Friday, December 31, 2010

random sekali.

assalamualaikum..

salam pembuka bicara. salam 1 malaysia.

lama no xupdate..(padahal baru 3hari.) okay la tu memang lama.

first sekali, nak congrats malaysia menang piala suzuki. kalau pergi jalan2 usha blog orang memang tak sah kalau tak dak pasal ni. pastu pasal KF. sape uh? dia top sekarang. ahh, xminat ah aku nak citer sal dia. gua tarak minat dia aa sebab dia sulah ade awek.kui3. malaysia menang ya. emas. yang enak, esok cuti! hah! esok cuti sebab kita menang bola. sekarang cuti sem. so? ade effect ke dalam hidup aku? toya mu bagi cuti esok. bagi la cuti 12hb. hehehe. tamak. cuti dah banyak!

dah banyak post aku sal bola ni. dah la. bajet cam fanatik bola lak en. aku minat bola ke masalahnye? pompuan minat bola ke? pompuan minat usha player2 kacak lagi hensem je contohnya muslim. contoh je. 
ye ke camtu? entah ler. rambot sama hitam even ada yang dah kaler rambot, hati lain2.



skang dah pukul 1 pagi. maksudnya hari ni dah 31/12. maknanya hari ni hari las dalam tahun 2010. aku ada lebih kurang 23 jam lagi.... then tahun ni pon berakhir. pergi yang tak kembali. banyaknye bende berlaku tahun ni. tu pun aku bole dok rileks ag. habis kalau tak rileks, aku nak buat apa. nak mandom ja? perlu ke nak cakap kat suma orang? bagi aku tak perlu kot. so not me la. biar orang lain nampak kita hepi. mungkin aku penah buat silap, tapi bagi itulah yang terakhir naa..

life have to go on. so, please move on. 


aiyak. pastu dah masuk tahun baru. tahun naik. umo pon naik. minyak naik. gula naik. badan jangan naik, please... tahun depan dah angka 2 kat depan. tao dak effect dia camna? orang lain takkan faham. dah takde 1. takde. dah nak kena jadi orang besaq. orang besaq ada tanggungjawab. ada komitmen. paham? tolong la paham. tolong la matang sikit. jangan jadi budak2 tiga suku.



nak post nak habaq ni ja...

nisah perlukan orang hot mamma untuk bawak hantaran akak dia esok. tetibe dia ajak aku bawak hantaran akak dia time akad nikah sok pagi. tu maknanya aku hot la ea??? hahaha. sila jangan layan orang tengah perasan.
banyak orang nikah. aku je tak nikah2 lagi ni. aku taknak jadi andartu...! taknak! erkk...




tido2. sok nak gi airport. nah, pergi uk seround bes gak..hahaha

Monday, December 27, 2010

lasernya kau

pahal sekarang isu pasal laser ni jer ah??


tak paham gak aku. diorang nak bising2 tulis kat blog, kat fb tu ape diorang dapat? siap buat group malingsia ngan amio kat fb.. ke amende sume lagi tuh.. dapat ape? dapat dosa je... lasernya korang. laser2 malaysia, korang lagi laser ye. kutuk2 pakai nama binatang yang feymes2 tu, dapat apa la gamaknye...wake up la. tak ke mana pon suma tu.

tapi aku rasa, kita tak payah cepat gelabah, cepat panas hati. tak payah la kita dok kutuk2 dorang... even depa buat yang ganyang malaysia tu, maling asia ke... cakap je lebih. cepat melatah tanpa fakta kukuh. menyalahkan laser :D. kita tak buat suma tu. kita tak provoke2 depa. sebab kita lagi educated pada depa. ye dak?


untung kau jual laser sekarang.. laku... :DD


kawan2... mulut jangan laser tao. bahaya sekarang nie ^^

harimau gagah!

jumpak tepi jalan
3-0

bekalan banyak tu nak wak pi indon rabu ni..

sumpah perform korang malam nii.

sumpah aku jerit sama naik dengan bapak aku malam ni.

tak payah cerita banyak. korang memang layak.(ikhlas cakap dari dalam hati)

game terbaikk.

tak payah tengok arsenal dah, tak payah tengok chelsea dah

lani jom kita layan malaysia pulak!

tak sabar nak tengok korang benam indon habis-habisan. habiskan je dorang.

aku benci indon teqok lani.

ehh.. silap dong.
entah jumpa mana nih. aku tak buat. sumpah.

Sunday, December 26, 2010

jangan jadi cikgu!

oppss...

tak patut gak en aku cakap cam ni... tajaan kpm pulak tuu! kalau encik A tahu mesti dia tarik balik aku punya scholarship aku...hohoho

aku bukan hape.. letih gile wo. tadi mak aku bawak angkatan2 tentera a.k.a kami satu famili utk pi bersih kelas dia. darjah dua. aiyoo, bayangkan ar kelas tinggal bape lame... nak kene cuci uh... agak2 ar... dah la kelas tu masa tak cuti pon tak pernah bersih dah. sekolah lama pulak tambah. yang pasti habis cuci pon dah takleh nak nampak baru dah pon. kipas2 pon dah berkarat dah. habuk2 tu kalau bole kumpul da bole buat istana dah. bukan istana pasir tapi istana habok.

ni bukan ape. ni kes ni sebab kelas tu dah memang lama. zaman2 aku dulu lagi. tah2 sekolah tu dah 100tahun lebih. entah aku pon taktao.

