Sunday, September 11, 2011

syurga makanan.

nak tiauww dak. kedah ni sebenaqnya banyaaak sangat makanaan yangg best!

saya sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Saya bersyukur kerana dibesarkan di KEDAH.

saya happy sangat. saya rasa inilah hikmah mengapa saya ditempatkan di sini saja, dah tak pi jauh2.

macam2 feveret food saya. rasa macam suma makanan yang saya makan kat sini, memang feveret saya.

saya suka sangat makan. dah la murah, sedap pulak tu. saya rasa macam nak ajak kawan2 mai duduk dekat sini saja, tak miaww p mana2.

syukur pada Yang Esa. Yang Maha Besar.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
punca : baru lepas makan kuewtiau Kungfu. enakk bangat. rasa macam nak jadi Jackie Chan :P
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


dalam pada kita bergembira, jangan dilupakan saudara2 kita di Somalia, yang kekurangan makanan. sedihnya. yang kita di sini, makan pun kadang2 tak habis. membazir saja. tapi mereka, menderita kerana kekurangan zat makanan. ujian mereka lebih besar. kita bersedih sebab tak dapat sambung belajar kat oversea, mereka sedih sebab tiada makanan, asas keperluan hidup. Subhanallah. betapa tamaknya kita.

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. segalanya rezeki dari Dia Yang Maha Memberi. Alhamdulillah :)

Friday, September 9, 2011

wake me up when september end.

tajuk saja terasa omputih. takpa lah. saya dok malesia. cakap bahasa melayu sudah laa. gedik nak omputih gak kn.. boleh dak camni? hihi

tak, tak boleh. walaupun kita dok malesia, tak bermaksud kita takleh cakap omputih kan? tak bermaksud kita nak bangga bila kita cakap omputih.. tak bermaksud kita tak sayang bahasa melayu.




terasa lama sangat bulan ni. pasaipa tak tiauuww...


penat dah.

minggu depan nak cari kerja. saya tak boleh berlama di rumah macam ni. terasa diri ini tidak berguna =.=

minggu ni patotnya da boleh pergi mencari kerja. memang da banyak sangat papan "jawatan kosong". untung la aku. budak uni pakat da balik uni, so, banyak pilihan kerja untuk aku. syukurlah. boleh pilih nak kerja macam mana, ye dak? untung gak aku. :)

tapi minggu ni nak setel benda. macam-macam plan. kononnya lah kan. padahal berseronok saja, sementara kawan2 aku nak balik uni masing-masing. agak terkilan. aku sepatutnya pon macam dorang, sibuk buat preparation. ahh abaikan. aku kini sudah bahagia dengan jalan aku ini...

pastu hari sabtu ni nak kuar dengan kawan-kawan lagi.. kawan2 kolej. ahh, besnyaa. rasanya lah. hehe. sebab nak pergi makan GCB Mc Donald! oo yeahh.. pastu nak pergi kenduri umah Zuli. hantar dia felai saja lahh walaupun aku tak lehh kan. pastu nak mintak sorvenir. cooooL.

hari ni dah pergi mintak borang cikgu sandaran. cuba saja lah kan. tapi rasa macam susah saja nak dapat. dalam borang tu ada dia suh tulis pasal pengalaman mengajar. tipis saja lah peluang aku. sah sah la dorang akan lebih memilih yang berpengalaman kan.. sedangkan aku cuma pelajar A-level sahaja. cuma keputusan SPM dan PMR saja yang boleh dibangga sikit. aah entah la.. anggap sahaja ni semua kerja tuhan. rezeki pasti ada di mana-mana. so, hantar saja lah borang permohonan itu. kalau ada rezeki tu, ada lah kan.

tapi kompius jugak. subjek apakah yang harus aku tulis? ada dia bagi 3 pilihan. alamak gi mana nih. yang satu tu boleh la isi matematik. boleh la ajar math, senang saja. ces. tak lah. math bukan fakta, jadi mudah la nak mengajar kanak-kanak. lagi pun, sekolah rendah. tapii apa yang bole diajar lagi selain math. adakah bahasa melayu.. boleh ke? bahasa inggeris? ohh boleh kah?  sains? hurmm iye2 saja la nak ajar sains. kalau dapat yang tahun enam punya sains, bagaimana? agama?? punggahh.

tapi tak boleh nak taruh harapan tinggi gak la. takut jugak tak dapat. so, kena la prepare mintak keja lain sama.

tak pa lah. kalau ada rezeki pasti ada di mana-mana :)

Monday, September 5, 2011

ape jadi...

kalau hampa tengok drama korea, sampai 19 episod, (satu episod sejam lebih) pastu tengok2 sampai episod 19 rupa-rupanya ade satu episod lagi.

dan hampaa takdak episod tu???!!!! pastu bila nak tengok online satu episod je, terus internet selembab-lembabnya tetibe.... OH MY GUCCI..

yes cerita nih lah. mencik!

demm.

segalanya masih samar.

perjalanan hidup yang jauh lagi ini masih samar.

tak dapat apa-apa info lagi pon dari pihak yang sepatutnya.

serabut. tak tahu apa yang harus difikirkan.

samar. mengelirukan. keterujaan berkurangan. hati tak tenteram.

otak semakin lama semakin karat. aku keliru.

aku ingin kan ketenangan diri. kekuatan harus dibina kembali.

hidup ni.. macam mana sebenarnya?

Saturday, September 3, 2011

dari hati yang paling dalam.

jujur sejujurnya dalam hati saya rasa sangat cemburu dan iri hati apabila rakan-rakan di FB sibok berbincang mengenai persiapan untuk terbang. visa. pastu preparation. tarikh fly. saya rasa lepas ni gambar2 pulak bila ada dekat sana nanti akan diupload. dan akan berterusan. untung la... saya tak boleh. walaupun saya sudah meredhakan perkara, jauh di sudut hati wujud rasa sedih. kecewa. kenapa mereka boleh tapi saya tak boleh. saya gagal. saya insan yang gagal mengambil peluang yang telah diberikan. saya mensia-siakan peluang yang penah saya dapat. saya kecewa.

saya rasa macam nak delete FB. buat akaun baru. kawan baru. tapi bukan salah mereka. ini berpunca dari diri saya sendiri.

apabila saya keluar beraya dengan kawan-kawan. soalan yang sama akan diberikan kepada saya. saya kecewa. saya masih belum mampu menjawabnya dengan baik. down. sangat. mungkin takdir telah tersurat, tapi saya masih lagi belum mampu.

saya rasa saya sudah redha. saya pasrah. tapi saya gagal mengawal perasaan saya sendiri sekarang.

saya benar kecewa. saya masih gagal. maaf.