besar kesalahanku,
besar lagi keegoan mu...
oo yeahh.. kalau bes baru bole reveal tajuk novel kan... muahahapenat nih nak habis 800 muka surat lebih! dan aku telah habiskan dalam masa 2 hari! ewahh... kalau buku ilmiah2 tu 2 minggu pon xkomfem habis kannnn...
2 hari lepas, first time jejak kaki dekat Tesco Sg Petani selatan!wah2.. takyah nak buat perangai jakun laahh mekk.. lepas membeli beberapa barang dapur(kononnya) tersinggah plak POPULAR dalam tesco tuh. tapi kan awat tah..aku rasa semua tesco sama ehh.. i mean dari segi kedudukan kedai kat dalam tuh.. sesekali aku terasa macam dok dalam Tesco Alor Setar plak @.@
ni mai ceq nak habaq cekk macam gila masuk dalam popular tuh!depan2 tu banyak gilo2 novel.. waaa.. kalau aku ada kad kredit, banyak jugak eh bule aku bedal, tapi nasib xda ja... hah, berangan ja la nak ada kad kredit, keja pon dak lagi!
so, terpaksa la beli satu jek. yang bes tuu, ada diskaun 20%!! tak tau lah kalau da bg kat semua orang, tapi aku rasa dia bagi sebab aku 'paksa' dia.. "akak..akak.. ada diskaun takk??" pastu sambil buat muka kesian.. muahaha
tapi setakat aku tau lah.. novel nih da lama da pon.. aku ja lambat sikit, tak tao perkembangan novel dah masa di KY dulu. katak la katakan.. aishh
review
- novel nih gempak dari novel yang aku beli dulu
- novel ni mengisahkan seorang Tengku Aqilah yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, sebab bapak kureng asam tu menyalahkan dialah penyebab kematian isterinya yang meninggal sebab kanser payudara. nak jadi citer, masa mak dia mengandung 2 bulan kat Qila tu, dia kena kanser peringkat awal, kalau dia buat operation, probability nak sembuh dari kanser tu tinggi lah, tapi biasalah nak jadi cerita mesti la mak nih tak sanggup nak gugurkan anak dia. kalau dah gugur mestilah takde Qila, tak wujud lahh novel panjang2 tu oke..
- then, lahirnya Aqilah yang dibenci oleh seorang bapak dan kakaknya.. konflik punya konflik sampai la si Aqilah tu bapak dia anta g belaja kat US sebab taktahan tengok muka dia. walah, seronok dapat bapak nih, benci2 anta anak gi belaja obersi.
- lepas dia balik tuh banyak lah konflik2 yang muncul, & dia tah macam mana terkahwin dengan boypren kakak dia yang merangkap sepupu dia.. kamon ar? pahal nak kawin sepupu nii.. tak challenging laa.. muahaha
dah la tu..nak tau cerita panjang baca ar sendiri. penat aku baca novel yang tebal pada kamus oxford tuh, mana bleh bagitao.. yang pasti, novel ni berjaya jugak la membuat aku menitiskan air mata. titis2 je, takdelah sampai melalak2...
ego. ada apa dengan ego. ego tu dapat musnahkan segalanya. kenapa mesti wujud perasaan ego tu dalam setiap manusia? tapi kalau takda ego, kau tak layak jadi seorang manusia... jadi nak kata apa... tapi jangan ego itu menguasai diri seorang manusia..
okey,
tak rugi RM21.50 aku.. hahaha. then pasni, yeah satu lagi novel yang ditulis oleh penulis yang sama! yeah, aku menanti2 nak baca novel tu plak.. yang pasti lagi tebal pulak dari lafazkan kalimah cintamu ni... adoi! tapi takpa.. saya suka nih novel2 ni ^^
7 hari mencintaiku...ollaaa~
1 comment:
lama dah tak bace novel.. takde mase oo.. hehe..
Post a Comment