bukannya takde bangunan baru, tapi malang sikit mak aku dapat kelas kat bangunan lama. nasib badan laa..

tambah2 lak dapat hat anak murid jenis nakal terok. habis board2 suma depa cop ngan kaki depa. lagi sakan nak basuh. dinding2 tu tak payah habaq la. dari kale merah dh jadi kelabu. tu tak termasuk lagi dengan kerusi2 meja yang patah2. buruk sungguh kelas. =.=

perangai tak semenggah lagi teqok pada budak2 nii..
nak marah teqok2, nama pon budak2..... (yang pasti time aku budak2 aku sopan jer. hahahaha)

penat weh nak cuci suma tu. yang sihat walafiat pon bole dapat asma kalau cuci kelas cam tuh byk2 kali! yang dah memang sakit tu disarankan takyah laa.. tak pasal2 plak karang...

ni aku rasa untuk cikgu2 sekolah rendah je kot. aku rasa kalau sekolah menengah budak2 sendiri yang cuci. bukannya cikgu. rasanya lah.... aku dulu masa form 2 form 3 kena cuci sendiri je. siap ada AJK kebersihan & keceriaan. hah. sekolah rendah ade ke?

kalau diikutkan tu, jadi cikgu sekolah rendah lagi penat dari sekolah menengah an. cikgu sekolah menengah relax ja. cikgu sekolah rendah yang kerja terok. penat ajaq bebudak mengheja, mengira and stuffs..


so, kesimpulan dia, jangan jadi cikgu sekolah rendah! hehe

Saturday, December 25, 2010

lengai

any idea?
oh aku pun tak tahu apa maksudnya...
kinda slow maybe.
entahlaa cek tak tao...
try jugak google2..

tapi result dia macam ni

oh.. rupa2nya ada gunung berapi nama lengai...
nama gunung berapi ni  Ol Doinyo Lengai..
dekat afrika sinun.. tempat kelahiran BOB MARLEY. hehe.
tapi bob marley ni lahir kat africa ka? asal hitam ja africa.. india takkan africa jugak. racist ka apa aku ni..
cerita2 pasal bob marley nii, dia feymes gak an... nak kata hensem, hmm, tak jugak. rambut mau gempak ja. haha
gambaq paling hensem aku jumpak.

dok google2 tiba2 keluaq gambaq dia ni, depa perli dia ka??
tapi bob marley penah cakap cam ni


My music will go on forever. Maybe it's a fool say that, but when me know facts me can say facts. My music will go on forever.
Bob Marley 


betul gak an dia cakap?




heei, tapi bukan lengai ni yang aku carii!
haih..aku tak boleh jadi tok guru bahasa kedah lagi. belajaq tak cukup lagi ni...

Friday, December 24, 2010

trouble betoi.

jumaat sudah.

saya rindu jugak teman2 ky. tapi tak rasa macam nak balik sana pun. boleh tak macam ni...
takpa lah tinggai sat depa tu. hehe

ni aku dok penin ni...

satgi aku nak pi menge"bash" seseorang sebab hari ni besday dia.
dia tu kawan kepada kawan aku.

tapi aku tak kenal dia. aku penah jumpak dia sekali ja. tu pon sat ja. tak dan nak kenai pa pon & hari ni aku nak pi bash dia. 

tao dak bukan nak bash sikit2.

nak bash pakai telur..

nak baling kat kawan tu

sakit kot.

satgi aku ngan kawan aku nak pi beli tepung + telur untuk proses menge"bash" tu. macam kami ni kawan dia yang paling rapat habis lah. buat macam kenai pulak.

pelik dak eh kalau tiba2 orang kita tak kenai tiba2 mai baling tepung + telur dekat kita? 

kalau aku hangat jugak la... tiba2 ja.. dah la tak kenai...

kalau dia hangin, mati kami...

macam mana aih.. 



haih. ni pon bole jadi masalah =.=

tapi takpa lah... mungkin ni cara kami kenai kot. 

Thursday, December 23, 2010

saya comel.

aiyaakk selesema datang!

1- baru balik langkawi. cokelat banyak saaangat kat sana ~ aku dibelenggu. nak beli lagi, macam banyak dah. last2 tak beli pon..haizz... =.=  then balik umah...acaitt..apesal sikit sangat cokelat ni (-.-) baiklah..  kesimpulan dia, lain kali kalau nak beli, beli je jangan pikir banyak2 dah.

2- bukan nak cerita pa... update ni sebab nak cakap ni je.. kenapa ada sesetengah orang (setengah je la) suka letak gambar muka sndiri eh kat blog sendiri? gambar yang tangkap gambar sendiri dan setengah inci je dari kamera dia? aku panggil ni gambaq "saya comel & takdak orang lain lagi comel pada saya" (panjang pulak tajuknya ehh) yoo, tak matang kah? adeh..nak tau ak?aku pon suka je tangkap gambar sendiri. belambak dalam fon aku. cuba? pose camna aku tak penah wat. habaq mai kat aku. aku tau..bes oo tangkap gambaq snirik..paling2 pon suka dok tangkap gmbaq sendiri tak payah la dok tayang sana sini. kalau lagi comei pada han ji eun dalam cita full house tu takpa la naaa... peace!! ^.^v


oii... tak lama dah ni nak masuk tahun baru. bila ada tahun baru ni, kena la ada wishlist untuk tahun baru ni.. banyak ni.. sat2 nak pikiaq..


