Tuesday, September 13, 2011

doktor chenta

ini bukan blog dr cinta, blog yang sangat sweet tu. aku suka sangat blog beliau. memang berilmiah, tak macam blog aku. tett. tapi cerita pasal tajuk novel yang baru aku habiskan. i mean, habiskan baca.

once again, aku dah baca habis sebuah novel gedabak yang aku beli. yess. aku tak tahu la kenapa aku kena beli jugak. padahal boleh je sewa. jimat sikit. dalam keadaan ekonomi gawat (bagi aku) still tak sedar2 diri nak beli macam2. tapi tak apa.. kenapa? sebab mak yang bayar. hik3. comel la sangat nih gelak macam tu. hakk tuih.

novel ni kawan aku, ecah, yang suggest. sebab tu aku berani beli walaupun mahal, sebab dah tahu cerita dia bes. lain sikit la, dari kebiasaan novel yang lain. kejap lagi aku citer.

kenapa doktor cinta, sebab dulu cita2 aku nak jadi doktor, tapi tak kesampaian sebab result tak gempak sangat. derr, apa kaitan nih. takder, aku saja je merapu.

actually ni bukan percintaan di antara doktor pun, hero and heroin bukan doktor pun! kakak2 heroin je kot yang doktor pun.

doktor, memang dah sinonim la kan, mesti yang merawat orang kan. cinta, yeah you know. love. kalau doktor mata, pandai rawat mata, doktor gigi rawat gigi je la kan. doktor cinta mestilah rawat cinta. :)

macam ngan aku dok bercinta saja kan nak bercerita pasal cintan cintun ni. yes, aku sedang bercinta dengan novel, tapi 2 hari je la, sebab lepas tu dah habis baca.

kalau rasa dah lama dah pernah dengar pasal novel ni, buat2 macam tak pernah ok. sebab aku tau, novel ni keluar dah lama, dah lama jadi best seller. cuma aku jer baru tau.




sinopsis.


Mazliana, seorang pelukis yang takde kerja. memang artistik. pandai berlakon. kerja dia cuma melukis, pastu dia jual lukisan2 dia. (bes kan jadi pelukis ni, tak payah susah2 nak kerja pun. pastu senang2 dapat duit banyak lepas jual lukisan, nak jadii pelukis! ==") dia sangat sempoi. lawak.

Tengku Iskandar, seorang yang sangat hensem (imaginasi aku) dah nama Tengku, mesti lah kaya. pewaris syarikat, (normal untuk novel) pernah mengalami kegagalan dalam cinta pertama, tapi dia datang balik, em, macam sama ja kot ngan kebanyakkan novel sekarang nii.

pastu ada la watak kedua, ke3 ke4.......

emm nak banyak2 lagi baca je la sinopsis kat sini. penat lah nak tulis.

(padahal bukan sinopsis pun aku bagi, tapi biodata. :P )



apa yang aku suka dalam novel ni, penulisan beliau. sangatlah kiut. aku suka baca ayat2 yang beliau tulis. memang lawak hell. sangat sweet ayat2 Doktor Cinta. sangat lah sweet Maz panggil Iskandar, "Bos Besar"

bagi aku, novel ni memang agak lain dari novel lain la, takdak yang cliche sangat. watak pon agak berbeza. tapi watak jahat si Julia Hana je macam aku biasa baca dah. biasa la, kalau jahat tu jahat saja la. 

contoh : kalau sekarang ni dah banyak cerita pasal kahwin kontrak la, kahwin paksa la. novel ni cerita pasal tunang kontrak. uhh. memang sweet. kelass kau Jah.

tapi aku rasa part sedih tak berkesan pun kat aku. selalu aku ni bab nangis baca novel tu normal lah, tapi dyadila tak buat aku nangis walaupun ada part yang aku rasa memang sedih lah. time nak last2 tu. dan sedikit kekeliruan ar jugak sampai aku kena baca balik 2,3 part. komfius. entah. aku je kot komfius. haha.

post yang tak mungkin difahami oleh mereka yang tak baca novel =="

tapi overall, novel nii besss laa! aku rasa setanding jugak la dengan Siti Rosmizah.

akulah Kaki Novel....   ?

No comments: