Wednesday, August 10, 2011

kecuakkan melanda sehari sebelum result A-level.

*entri pendek tapi sweet ini dicipta bagi menyatakan rasa cuak tahap gaban bila result keluar esok*

ku gagahkan jugak menulis sebuah entri sebelum result keluaq. takutt. tadi da try bukak cie results dah. ditulis kat situ result to be released. saya dah cuak babeng da ni. tahap gaban. damn. amboii ayat. kasaq. kurang sopan sikit kot.

risau ni. cek risau. cek risau result tak semenggah. T_____T warghhhh otokeee.

chemistry. subjek susah taktau tahap apa dah. entah apa2 soalan.

tu tak kira psychology lagii.. entah apa yang aku merapu pada waktu itu i dunno laa..

ku tahu sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. *meratap*

hari-hari aku menanti result sangat lah menderita. merangkak. tak sanggup sebenarnya nak berhadapan dengan 11 ogos :(

12 ogos pon tarikh keramat jugak. sangat laaa. what to do. pandai tanggung sendiri ar.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...

KPM dah mula mengorak langkah. menambahkan lagi kecuakkan dan menyesakkan dada dengan pre-departure yang akan diadakan pada 24-25 ogos. weh. kamon. semangatnya. tak yah la nak bagi tentatif, map, lampiran D lagi . result tak keluar lagi kot =___=

dengan kekacauan yang melanda LONDON turut menambahkan kesesakkan di dada. heh.

afiq anuar da semangat cari tiket bas nak pi pre-departure. kata nya da nak raya tiket habis. C'mon. afiq anuar tak pa la nak beli tiket siap2. SCHOLAR OF THE YEAR kot. -.-

evin sumpah dah ajak beli tiket -.-

saya sangat tidak sanggup nak pikiaq apa yang bakal terjadi esokkk!!!

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...

kerisauan yang nyata tak boleh disembunyikan lagi. hanya ada beberapa jam sahaja lagi. pastu da boleh cek result.

kawan2, walaupun apa yang terjadi, hampa still akan kawan dengan aku kan? in case... nothing!

In three words I can sum up everything I've learned about life. It goes on.

mari kita sama2 berdoa yang terbaik untuk masing2.

mari kita tawakkal & redha.

bolehkah aku jejak tempat ni yang real?


gulp










Monday, August 8, 2011

perempuan : bertudung + legging

saya tau saya bukan perempuan yang bertudung labuh serta berpurdah. mungkin tak layak sangat la nak bercerita soal agama. tapi kalau nak kira layak tak layak, bukan kita yang layak nak tentukan pon. ayat confusing doe aku. tak kisah la. well, takdak manusia sempornaa pon.

semalam, aku pi mall. saja. kecoh-kecoh kat sana dengan kawan2 aku. tiba-tiba terserempak dengan seorang makcik 40+ kot umur dia. mak aihh.. legging derr. pakai tudung boggol unta. cool betul makcik nih. aku cuma boleh tengok je la. atas bawah. atas bawah. dengan kawan aku. lawan tengok sama sendiri.

da nak jadi nenek pun, ada hati jugak an nak pakai legging. -.- eh, ni bukan bermaksud sang muda remaja, berdarah panas seperti aku ni boleh pakai legging, oh tidak sama sekali. 

ni pendapat aku lah kan, banyak lagi kot cara nak bergaya. tapi takdak la sampai over2. legging + tudung sangat lahh tidak boleh diterima. sumpah takleh. mai cek nak bagitao sikit ni... hudoohhhh sangaaaat makcik. lagipon ketat gila kan legging tu, nak pakai pon kena bersusah payah (tak bermaksud aku penah pakai okey), dah buang masa dah nak seqhelom legging tu. sudah la nipis. nak tunjuk apa sangat.. bangga sangat ke tunjuk kaki? suka sangat la orang tengok atas bawah?

tu tak cerita lagi perempuan bertudung + legging pi bazaar Ramadhan. ada ke? setakat ni aku tak pernah lagi nampak dengan mata kepala sendiri.