apa kata ang pi wat math nura oi? 2 set yang tebal2 tu bila lagi nak buat... (-.-'')
tak lama dah cuti ni. pejam celik esok dah nak balik ky...
maaa...taknak balik ky lagi...taknak sem 4 lagi.. aku tak sediaaa..bole ke? haizzz...

dala..aku merapu jek. takdak motif penting pon update ni =.="

tamat


Monday, December 20, 2010

hangout! :D

hari ni aku kuar dengan besties2 aku masa dekat SMJ.
oh rindunya SMJ. sekolahku..hihihi
di sini lah lahirnya seorang pemimpin... slogan sekolah aku. yik, ye ke???
hahaha

kamilah kawan
depa hensem sebab aku yang jdik photographer!
asal aku takdak ja gambaq cun.haih.takleh jadi niii...
aku suka amik gambaq depa mcm ni..heheh
depa tak pakai contact lens aih.aku jaaa.hehe
paklah aka fad.
ramizah aka miz

haha. lagi2 gambaq comel paklah
wif shir and fiz..
nab and war...
paklah and nab
comelnya kamii..kui3
harharhar..aku suka letak gambaq mereka begini..



penuh dengan kegembiraann.. lupakan segala kesedihan. peace yooo!!

perasan tak nama kami suma dipendekkan...
ni suma akal kanak2 ni suma..(aku gak la tuu)
dulu kitorang saja galak nak bagi pendek nama... nabila jadi nab, shira jadi shir, mizah jadi miz.. dan suma satu kelas nama jadi pendek lagu tu.. sebab tu la aku jadi nur jaa.. tu la idea asal blog ni aku letak nama nur.. lawak nak mati teringat balik zaman tu...hehehe


udah ler. nak g beli cokelat byk2!!!

bye2~

Saturday, December 18, 2010

perosak mood

saya marah.

kalau saya bangun awal pagi nak pergi hirup udara segar kat tasik darulaman, pastu saya kena hidu asap rokok sepanjang saya jogging.

arghhh.. ini memang melampau. kenapa penghisap2 rokok ini tidak menghormati orang lain?! saya kecewa ada rakyat macam ni. lagi kecewa mereka semua itu orang melayu.

hisap rokok tanpa segan silu di kawasan awam. kenapa begitu tak malu? takkan tak rasa papa bila orang lain lalu depan mereka sambil buat muka meluat sambil menutup hidung. saya memang tak boleh terima langsung. kalau nak mampus awal, jangan la nak libatkan orang lain.. saya taknak mati sebab jadi mangsa perokok.

saya heran kenapa dorang suka hisap rokok. macam tak tahu apa akibatnya. tahu tapi buat2 tak tahu. mungkin.
saya heran kenapa perokok macam bangga bila dorang isap rokok.
saya tak suka bau rokok. bau itu buat saya nak muntah. dan itu sangat menyakitkan hati.

jangan heran kalau satu hari nanti ada orang kena jerkah dengan saya.
saya benci perokok
saya anti-perokok.



dadah musuh negara,
rokok musuh saya.




nanti saya kena buat macam ni jugak.




pesanan buat bakal suami : no rokok! pegi mampus la kalau isap rokok. reject awal2!

say no!

okay ni memang patut jadi pengajaran. satu2nya peluang keemasan sudah pun melayang. the only chance. peluang yang tidak datang 4-5 kali seumur hidup...

manusia selalu sia2 kan benda yang ada di depan mata.
manusia selalu lupa
manusia selalu menyesal bila dah tiada...
manusia selalu alpa dengan benda yang mudah dapat. easy get, easy go...
manusia takkan pernah sedar sebelum benar2 kehilangan...
manusia ini lemah.
manusia memang tak perfect..

tapi, tak bermakna manusia tak boleh mencuba...
tak bermakna hidup hanya berakhir dengan kekecewaan. kelukaan. kesedihan...

jangan sentiasa salahkan 'manusia tak perfect'
kalau diri sendiri yang gagal mencuba memperfectkan diri...

kadang2 kita buat2 tahu apa yang kita tak tahu...
butakan mata tapi tidak hati...
kadang2 kita suka lengahkan benda yang penting & buat2 tak penting...
lupa, lalai...

....

then, kecewa dengan diri sendiri...
mencari alasan yang sesuai untuk menutup kesalahan diri?
jangan ulangi kesilapan bodoh itu...

how much i wish that i could turn back time...
but it's over.

gagal hari ini tidak bererti gagal selamanya...

try hard.achieve what u want.

Wednesday, December 15, 2010

sadisnya hidup...

saya bangun pagi...pukul 10.30 pagi lagi takkk?? =.=

demm...kenapa asyik bangun lewat...

kenapa kunci jam kalau setakat bangun untuk tutup alarm jek =.=

saya nak hirup udara segar pagi...

saya nak makan sarapan pagi...

saya nak study pagi2....

pas bangun saya mandi...

then tengok aqso & madina pukul 11...

makan....

baru study..........

stop then tengok alisa......

then, bila saya bukak UCAS dengan mata yang bersinar2, 

takde pape pon...

saya terus down...
 
sekejapnyaa hari saya.....
 
saya nak bangun awal!!!

somebody...please wake me up early tomorrow!!!


sadiskan...... =.=



Tuesday, December 14, 2010

tic taG tooooe

maaf! aku hampir terlupa aku telah di-tag.

maaf atas kelambatan memenuhi kehendak..uhuk3

mbak cikin. trimas kerana menge-tag tanpa menge-link. erk...paham ke tak nii..aku mmg susah difahami =.=


1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
ermm..apa ehh?thinking.....duit?hmm..hehe..rosak + kelam...hihi



2. Benda terakhir dibeli dengan duit sendiri?
benda makan kott..tu jer aku selalu beli..hihi


3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
hadoi..soalan mengancam nii...ku masih mencari-cari...temanya mungkin silver!oh aku semakin meminati kaler kelabu skang!kelabunya aku...tempat : maybe kat rumah ni lagi..hihi



4. Adakah korang tengah bercinta sekarang ni?
ermm..ini memang maut. okey. baiklah. jawapannya tidak.



5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kekasih?tidak kot. ia mmg tidak selamat. macam2 bole jadi. kemungkinan utk ditinggalkan mmg ada. kalau suami, jawapannya, selagi nyawa dikandung badan. jika diizinkan Allah.



6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
kenapa soalan2 begini???yarrgh..tatao.



7. Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
majalah REMAJA kot.hihihi.bosan2



8. Apakah nama penuh korang?
takleh letak nama penuh...lupee..haha..yang pasti bukan nora, nuqa, nurun, nuri atau lain2 tidak bole diterima pakai.


9. Antara mak dengan ayah, yang mana korang lagi mesra?
mak kot. senang sikit nak mintak duit.hahahaha



10. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mestilah!kalau kat kolej laaa...kalau kat umah...kadang2...hihihi



11. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalalm hidup korang?
aku rasa nak jumpa arwah tok wan aku...
nak macam dulu2 geng 5orang...ainul,hada,ckin,pikah,aku...tapi aku tao itu dah tak mungkin berlaku...
rindu kawan2 lain jugak!



12. Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
nak sangat pergi UK. nak berjaya. insya-Allah. doakan aku.



13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
oh ini soalan apa? peluk...kot..rasa selamat & dilindungi?toya...hahaha



14. Beritahu 3 benda pasal orang yang beri tag
shikin?oh dia memang suka bising...hehehe.pastu suka kacau orang...tapi dia saangat baik hati...ini sumpah betol



15. 5 benda paling disayangi dalam hidup anda
acer, sony ericson, teddy, gelang2 kesayangan serta minyak wangi pemberian seorang yang penting...



16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
the only exception.....
bila rindu...ruffedge..sudah tak terkira berapa kali aku pasang.. mmg tak ditenggelami masa.sangat tangkap cintan!
open your eyes...maher zain....sangat mendalam...




17. Bilakah tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
2 July 1991. takde sambut pon. oh harapkan ada sambutan nanti..hehehe



18. 5 rakan blogger yang anda nak tag aka suspek2 yang perlu dicari
hemm..kakcik aina...husna...shidah....pali....tu je yang bce blog aku pon..hahaha

tamat sudaaaa...

Monday, December 13, 2010

tora datang kembali!

i'm done with my btn!
alhamdullilah...
eheh, padahal dah nak masuk seminggu habis btn derr...
ape komen eh btn?not bad lah...at least i had so much fun with my new friends(konon) haha
actually kitorang telah ditempatkan di sebuah dorm yang semuanya budak ky..hmm apa lagi..bergumbira laaa...
mungkin group je kot yang lain pun. dalam group aku ad 3 je budak ky(aku, afiq anuar, yen)
yang lain, biasa ah kena brainwash sket! eh brainwash pasal negara oke..jangan pikir kena brainwash sal politik pulak. orang melayu biasa ar, cakap2 orang yang buruk2 suma betul...yang betul kata salah...begitu seronok menokok tambah fakta....haish tak paham aku...nak kutuk byk2 karang, bangsa sendiri pulak...

tapi kan mungkin aku ader crush dgn seseorang kat sana..smart habisss ahh...mungkin...kah3...biasa lah orang muda.darah panas lagi..kekeke



smart habis!kantoi syidah minat aku!hahaha..takpe syidah aku tak letak pon pic ni kat fb!kah3
ini bukan bungkusan mayat!tetapi bungkusan selimut2 serta cadar2 kitorang yang busuk. 5hari kot!
rakan2 seangkatan (uniform kot!)


boring aahh citer sal btn...huhu


hah!tengok gambar2 ni untuk santapan mata...










ni adalah muka2 kerisauan bila amin asmui still tak datang2..kelakar habis....



dan aku...cool ajerr...hahaha

then kitorang sampai ke kem btn pukul 5.30ptg sebab ada kesalahpahaman sikit... sepatotnya pendaftaran pukul 2.. gasak suda. kitorang top sebentar di dalam dewan tu..hahaha

dah lame tak update blog...
terasa kejanggalan menulis blog...
tambahan pula, report cardiff masih tidak dapat aku siapkan..argghhh!
alhamdullilah essay dah habis, even aku rasa ade gak nak kena betulkan lagi...
tapi, at least dah ada draft tuh!


belum habis lagi pasal cardiff, aku dah kena bergelut dengan UCL pulak...omaaak~
aku ada fon intebiu khamis ini. Dr Gadvi..kott..
omaigosh! aku dah ketaq peqot sejak dapat emel ituuu...
entah ape la dokter tu nak tanya aku kann..omaigod!

aku dah mula nak kena study betul2! lepas habis suma bende ni, insyaAllah...
oh tuhan, beri lah hamba-Mu ini kerajinan!

Sunday, December 5, 2010

saya mau pergi lagi...

omaigosh!
esok saya mahu berangkat ke btn...sampai hari jumaat...
saya tidak mahu :(
saya akan kena bangun awal2 pagi (kantoi bangun lewat! :P)  pastu pergi berkawad dan dengar ceramah sepanjang hari....tambahan pula saya harus memakai seragam selalu. macam berada di sekolah semula... mari kembali ke sekolah...! =.=
sudah lah saya masih belum menghabiskan essay serta report untuk dihantar pada cardiff!
mereka suka menyusahkan kami. mereka langsung tidak memahami kami. mereka tidak membantu kami.
saya sangat sedih! erkk...

engkau pon mata...hari ini laa yang kau nak menunjukkan belang mu!
ohh mata, please2 jangan membengkak lagi pada esok hari. kalau tidak mati saya :((

ohh sungguh aku harap btn ini bes!kalau tidak....mau tau laa...(ohh maap, saya tidak mengugut!)hahaha

jumpa lagi minggu depan yaa rumah!jumpa lagi laptop, brodben, ayam ,itik....(jangan tertipu, aku takbela ayam itik, harap maaf!)


*hari ini baru aku tau 2 ekor kucing yang bising nak mati di belakang rumah milik adik aku itu bernama amirun & anas!tahniah adik kerana begitu kreatip menamakan mereka...
ini memang bukan imej sebenar!

Thursday, December 2, 2010

perkara bikin hangat.

situasi 1 : internet lembab ibarat kura-kura tenat patah kaki.

situasi 2 : bila ada orang tak puas hati kalau tau ko tengah belajar bila dia tak stadi.

situasi 3 : kau ada sorang kawan. perangai pelik. jenis hati batu la kot. tengah2 dok mesej, ang nasihat dia. pastu dia tak reply mesej ang dah. bila dia kal, dia cakap buat tak tao. buleh dok cakap ceria2 macam ang tak penah cakap papa kat dia seploh minit sebelum tu.

situasi 4 : kawan ang yang sama di situasi 3 tadi. dulu masa dia single, dia dok nasihat ang pasal kapel2, tapi bila sekarang dia ada boipren, dia paling over antara kapel2 yang lain. bila ang nasihat dia, sikit apa pun dia tak percaya kat ang. dia lebih yakin cinta hati boipren dia.

situasi 5 : kawan ang yang sama di situasi 4. bila ang nak sembang ngan dia, penting la ni. benda penting yang ang nak cakap kat dia, bila ang cakap, ada bunyik mesej dari handset kawan ang. dia tanpa rasa segan silu terus memberikan tumpuan pada handset dia & tingalkan ang terkapai-kapai. ang pon cakap la sorang2. dia sikit pon tak rasa apa2. 24/7 dengan handset. ang dok sebelah ni ibarat tugu batu yang bernyawa.

situasi 6 : kawan ang yang sama di situasi 5. suma orang dok nasihat dah. even sebelum tu pun orang dah dok cakap pasal boipren dia tu. tapi semua itu suda tidak berguna sebab kepercayaan telah diberikan sepenuhnya. la ni, ang sedaq apa yang orang2 dok kata tu ada betul nya. sebab boipren dia tu sekarang dah mula dok start mesej ang. dok mintak ang dodoikan dia dan macam2 lagi.

aku ada bagi hint kat ang walaupun aku tak cakap terang2. tapi ang buat tak tau.

situasi 7 : kawan ang yang sama di situasi 6. 24/7 sekali lagi, ang kena dengaq dia dok cerita pasal boipren dia. pasal family boipren dia. ang kena dengaq kebahagiaaaan kawan ang tu sepaaanjaaaang masa bila ang start bersembang dengan dia.

kesimpulan cerita ini... kawan ang dalam 5 situasi ini adalah orang yang sama.

banyak lagi... sangat banyak & aku rasa tak payah la aku nak publish dekat sini. tak payah la nak menambah2 betapa fed up nya aku dengan suma ni.

ang rasa, patot ka ang habaq kat kawan ang pasai boipren dia ni? ang rasa ang ada mood lagi ka nak layan kawan ang tu? ada mood lagi ka? kalau aku, sori la.. aku dah cuba nak tolong, aku dah cuba cakap. aku dah cuba nasihat. tapi kalau suma tu sia2 ja baik aku jauhkan diri.


 ---------------------------------------------------------------------


aku mintak maap. tapi, ang masih lagi kawan aku.  tapi, ang bukan lagi kawan baik aku yang boleh berkongsi suma benda.

aku tak jeles kat hampa. sikit pon tak. bahkan aku rasa bersyukur sebab aku tak sampai tahap macam hampa. jangan risau, aku takkan nak kongsi boipren ang. takdak rasa pa pon tengok dia. tak teringin.

sesungguhnya aku memang takleh buat papa kalau ia dah melibatkan soal hati & perasaan. aku takkan tao apa yang hampa rasa. mungkin sebab tu jugak aku rasa macam ni. tapi la ni. aku memang takleh tahan dah. aku ni cuma kawan ang ja kan. bukan bole buat pa pon. kawan bukannya penting pon kan.

aku bukan nak putus kawan. tapi kalau dah perangai sampai macam ni, aku pon dah malas. aku fed up. aku tak bole lagi. aku tak larat.banyak lagi benda aku kena pikiaq, aku kena buat. aku tak kesa dah hampa nak buat apa. suka hati la. aku dah tak mau amik tau.

tapi...please remind yourself... orang lain pon berchenta jugak. jangan la over macam hampa 2orang ja pasangan paling bahagia kat dunia ni. sesungguhnya aku memang tak dak rasa jeles secubit pon.

satu ja aku nak sangat cakap kat ang. boipren ang sangat annoying. menyakitkan hati. aku rasa kesian kat ang.kalau la ang kat tempat aku, tengok macam mana dia tu. aku nak bagi tao. tapi aku rasa ia akan memburukkan keadaan & mungkin ang tak percaya kat aku pon.

kalau ang yakin ngan dia, teruskanlah. sebab aku memang takdak rasa yakin pon terhadap laki tu untuk bahagiakan ang. kalau dekat aku ( kawan yang sangat baik dengan ang ) dia bole dok gatai meqela menggedik dengan aku, aku tak tao la orang yang ang tak kenal & yang bukan di kalangan kawan2 kita.

ingatla, kita bukan budak2 lagi. lebih kurang sebulan lagi nak cukup 20.

jagalah diri wahai kawan.

*oh sungguh aku rasa post ini sangaat budak2...

Wednesday, December 1, 2010

time will fly fast sayang...

i knew it..
but i ignored it.


why? 
can i just make a decision like an adult???
i just can't.
it just how the way i am.
fool me...


time will fly very fast...
time will passed beside me and don't even wait for me for even just 1 second.
tell me if i am wrong through this time...can you?
can you just tell me what i have to do?
force me if it is for me.

please
wake me up
change my destiny

please
act like an adult
19 years has passed. 
20 is coming
weirdo number.


GET A LIFE!
grow up nura.

Tuesday, November 30, 2010

asmara..what??

c'mon...
ending macam ****
pahal?

aku tension tengok citer melayu camni la.
bole tak buat ending yang tak menyakitkan hati orang tengok.

pssst : suka over kalau tengok drama!

occupational therapy?


Dear Nura

We acknowledge receipt of your UCAS application to study on the three-year full time Occupational Therapy degree programme at the School of Healthcare Studies, Cardiff University.

For practical reasons, we do not wish to invite you for an interview, but the Department of Occupational Therapy wishes to be assured of your understanding of the work of an occupational therapist and your suitability for the teaching style of the department.

In lieu of an interview, we would, therefore, ask you to submit an essay and short report in support of your application.

The title of the essay is:

"THE WORK OF AN OCCUPATIONAL THERAPIST IS TOO VARIED TO ONLY BE CONSIDERED IN A HOSPITAL SETTING".   This should be no more than 700 words long.

The brief report, of no more than 500 words, is in relation to your style of learning, to include the methods of learning you have used, the methods of learning you prefer and the extent to which you feel your learning style is suited to our Department of Occupational Therapy's teaching style.

The attached information on the degree programme should assist you with both essay and report.

Please submit your essay and report to me by Monday 20th December 2010.
My email address is StantonDM@cardiff.ac.uk
Essays and reports received after this date will, I regret, be unsuccessful.

I look forward to receiving these.

Yours sincerely
Diana Stanton








Mrs Diana Stanton
Admissions Office
School of Healthcare Studies
Cardiff University
Ty Dewi Sant
Heath Park
CARDIFF                 CF14 4XN
Email:
StantonDM@cf.ac.uk
Tel: +44 (0) 29 2068 7740
Fax: +44 (0) 29 2068 7733



demmit...
aku tak tao pape.
ini bukan first choice aku...
tapi aku still kena buat essay and report ni...
 surveying...finding sources..konon...
20 december...30november tak karang pape lagi...700 + 500 = 1200 words

cinabengg..warggh!

Friday, November 26, 2010

sem 3 berakhir jua...

i will come back home...
to the place where i belong :)

waaa...nice2.
saya akan kembali pulang pada besok hari.
sangat jeles kerana cikkuna dapat balik hari ini.
hanya tinggal kita...mursyi, yana & wan...hahaha
END OF SEM DINNER punya pasal. tapi tak pelah.mari kita melantak malam ni banyak2! bagi cikkuna jeles pulak! i like... ^ ^

tapi sem 3 tamat suda. weyh. kejapnyaa. dan ia berlalu dengan 1001 kepahitan.
nampaknya cuma ada 1 sem lagi kat sini. 1 je. dan 1 ialah 1.
after that, it's over. i'll miss all of these.

terima kasih kepada bangsawan kerana ditangguh ke julai 2010. alhamdulillah..kurang satu beban... beban bertambah buat junior...sabo je la korang ye...agak malang sikit di situ nampaknya...

mood : kemalasan mengupdate blog

hey! jaaangan lupa stadi!

Saturday, November 20, 2010

nak kiasu baba ~

waahhh..ni ade gambar...ni tawan saye...cumel takk..??hakktuihh..wokey...saya pon tak tao nape nak letak gambar ini...takde motif pun...and rase nye..ni first time saya publish foto saya...eheh..bajet saya famous pulak cakap begitu kan..ye betul takde motif.

muka bajet bahagia sebelum jumpa mr azman =.=

 hari tu dah cakap yang aku jumpa mr azman kan...ni bukti...nama aku sudah famous sgt. sgt. tiap2 kali mesti ada je nama aku...


saya memang femes

ni aku memang kene lekat benda ni kat dahi aku untuk reminder.

kenapa begini? tak terfikir ke aku....takkan nak macam ni je setiap kali....?takkan nak terus sebati dengan bilik mr azman?

oleh itu, aku harus ada planning untuk holiday ini...

ni week planning jer. day planning on the way...

