Wednesday, August 31, 2011

raya ku tahun ini..

tidaklah semeriah tahun lepas2.

tahun ini hanya 2 keluarga di rumah tok aku. tapi masih happening sebab 2 keluarga yang bes :D

tema tahun ini adalah purple. sumanya kaler purple. tapi tak tangkap gambar pon :(

tapi ada satu berita sedih... kami dikejutkan dengan kematian seorang ahli keluarga terdekat di Serdang pukul 10 pagi.. sedih. dah la di pagi raya. wan misai aku pon tak sempat sembahyang raya. al-Fatihah buat arwah Pak Ngah...

dah berapa hari dah arwah koma sebenarnya. tapi itu adalah kematian yang mengejutkan. arwah jatuh dekat rumah dia, kemudian dikejarkan ke hospital dan terus masuk ICU. nazak. beberapa organ sudah tidak berfungsi. hingga lah ke jantung. oksigen dah tak boleh diterima walaupun memakai alat bantuan pernafasan. beberapa hari kemudian, iaitu semalam, dah meninggal dunia. siapa tahu. Allah dah sedia yang terbaik untuk arwah. semoga arwah tenang di sana. kami yang masih hidup hanya boleh mendoakan :')

sedihh. arwah masih muda. berusia 36 tahun. bukan orang tua saja yang meninggal kan.. arwah sebenarnya disenangi oleh semua orang disebabkan sifatnya yang peramah. aku pon suka. tapi Allah lebih menyayangi arwah. semoga Mak Ngah sekeluarga bersabar dan diberi kekuatan untuk menempuh hari2 seterusnya. anak Mak Ngah yang paling tua baru berusia 7 tahun. dah kehilangan ayah. Ya Allah... berilah mereka kekuatan...Ameen.

arwah meninggal di pagi Syawal yang pastinya sangat mendukacitakan bagi keluarga. Semoga tabah menghadapi segala dugaan ini.

aku bersyukur, walaupun tak dapat fly, aku masih dikelilingi ahli keluarga aku. aku sayang mereka. :')


SELAMAT HARI RAYA.

hari ni mak aku buat lontong, raya kedua. sila datang ke rumah :D

Monday, August 29, 2011

it's raya time!

bila suara-suara sayu takbir sedang berkumandang,

bila mercun meriam sibuk dinyalakan,

gabungan dua bunyi ini menandakan RAYA SUDAH MARI!

buat kawan-kawan tersayang, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.

MAAF DIPINTA andai diri ini melukai kalian dalam pada keadaan sedar mahupun tidak...

dunia zaman ini.



BELL NUNTITA. satu nama yang sedang popular di Thailand sebab beliau masuk Thailand's Got Talent. walaupun tak menang tempat pertama, dia masuk FINAL jugak!

mula-mula, aku terpesona jugak la mendengar suara beliau, tiba-tiba keluar "suara" lain. tersungkur!!

sapa percaya cun melecun meletop habis suara ayu + macho ni transgender :/


wake up people. world changed, people transformed :|

oh duniaa, penuh dengan derita...
ada mulia ada juga kejinya...


but he's.. err.. she's really has a wonderful voice.. :/

Thursday, August 25, 2011

jodoh aku.

Ya Allah, kalau dia memang jodoh aku, jodohkanlah..
Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak...
Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selainku...
Kalau dia tidak boleh dijodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain...
Biar dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali....
Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah denganku...
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu bertemu jodoh dengan orang lain...
Dan kemudian jodohkan dia kembali dengan ku.

(nak nak sangat ni!!)...Ameen...

keh.keh.keh.

pecah perut aku gelak...

Monday, August 22, 2011

situasi terawikh..

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah kan malam ni dah masuk malam 22 terawikh. bila dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan tahun ni, dah tiba masanya kita berebut-rebut mencari malam Lailatul Qadar ye dakk?

tapi yang pasti malam tu bukan malam ni la kan sebab malam ni kan malam genap. dan malam Lailatul Qadar ni adalah pada tarikh ganjil kan. mungkinkah semalam? atau besok? atau 25, 27, 29?