tak payah la kot nak legging2 ni. nak jugak tak payah la pakai tudung. jatuh saham orang pakai tudung nii. legging bukannya seluar pon. legging macam sepender je kot. ada yang cakap legging makes a lady look like a slut 0.o

aku tak kutuk. aku cuma memberi pendapat. kalau ada jugak niat di hati nak pakai legging tu, simpan ja la okey. orang tak respek, orang kutuk lagi ada la. tak caye? ce tengok nih klik2

tipu la kalau ada orang cakap kitew ni pakai bukan nak bagi orang lain tengok, asalkan kiteww sukew tengok sudah leww.. peduli laa apeww orang lain nak cakap. tu semuaa hakktuuihh jeww. kau pakai je la dalam bilik, tengok sorang2 kau. tak payah bagi orang tengok. takkan tak dak sekelumit perasaan nak bagi mamat2 maskulin terliur tengok. tipu la takdak.

sebab kaum-kaum macam ni la orang nak merendahkan orang yang pakai tudung. suka sangat la dengar orang cakap pakai tudung tak semestinya baik, tak pakai tudung tak semestinya jahat ?? orang cakap tu ada betul jugak, tapi takkan kita yang bertudung ni nak mengiyakan ja. takkan nak terus tunjuk yang orang bertudung ni jahat. jatuh maruah la. kalau hampa lawa, tak pakai legging pon lawa jugak.

aku taknak la cakap banyak-banyak. kita tak tahu. satu hari nanti mungkin hari aku. tapii, aku takk harap hari tu akan berlaku. insyaAllah.

tapi aku pun banyak jugak nak memperbetulkan diri aku jugak. so, boleh la kot kita sama2 membetulkan diri kita. kan elok di bulan2 puasa ni..

tulih panjang2 pon buang karan jugak. makcik tu bukan nak baca. ciao.

why la gorgeous sangat!

drama terbaru lee min ho. baru la sangat... ceh. nak. nak. nak tengok! susahnya lah nak download. (padahal tak reti =.=) sudah la sangat bersusah payah, namun masih  tak berjaya... why la.. why! -.-

memang ar bole nak tengok kat youtube, tapi sangatlah tak feeeeel bila tersekat-sekat mau kata tiba2 internet mogok!

he is soooo awesome-gorgeous-macho-masculin!
sangatlahh nak tengok! tolong laaaaa. this pretty little thing on earth. makhluk ciptaan tuhan paling indah. okey tu agak lah exaggerate. tapi he is so damn hot dalam drama ni.! okey dah.






cute sial. dapat mana weh muka kiut macam ni!
tak suka sebenarnya nak letak gambar pompuan yang bergandingan dengan dia, tapi2 gambar ni kiut sebab pompuan tu sangat lah rendah! da berdiri atas papan serta pakai HIGH heels pon banyak lagi sangat beza tu!! aku? fine la fine. -.-
OKEY. 

PUASA.

BEHAVE..

Saturday, August 6, 2011

opera mercedes-benz



hensem dak kereta ni? well hensem lagi ashton kutcher aku oke. actually, aku just nak bagitahu. hari tu ada la keta ni lah, sebijik sama oke. dia pegi sedap parking depan gerai2 bazaar tu kan. derr, mana ada orang berhenti tengah2 tu derr. ganggu lintasan. buat jam plak. bukan nya boleh makan roti, puasa. okayh that's lame. agak2 lu orang ar kan, orang yang dalam kereta nih apa perasaan dia ha? der, aku kompem dia bangga gila. ye lah. ingat mudah lu orang nak tengok jenama kereta ni kat kedah. entah2 dia sorang je derr. tapi tak payah ar nak berenti kat tengah2 orang nak berniaga, dah tu buat kereta kat belakang takleh nak lalu. orang tak respek lu derr. orang hangat hati ade ar.

hah, okey. tu lah aku nak cita. ayat kena power untuk orang hebat2 nih. hebat ke. come on.