takpelah nura kita jadi jakun kejap. lepas habis a-level bole enjoy mati-matian...

bule caye ke nura nih? nak tau bule ke tak tunggu laa balik ky sem depan. adakah goal aku tercapai? that's what we'll see next year bebeh. ini memang BETUL KENE BUAT.

lets kiasu-ing!!!

mari kita fly ~

Thursday, November 18, 2010

injured :(

hari ini diajak oleh shikin & rakan2 untuk bermain futsal. aku agak terkejut. aku bersama farah pergi mendengar ceramah dari universiti of manchester pada awalnya. tetapi kami terserempak dengan taemin di japanese garden dalam perjalan balik ke chalet.(karangan giler ohh!) haha. bukan ape. aku terkejut sesangat sebab sebelum ni aku jadi sub je. tetibe hari ini illya & taemin tak main plak.. entah ape la hal dorang. masalah macam2. shikin ler kata. aku no komen.

ingat lagi wo mase muda2 dulu (waktu form3) aku masuk futsal dengan geng2 aku lepas tamat spm. yang lagi bestnya team kitorang menang. no 1. gempak jugak aku dulu2 kan.. tapi tu dulu la. la ni dah tua2 tak larat dah. lari pun tak sekuat dulu. uhuk3.

walaupun aku jadi sub sebab team dorang tak cukup teammate, aku tak kisah pun. walhal aku sangat suka sebab lamaaaa gila2 aku tak main futsal. lama giler2 jugak aku tak bersukan. kan dah cakap aku kureng sikit sukan2 nih!

dan aku sangat2 malu. apehal main tak sampai half time dah injured! malu dowh! down.

wargh! sengal. aku injured sebab diri sendiri punya pasal. apehal? injured sebab aku lompat2 tension sebab bola tu tergolek je masuk gol takde org halang... wargh. tu je kot. tak padan ngan sakit2 sampai malu. dah la injured kat tempat yang agak agak tak sesuai untuk sakit... malu oh!

malu....sakit....terasa. sampainya hati.

sampai sekarang aku dok rasa sengal2 lagi...mintak2 la esok pagi dah tak sakit lagi...please2!

pssst : talk yang manchester tu bes jugak ^ ^ bole dapat A* la biology pasni. walhal pasal genetic engineering jer.. one of the application in biology..hahaha

jumpa mr azman tadi weh. oh nampaknya aku dah semakin immune jumpa beliau. bahkan bilik beliau sudah menjadi serasi dengan aku =.=

alamak..kau ada test la esok nura!!!chemistry2...

berkorban

tahun ini buat pertama kalinya aku tak beraya dengan family..raya di perantauan lah katakan..uhuk3

malam raya kitorang ramai2 p takbir raya dekat surau...cikkuna mula dok teqyak...tapi kenapa aku tak rasa pape ha?peliknya...tak sedih ke aku?padahal first time kot raya sensorang...

okay, sampai ke sudah aku memang tak nangis...and aku tak rasa macam raya pun!siyes cakap nih. mungkin disebabkan cuti yang agak singkat & suasana kolej kot. mungkin.

tapi disebabkan mak aku kal malam 2 baru la rasa sedih sikit. tapi takat tu je la kesedihan aku. pelik kan? aku pun tak tahu kenapa hati aku keras sangat.

kosongnya aku rasa.

pagi itu sembahyang raya kat kolej. sangat bes. pakat pakai baju cantik even bukan baju raya..hahaha. aku betul rasa macam beraya di perantauan.


pastu...booosaannnya raya aku. tapi pukul 2, wan ajak aku g surau an-nur kat lembah beringin. daripada aku rasa menyesal kemudian hari sebab tak pegi, baik aku pegi jugak.

di situ baru la rasa nya raya korban tu..padahal kitorang orang perempuan tak buat pape pun. budak2 laki je yang sangat rajin. di situ aku dapat lihat kredibiliti(cewahh) budak2 kolej ini. memang bule buat suami ahh!(bukan aku la) diorang sangat2 rajin & bule diharap. di situ aku pon membayangkan situasi diorang kalau diorang kawin kelak. mesti mentua sayang!heee~

last2 jer kitorang tolong membungkus2. tapi ade gak la yang kitorang buat ok!

kari & sup kambing...mula2 aku tengok memang terliur siot. sumpah. tapi bila aku nak letak dalam mangkuk tu, siot. aku geli. aku nampak something. kaler itam. kerinting2. aku mual. diorang lapah tak kena. tapi takkan nak bising2 kat diorang lak kan, sian ar dah penat2 buat sume benda. nanti tak pasal2 pulak aku yang kena sembur ngan dorang! dah la kena cop 'mak datin' oleh sasuke. memang impian aku pon sasuke. hahaha

takpe2. aku makan jugak walaupun rasa tekak macam dak takleh terima. tapi mintak maap. aku bule makan sikit jer.

tapi gempak ar. bes sangat pergi surau tu. kira apa, yang penting aku dapat keluar daripada kolej ni walaupun sekejap! tengok dunia luar sekejap.

buat sesape yang rumah dekat giler tu, bersyukurlah korang bule balik tak macam kitorang ni.yang duduk jauh ni. sesungguhnya aku jeles.

apepun SELAMAT HARI RAYA KORBAN aku ucapkan. maafkan aku andai aku salah sepanjang perkenalan kita.

sesekali aku terfikir, ape jadi ha kalau aku tak datang kolej ni dulu. aku lagi happy daripada sekarang ke tak ea? betapa aku nak tahu. kan bes kalau bole tahu. kan bes bole putar masa sesuka hati. kan bes kalau dapat ubah apa yang berlaku.