10 malam terakhir yang sepatutnya digunakan sebaiknya oleh kita, tapi sedih sebab di kalangan kita, di sekeliling kita semua orang sibuk menantikan kehadiran Syawal. ye tak salahkan untuk berhibur, tetapi adakah patut dilupakan Ramadhan?

semakin Ramadhan melambai pergi semakin kurang orang pergi masjid, terbalik pulak di pasaraya, uptown2 yang sentiasa dipenuhi manusia.

aku nak share pengalaman pahit manis aku pergi terawikh tahun ni. kalau ingat balik kelakar je aku rasa. aku ni takde la kiranya yang tak tinggal langsung terawikh. ada kalanya tinggal jugak.

*GEGARAN*

okey peristiwa ni baru sangat ja berlaku. tadi. hehe. time tu baru je solat Isyak, masa nak bangun dari sujud rakaat kedua tu, aku dapat satu gegaran. tapi gegaran tu kat bontot aku je. pelik. pastu terpikir, aku saf belakang. belakang dah saf kanak-kanak, bila pikir balik logik dan gegaran yang aku rasa tu, rupa-rupa terlanggar ngan kepala budak kat belakang tu. tersenyum aku sorang2 time semayang. nak gelak sebenarnya.  hah, tak khusyuk semayang la tu -.- pastu bila dah habis, aku pusing tengok budak tu, dia sengih2 je, nasib baik tak marah aku. haha.

*BILANGAN MAKMUM*

ni standard ah kot kat mana-mana masjid pon mengalami perkara yang sama. macam yang aku cakap kat atas tadi, makin hari makin berkurang. sedih betoi. kalau dulu hari first aku pegi terawikh, pergh tak dak tempat kot. nah kena dapat hat tepi2 sekali ja, tempat panas, datang lambat la katakan. tempat parking pon haaa, susah nak cari. mau bulih masjid kat umah aku ni bole 2,3 baris kereta bersusun kat jalan besar.

sekarang ni bila dah 10 malam terakhir kereta bersusun dekat tempat shopping je la. saf perempuan yang penuh dulu ni, tinggal 2,3 saf je. pastu bila dah buat 8 rakaat tinggal 1 saf je. alahai.

*LURUSKAN & RAPATKAN SAF*

awal-awal solat lagi tok imam memang dah cakap pon, "luruskan & rapatkan saf, sesungguhnya ia adalah sebahagian dari solat" tapi, kenapa masih susah orang nak rapatkan saf? bagi makcik2 alasan mereka ialah "panas" "nanti nak duduk tahiyat akhir kang terduduk plak atas orang" "tak selesa" bagi aku alasan2 tu semua takleh pakai pun. panas? neraka sejuk ke? tak selesa?syaitan ada kat sebelah selesa sangatlah?

kita ni, nak tegur bukannya taknak, tapi memandangkan nak tegur orang yang lebih tua, aku payah la sikit. nanti ada plak yang terasa hati mampus aku, ntah2 yang nak tegur plak bakal mak mentua plak kan, kang ade yang yang tak puas hati plak. eheh.

kalau dulu, aku kat kolej, benda ni tak penah jadi masalah pon, sebab kitorang kenal satu sama lain jadi senang lah nak menegur.ada ja hadis Rasulullah pasal luruskan saf ni.

Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Elokkanlah kedudukan saf ketika solat.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)


Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)


tak susah sebenarnya nak rapatkan saf ni, tapi kita yang menyusahkan diri sendiri. aku pun ada terbaca yang rapatkan saf sebenarnya boleh mencetuskan perpaduan. kan bagus tu?

*KANAK-KANAK*

okey part ni aku memang meluat kat budak-budak. part ni je okay. aku ni penyayang sebenarnya. eheh. tapi aku xleh blah btol la. bising yang amat sangat. aku, kalau  ada anak nanti, kecik2 yang taktau nak sembahyang lagi, aku takkan bawak p masjid. nak buat apa? ganggu orang ja. terjerit sana-sini. terkinja-kinja. haih. rasa nak p tampaq anak orang pon ada.

tapi ada hat pandai jugak. tapi pandai kot lain la. masa orang tengah sujud ka, baru rakaat pertama memang bising ya amat, tapi bila dah bagi salam tau pulak senyap. takut orang marah la tu.

penah sekali aku usya budak tu, masa tu dia tengah jerit. sengap pulak bila aku usha macam nak telan. padan muka.

(aku tengah emo. sebenarnya aku sayangg budak2 :D -.-?)


sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk Ramadhan ini. semoga ia lebih baik dari yang sebelumnya. :)