Friday, September 9, 2011

wake me up when september end.

tajuk saja terasa omputih. takpa lah. saya dok malesia. cakap bahasa melayu sudah laa. gedik nak omputih gak kn.. boleh dak camni? hihi

tak, tak boleh. walaupun kita dok malesia, tak bermaksud kita takleh cakap omputih kan? tak bermaksud kita nak bangga bila kita cakap omputih.. tak bermaksud kita tak sayang bahasa melayu.




terasa lama sangat bulan ni. pasaipa tak tiauuww...


penat dah.

minggu depan nak cari kerja. saya tak boleh berlama di rumah macam ni. terasa diri ini tidak berguna =.=

minggu ni patotnya da boleh pergi mencari kerja. memang da banyak sangat papan "jawatan kosong". untung la aku. budak uni pakat da balik uni, so, banyak pilihan kerja untuk aku. syukurlah. boleh pilih nak kerja macam mana, ye dak? untung gak aku. :)

tapi minggu ni nak setel benda. macam-macam plan. kononnya lah kan. padahal berseronok saja, sementara kawan2 aku nak balik uni masing-masing. agak terkilan. aku sepatutnya pon macam dorang, sibuk buat preparation. ahh abaikan. aku kini sudah bahagia dengan jalan aku ini...

pastu hari sabtu ni nak kuar dengan kawan-kawan lagi.. kawan2 kolej. ahh, besnyaa. rasanya lah. hehe. sebab nak pergi makan GCB Mc Donald! oo yeahh.. pastu nak pergi kenduri umah Zuli. hantar dia felai saja lahh walaupun aku tak lehh kan. pastu nak mintak sorvenir. cooooL.

hari ni dah pergi mintak borang cikgu sandaran. cuba saja lah kan. tapi rasa macam susah saja nak dapat. dalam borang tu ada dia suh tulis pasal pengalaman mengajar. tipis saja lah peluang aku. sah sah la dorang akan lebih memilih yang berpengalaman kan.. sedangkan aku cuma pelajar A-level sahaja. cuma keputusan SPM dan PMR saja yang boleh dibangga sikit. aah entah la.. anggap sahaja ni semua kerja tuhan. rezeki pasti ada di mana-mana. so, hantar saja lah borang permohonan itu. kalau ada rezeki tu, ada lah kan.

tapi kompius jugak. subjek apakah yang harus aku tulis? ada dia bagi 3 pilihan. alamak gi mana nih. yang satu tu boleh la isi matematik. boleh la ajar math, senang saja. ces. tak lah. math bukan fakta, jadi mudah la nak mengajar kanak-kanak. lagi pun, sekolah rendah. tapii apa yang bole diajar lagi selain math. adakah bahasa melayu.. boleh ke? bahasa inggeris? ohh boleh kah?  sains? hurmm iye2 saja la nak ajar sains. kalau dapat yang tahun enam punya sains, bagaimana? agama?? punggahh.

tapi tak boleh nak taruh harapan tinggi gak la. takut jugak tak dapat. so, kena la prepare mintak keja lain sama.

tak pa lah. kalau ada rezeki pasti ada di mana-mana :)

No comments: