mid esok..keluar pada sini...lembah purba...hidup udara segar...eyt.sini memang dah sangat segar dah...nak segar camne lagi...LOL

jiwa kacau~

mati akal~

apa patut aku buat???
setadi?err..ada option lain tak??
baru sehari exam habis...and you expect i'll study???really not me... :PP


MIDVALLEY...I'M COMING~


-hopefully tomorrow gonna be fine ^_^

-missing something
-really much..

 am i being too selfish?