masih berada jauh di rumah. dulu di sungai petani kini semakin jauh ke setiawangsa. nanti akan semakin jauh ke london? ye ke? Insya-Allah dengan izin Allah. :')
perasaan kian berdebar kerana tak lama lagi result a-level keluar. CUAK GILER DOE. hanya budak yang amik A-level je tahu perasaan aku. tapi cuak aku berdouble2 lah kerana dua result yang akan kuar lebih kurang time yang sama -.-
sedih sedih dan sedih sebab asyik berada jauh dari rumah. aku merindui rumahku sendiri. mak, abah, dik mirun.. :( tapi terpaksa. tapi dengan ilmu yang telah aku dapat beberapa hari lepas berbaloi rasanya datang dari Kedah.
banyak yang kitorang pelajari di MUSLIM OVERSEAS CAMP (MOC). serius cakap, berjuta-juta terima kasih dekat senior2 dan judo & the geng sebab menjayakan MOC. banyak sangat pengetahuan yang aku dapat, nampak sangat lah jugak selama ni agak buta ilmu2 agama nih =.=
ceramah dari ustaz HASRIZAL memang tak disangkal lagi. memang bes dan gempak. suka sangat dengar beliau bercakap, alangkah bagusnya aku dapat jadi seperti beliau satu hari nanti :') beliau banyak bagitau tentang Islam di luar negara. dah tajuk pun fiqh luar negara. betapa mudahnya Islam itu sendiri, cuma budaya kita di Malaysia yang menampakkan Islam itu complicated.
dan betapa ceteknya ilmu aku sampaikan aku first time dengar perkataan khuf. aku tak tahu lah kalau tak ingat ke apa ke, tapi perkataan itu nampak begitu asing bagi aku. :'(
aku insan yang lemah serta cetek ilmu-mu ya Allah, bawalah aku ke jalan kebenaran-Mu, serta permudahkanlah segala urusan ku Ya Allah, Ya Rabbi
MOC memang pengalaman yang best. part treasure hunt. kumpul visa dan duit monopoly then negotiate dengan ahli group lain untuk dapatkan visa yang tak ada dan tukar tukar visa yang sama. susah kot nak terang =.= then waktu amali, kitorang kena amik wuduk, lepas tu kitorang jalan2 kat UPM Serdang tu, cari tampat yang sesuai then solat Dhuha kat situ, dan berusrah bersama group dan faci.
sangat bes, aku tak tahu kenapa walaupun pada waktu tu kitorang sorang hanya sekadar berlapik sehelai kertas untuk disujud, dan hanya berlapik tanah semata2. betapa waktu tu, aku rasa, ya Allah indahnya, tenangnya, mudahnya Islam... hanya 1/5 air botol kecil untuk ambil wuduk, dan hanya sapu atas stokin tanpa membuka kasut(khuf)
kat MOC, dapat balik jumpa senior2 dan jugak super senior. bersyukur la sebab dapat masuk ky, sebab ukhwah yang dibina di KY sangatlah kuat walaupun antara senior yang berbeza umur. sangat lah rapat budak2 ky. pre-departure pon ada yang ky punya spesifik, memang hebatlah. kolej lain ada ke? eh ni dah lain bunyik dah. okey stop. dan kitorang jugak berpeluang berjumpa super duper senior KY batch 1!! yang dulu bukan KYUEM tetapi KMYS.
walaupun, batch 12 tak ramai, tapi tu cukup buat MOC jadi sangat gempak. dengan lakonan oleh budak2 lelaki, sangatlah fun! penuh dengan humor. HILARIOUS! sangat lawak, dan aku rasa aku dah memalukan diri aku sendiri dengan gelak begitu kuat sekali. camp yang sangaaat INDON... adin yang utaghaaa gilaa (best ACTOR kot!)... luqman al-fatah.. tak sangka dia pun jenis gila2... faiz zubadli pon begitu dedicated melakonkan watak beliau :D
memang banyak sangat sweet memory dekat UPM. indahnya belajar mengenai Islam sendiri. yang padahal kita dah tahu, tapi masih tidak berbuat apa-apa. sedih nya. banyak lagi yang harus aku pelajari. kita masih perlu diingatkan benda yang sama berulang2 kali. kenapa ya?
aku harap aku akan sentiasa bersyukur dengan pemberiaan Allah. betapa banyak nikmat yang Allah bagi. nikmat iman. nikmat islam.
di MOC, semua bagaikan satu keluarga. keluarga yang bahagia. senior2 ada cakap, di UK family jauh, yang ada kat sekeliling cuma kawan. tapi kawan itu lah yang selalu berada di sisi kita tu lah keluarga kita.
we are happy family!
tapi, result tak keluar lagi, so, takleh laa nak cakap over2 kat sini. -.-
sekarang aku masih di setiawangsa, menyelesaikan segala yang patut diselesaikan. harap2 dapat balik merasakan sahur pertama pada Ramadhan ini dengan keluarga tercinta. harap2 :')
No comments:
Post a Comment