Saturday, November 6, 2010

Rest In Peace kawan.

yes..impian aku tercapai..aku nak buat post dekat rumah..tapi apa yang bakal aku karang ni bukanlah sesuatu yang menggembirakan..it's hard to accept but we have to...


lebih kurang dalam pukul 4, 4/10/2010, setelah dua minggu bertarung nyawa, berada di alam koma, kolej yayasan united engineering malaysia telah kehilangan seorang pelajarnya yang begitu dalam kesannya dihati semua pelajar2 lain. topaz kehilangan vice house captainnya. vice yang sangat supportive. vice yang mengeluarkan banyak idea2. kelas ielts ku kehilangan satu2 pelajar lelaki dan menjadikan jumlah pelajar cuma satu angka. tutorial ku berkurang menyebabkan hanya ada seorang lelaki sahaja sekarang ini. kelas chem kehilangan seri tanpa arwah. kehilangan arwah adalah satu kehilangan besar buat kolej.



yang pasti ini adalah satu pemergian yang SANGAT besar bagi keluarga arwah. keluarga arwah sedang diuji oleh Yang Maha Esa. ujian yang sgt besar. kitorang suma mendoakan keluarga arwah tabah menghadapi segala ujian yang menimpa. segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. aku tau, aku hanya bole cakap macam ni. if something like this happen to me, it won't be that easy. astaghfirullah. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.


beliau telah pergi. pergi yang tidak kembali lagi. aku terkesima seketika ketika menerima panggilan telefon dari wan sewaktu di dalam teksi yang menuju ke tanjung malim. apesal wan kal aku tiba2 ni..detik hati aku ketika itu. rupa2nya membawa satu berita yang sgt mengejutkan aku. 'syazwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang pukul 4 tadi' terdiam tanpa kata sebentar. memikirkan apa yang patut aku cakap untuk meneruskan perbualan. hanya mampu berkata innalillah...2 minggu lalu kau sangat sihat, siap bole g jamming ngan shikin & lain2. hari ini aku dapat berita kau dah takde.


sesungguhnya...aku sangat2 terkejut. sekali lagi aku merasa perasaan yang sama ketika kehilangan cikgu sejarah aku, Puan Jamilah lebih kurang dua tahun yang lalu. cikgu...


syazwan, budak2 kolej ni takkan lupakan kau...sebab diorang sangat sayang kat kau.batch 12.kalau la kau tau betapa dorang care dengan kau..betapa dorang support kau. family kau. betapa dorang pikirkan kau. betapa berusaha membuat event mendoakan kesihatan & keselamatan kau di facebook & di masjid al-saad. hanya itu yang dapat kami bantu. mungkin ia cuma sesuatu yang kecil untuk dibandingkan dgn kesedihan di hati family kau. you will proud if you know it...


bakal2 jenazah sekalian,
pemergian arwah adalah satu ketentuan Illahi. meratapinya pasti akan membuatkan arwah sedih. kita yang hidup, perlu meneruskan hidup & mengambil iktibar atas apa yang terjadi. membetulkan apa yang tak kena. menyesali atas segala perbuatan yang salah. menyesali segala dosa. menjaga hubungan sesama manusia. kerana mati itu pasti. kita manusia, tidak akan tahu bila masa kita. tak tahu apa yang mungkin terjadi pada esok hari. bersedia dah ka?yang pasti kita kena berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini. kerana hanya dengan cubaan2 ini yang mematangkan kita. membawa kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik. mendewasakan seorang kanak-kanak.


kawan2, jangan pernah berhenti mendoakan arwah. hanya surah yasin, al-fatihah & doa yang dapat kita salurkan buat arwah. yang dapat mendekatkan kita dgn arwah serta kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. buat mak ayah arwah, tabah hadapi dugaan ini.

selamat tinggal kawan. semoga kau bahagia di sisi-Nya. semoga roh kau dicucuri rahmat.

RIP Syazwan Asyraf.

2 comments:

cikkuna said...

innalillah.. sama2 la kita sedekah fatihah kat Syazwan.. moga rohnya dicucuri rahmat..

NAA said...

amin..