Saturday, November 13, 2010

cool kot!

sumpah nak satu sofa ni!


aku jumpa sofa ni petang tadi...selit je ape yang aku nak..kat mane2 yang aku suke.sumpah cool benda ni ohh!nak satu...kreatip giler kot orang yang buat menatang ni...bole aku selit2 banyak...kalau barang hilang, jenuh nak cari dekat semua tempat2 selit tu kan...hahah..

Tuesday, November 9, 2010

malapetaka 2010

haihh..apakah ini merupakan tanda2?kiamat sudah dekat.. err..bersediakah kita anak2 Adam?

tak cukup dengan banjir di kedah :( perlis dan kelantan, kemalangan pulak merata2 macam cendawan tumbuh selepas hujan...??entah betul ke tidak perumpamaan aku ni..haha

tapi, memang hakikat...banyak kemalangan yang berlaku sekarang ni, tak cukup dengan bas terbang, treler pon nak terbang jugak!tak boleh tengok orang lain lebih sikit..suma nak ikot...benda yang baik takpe la jugak...yang kesiannya, orang awam laa, yang jadi mangsa.walaupun dah berjuta2 kali kemalangan terjadi, benda ni still berulang..kenapa ha?mungkin ni memang dah takdir, sejauh mana kita berusaha untuk mengelak, tapi kita takleh nak halang ia daripada berlaku...

mengenai banjir tu, sumpah teruk kali ni punya banjir.keleboqnya tak payah dok cakap lah..tengok pun tak lalu, ni kan nak membersihkan benda tu...kesian kat mangsa2 banjir..alhamdullilah rumah aku selamat...syukur..aku nak tulis pasal banjir, tapi aku malas la...tengah sibuk sikit..kalau aku tulis kompem esei 7000 patah perkataan atau mungkin lebih?sebab aku banyak sangat pengalaman time aku balik hari tu...mungkin aku akan upload beberapa gambar nanti.or aku rasa aku dah banyak dah cita kat hampa suma!haha

yogyakarta ke?ye la kot..gunung merapi dah mengamuk, mengeluarkan asap2 panas yang boleh menyebabkan mati, sayang lagi nak tinggalkan kampung halaman dengan ayam & itik?solute ar kat korang...kalau aku sumpah dah lari masa gunung merapi tu kentut lagi...

dan aku sempat meng'google'kan perkataan melapetaka tadi, macam2 aku jumpak..antaranya mengenai malapetaka yang akan melanda bumi 2012.sebenarnya aku memang dah penah tahu pasal benda ni tapi saja buat bodoh, dan terus tak ingat dah pasal tu...aku tak tahu la nak percaya ke tak tentang benda tu..bukannya bawah bidang kuasa kita pasal benda2 tu..nak percaya ke tak kat ahli2 arkeologi ke amenda tah nama dorang tu, terpulang la...walahualam,kita taktahu pape yang akan terjadi...

yang pasti kita kena mensiapkan diri dengan amalan2 yang hendak dibawa berjumpa Allah, tak kira lah bila itu akan berlaku.(aku ni dah banyak amalan ke?)apa salahnya kita mengingati antara satu sama lain kan...sharing is caring rite???derr, berapa kali dah aku repeat benda yang sama!

Monday, November 8, 2010

how to be good in english?

okay..
firstly, aku memang tak teror pun english..uhuk3..

semasa keberadaan aku di rumah beberapa hari yang lalu, aku diperkenalkan oleh adik aku senirik tentang benda ni...malunyaa..haihh..dia plak yang ajar aku...tapi xpelah...that's not the point...lagipon apa salahnya kan berkongsi2 ilmu....sharing is caring rite?!

back to the main point, sebenarnya adik aku telah ajaq aku main satu benda ni...benda ni nama dia omegle...korang yang baca blog aku ni kena try. sebab kat omegle ni kita bole chat dengan strangers!

yaa..jangan takut, kalau korang tak nak chat ngan dorang bule terus klik butang 'disconnect'. yang pasti dorang sume tak tahu pun sapa korang kan...so peduli hape ye dak??

first2 aku bukak memang addicted, tak leh katup omegle ni...haha. seronok sangat dapat sembang dengan orang yang kita tak kenal. tapi kalau korang dah rasa pelik2, bila dorang dah cakap bukan2, horny ke ape ke...disconnect!

masa aku chat dua hari lepas, aku ada chat dengan orang new zealand, usa, australia, india...nepal pun ada! jangan ingat dorang tak power english...haha..mula2 aku memamg rasa slek skit ngan orang nepal tu...tapi bila dah sembang, fuh bule tahan power english dia...haha

korang bule je cakap nama lain..dah keje laa, kahwin..sukatila kan..