Wednesday, August 3, 2011

check-list


sedar tak sedar da bulan Ogos kan. da hampir 3 bulan da aku tamatkan A-level. da balik dah ke Jitra.

semenjak dua menjak balik ke kampung halaman nih da makin sibuk plak aku nih. macam-macam benda nak kena buat. macam-macam nak kena selesaikan. sijil2 yang UCL mintak pos telah dipos lajukan semalam. RM87.50. siot jek mahal. habis dah duit elaun gua. makan pasir la gua pasni. eceh. hutang kolej segala bagai telah diselesaikan semalam. tinggal nak dapat password untuk result dari pihak kolej. gulp. result.

IELTS dah selesai jugak. tinggal nak dapat result. gulp. ha, bagus sangat dah result A-level 11hb result IELTS 12hb. gulp. result. CUAKKK! okeh fine. memang cuak nak mati. hari ni 3hb dah. 8 hari lagi cek. takut & takut. ni antara hidup & mati. huu.. takde ah sampai begitu sekali. nasib baik aku da pegi MOC, Ustaz Hasrizal da cakap da. ini bukan penamat hidup. antara fly atau tidak itu rezeki masing-masing. yang pasti Allah telah menyediakan sesuatu yang terbaik kepada hamba-Nya. redha. ya, aku harus redha. 

pagi tadi dah buat IC baru. oyeahh. harap-harap nanti gambar tu cantik.. ceh. pastu da buat sekali gus surat beranak. apesal eh buat surat beranak. saja ja, gedik nak perabis duit. RM5 nak buat surat beranak baru. cantikk lah. ada surat beranak baru!

sekarang suma da diselesaikan. Syukur Alhamdulillah. tinggal nak tunggu dapat password then hanya perlu tunggu result. waiting and keep waiting till 11th of August. 

'Ya Allah ya Karim, tenangkanlah fikiranku. tunjukkanlah jalan yang terbaik buat ku. Redha kan lah hati aku.'

tapi, serius memang takleh nak gambarkan betapa gabranya, betapa cuaknya, betapa tak tenteramnya hati ini.

harap2  bulan Ramadhan ini dapat memberi barakahnya buat umat2 Islam seluruh dunia yang mengambil A-level. InsyaAllah. Ameen.

alang2 dah bercerita pasal bulan Ramadhan, elok lah kot nak buat peringatan untuk diri sendiri dan jugak list2 yang nak kena buat pada bulan mulia ni. moleklah kita sama2 meningkatkan ibadat kita pada bulan Ramadhan ni. bukan senang nak jumpa bulan Ramadhan. siapa tahu ini mungkin Ramadhan terakhir kita :') 

dan kalau nak senang boleh la beli Solusi Isu 34, dalam tu dah senang ada checklist untuk Ramadhan da. mungkin bole mambantu kita seharian.

harapan bulan Ramadhan kali ni aku dapat menambahkan solat2 sunat, luangkan masa untuk recite, tak tinggalkan solat terawih. harap2. Ameen. aku rasa blog ni sangat2 membantu untuk meningkatkan iman. sila tekan sini


setiap benda yang kita nak buat nih, kena ada check-list supaya korang tak lupa. benda nih sangat2 membantu. check-list ni sesuai untuk orang2 cepat lupa macam saya =.= kadang2 tu baru ja lima minit, aku pegi toilet jap, balik2 tu dah tak ingat apa yang aku nak buat 5 minit sebelum tu. tak tahu la orang2 lain turut mengalami hal yang sama. bukan Alzheimer. pastu2 aku selalu menghadapi masalah untuk mencari specs. oh, selalu lupa. -.- aku doa2 takdak la tua2 nanti aku dapat penyakit nyanyuk, menyusahkan orang lain aje nanti.

nak bagi tao nih, sekarang aku taktao lah kenapa. ni check-list terbaru aku. finding his movies. aku da tergila-gila kan mamat ni. ya, aku tahu sekarang bulan puasa =.=



lepas nih, insya-Allah check-list akan sentiasa jadi peneman aku. aku perlukan perubahan dalam hidup aku. da tak boleh berada di takuk lama lagi.