masa aku sembang dengan orang nepal tu, aku cakap aku ni doktor.so, aku pon merapu2 la bagi nasihat and pape2 lagi.dia percaya je..ha?hahaha

jadi...korang bule je nak tipu2, kalau bule takpayah la bagi maklumat detail, nanti jadik macam lain pulak!
yang kita nak cuma nak english je...try to talk with other people...kan susa jugak kalau kita nak sembang dengan orang yang kita kenal, baik orang yang tak kenal lagi..kan2??

bagus jugak sebenarnya benda ni...tapi kalau disalahgunakan tak baik jugak!sama la.suma benda ada baik buruk kan..cuma pandai2 ar kita pikir, ok?

selamat mencuba!

lalala~

Sunday, November 7, 2010

good bye my love

selamat tinggal...
selamat tinggal jitra..
selamat tinggal rumah :(
i'll be back within 3 weeks...please wait for me...

i really hope that the rest of the weeks gonna be okay...
insyaallah...i'll find my way back to the college with the spirit...
thanks hometown..
i owed you...

Saturday, November 6, 2010

Rest In Peace kawan.

yes..impian aku tercapai..aku nak buat post dekat rumah..tapi apa yang bakal aku karang ni bukanlah sesuatu yang menggembirakan..it's hard to accept but we have to...


lebih kurang dalam pukul 4, 4/10/2010, setelah dua minggu bertarung nyawa, berada di alam koma, kolej yayasan united engineering malaysia telah kehilangan seorang pelajarnya yang begitu dalam kesannya dihati semua pelajar2 lain. topaz kehilangan vice house captainnya. vice yang sangat supportive. vice yang mengeluarkan banyak idea2. kelas ielts ku kehilangan satu2 pelajar lelaki dan menjadikan jumlah pelajar cuma satu angka. tutorial ku berkurang menyebabkan hanya ada seorang lelaki sahaja sekarang ini. kelas chem kehilangan seri tanpa arwah. kehilangan arwah adalah satu kehilangan besar buat kolej.



yang pasti ini adalah satu pemergian yang SANGAT besar bagi keluarga arwah. keluarga arwah sedang diuji oleh Yang Maha Esa. ujian yang sgt besar. kitorang suma mendoakan keluarga arwah tabah menghadapi segala ujian yang menimpa. segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. aku tau, aku hanya bole cakap macam ni. if something like this happen to me, it won't be that easy. astaghfirullah. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.


beliau telah pergi. pergi yang tidak kembali lagi. aku terkesima seketika ketika menerima panggilan telefon dari wan sewaktu di dalam teksi yang menuju ke tanjung malim. apesal wan kal aku tiba2 ni..detik hati aku ketika itu. rupa2nya membawa satu berita yang sgt mengejutkan aku. 'syazwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang pukul 4 tadi' terdiam tanpa kata sebentar. memikirkan apa yang patut aku cakap untuk meneruskan perbualan. hanya mampu berkata innalillah...2 minggu lalu kau sangat sihat, siap bole g jamming ngan shikin & lain2. hari ini aku dapat berita kau dah takde.


sesungguhnya...aku sangat2 terkejut. sekali lagi aku merasa perasaan yang sama ketika kehilangan cikgu sejarah aku, Puan Jamilah lebih kurang dua tahun yang lalu. cikgu...


syazwan, budak2 kolej ni takkan lupakan kau...sebab diorang sangat sayang kat kau.batch 12.kalau la kau tau betapa dorang care dengan kau..betapa dorang support kau. family kau. betapa dorang pikirkan kau. betapa berusaha membuat event mendoakan kesihatan & keselamatan kau di facebook & di masjid al-saad. hanya itu yang dapat kami bantu. mungkin ia cuma sesuatu yang kecil untuk dibandingkan dgn kesedihan di hati family kau. you will proud if you know it...


bakal2 jenazah sekalian,
pemergian arwah adalah satu ketentuan Illahi. meratapinya pasti akan membuatkan arwah sedih. kita yang hidup, perlu meneruskan hidup & mengambil iktibar atas apa yang terjadi. membetulkan apa yang tak kena. menyesali atas segala perbuatan yang salah. menyesali segala dosa. menjaga hubungan sesama manusia. kerana mati itu pasti. kita manusia, tidak akan tahu bila masa kita. tak tahu apa yang mungkin terjadi pada esok hari. bersedia dah ka?yang pasti kita kena berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini. kerana hanya dengan cubaan2 ini yang mematangkan kita. membawa kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik. mendewasakan seorang kanak-kanak.


kawan2, jangan pernah berhenti mendoakan arwah. hanya surah yasin, al-fatihah & doa yang dapat kita salurkan buat arwah. yang dapat mendekatkan kita dgn arwah serta kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. buat mak ayah arwah, tabah hadapi dugaan ini.

selamat tinggal kawan. semoga kau bahagia di sisi-Nya. semoga roh kau dicucuri rahmat.

RIP Syazwan Asyraf.