Tuesday, November 16, 2010

nak fed up sat bole ak..

---------------------amaran! ni cuma luahan hati & perasaan.-------------------------


sebelum ni aku bule berbangga sebab tak jadi HOD of Costume untuk bangsawan topaz nanti...
tapi semalam meeting MCC telah mematikan mood aku terus...creative fair pon dah tak indah(mmg tak bes sgt pon)wehh...SECRETARY for BANGSAWAN! aku?biaq betoi?

c'mon nura...banyak lagi benda ang kena buat...


wei, tolong laa..aku kena re-sit lagi...IELTS...interview lagi nanti. bukannya berkurang aku punya keja...lagi bertambah dengan psychology lagi....senior2 lain suma pakat dah start ada banyak free block..aku ni?bukan setakat berkurang, dah takde free block pon sekarang...ICT pun aku tak habis2 lagi...

aku bukan macam korang, takyah baca buku banyak,takyah datang kelas, result gempak!takyah buat essay banyak2, dapat band 9!korang faham ke yang situasi aku dengan korang tak sama?faham ke?

aku nak amik audiology, takmau yang lain...dah la UCL still tak cakap yang dorang dah terima aku punya application!aku sedang menunggu ni...kenapa? :( satu uni pon tak reply lagi...aku takut. aku tak tau aku punya predicted grade pon. kalau predicted grade tu tak lepas dekat uni macam mana ha?

aku penat. aku tension. banyak sangat benda yang aku kena buat. banyak sangat masalah yang aku ada.korang tau ke?tak.

kerja aku bertambah...aku datang sini nak study bukan nak buat kerja amal @ kebajikan dalam club...kalau aku x fly korang bole tanggung ke???aku xfly korang peduli ka?university nak ke tau yang aku ni pegang jawatan besar2 kalau result aku hancur?

bangsawan kot. aku ni sapa yang nak bagi kerja macam ni kat aku...apa la sangat aku penah contribute pon. yang orang tak mau baru nak tolak kat aku...apa kes?

fed up ar dengan suma benda ni...club cara club..silat cara silat.study cara study.orang tu cara macam tu pulak..fed up.sangat2...

tahun depan :

- no more activities
- no more silat
- no more club meeting

kal la sampai pecah telefon. mesej la bagi penoh inbox aku. aku takkan pergi meeting dah pasni. jangan harap.


---------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, November 14, 2010

dua puluh lima shj

buat cik star, thanks sebab menge'tag' hamba ye...sebenarnya hamba takde lah reti nak buat mende2 macam ni..takdek idea la...dush2~


1- aku orang utara sejati..kekeke.walaupun ada yang cakap aku orang terengganu.suma orang ingat aku purely lahir kat kedah, sebenarnya aku lahir kat perlis!kalu xcaye tengok i/c aku!no matter what, aku masih orang utara jugak!hee

2- suka makan coklat~ derr, suma orang suka loh..tapi aku tak makan makanan lain yang berunsurkan coklat except purely coklat..maknanya, aku tak makan aiskrim coklat, puding coklat, air coklat, etc.kek coklat lembab dikecualikan..hehehe

3- suka makan tomato mentah..suka sangat2 makanan2 yang dimasak oleh makcik dining hall..suma makan2!tapi nak wat macam ne, memang suka makan pun..lol

4- penah suka sorang mamat ni dari darjah lima sampai tingkatan tiga...the same person!haha..lawak..dush2..sampai sekarang still suka nak stalk facebook dia~ suka2 jer okay...

5- suka3 sangat drama2 korea!when i said it is drama, it must be drama ONLY...pelakon2 dalam citer tu, lagu2 dalam citer tu saja....tak suke k-pop, artis2 korea yang nyanyi2 tu...plis3x jangan tanya sebab aku tak tau pape pasal k-pop~

6- mase kecik2 dulu, aku penah kene bara api yang masih panas2 lagi..hot!nangis sampai serak...siot punye orang yang bakar pokok tu....

7- MAYBE I CAN TALK IN SLEEP..cool kan???

7- gila gelang...lagi cun kalau gelang tu ada akseseris yang lain2 meramu ramba tu...cun3..

8- hmm..manja...eeww..

9- seorang yang malas bersukan..sebab tu la gemuk..makan je,sukan tak pun!

10- tak semua yang aku suarakan tu adalah apa yang sebenarnya aku rasa..paham ke x ni??

11- kadang2 suka sangat kanak2..kadang2 suka kucing..kadang2....

12- dah lama sangat tak main hujan. dulu2 gile ah, kalau hujan jer kene marah sebab suka gi keluar main..bila naik basikal dekat tempat ada air tu, bes giler!

13- tak suka sangat orang yang tak reti nak kemas sampah sendiri. tak suka orang yang tak reti nak consider privasi orang lain. tak suka orang yang over mengekspreskan perasaan. lama2 aku menyampah!

14- tak suka cari gaduh, lebih baik diamkan diri...

15- sayang my teddy ^ ^

16- aku bukannya bergaul dgn orang kedah je..suma orang cakap macam tu..apa bole buat dah orang2 terdekat aku suma dari kedah..aku sayang ja suma kawan2 aku..

17- jam loceng aku cepat 15minit dari masa yang sebenar..paham2 ler kenapa..hahaha

18- suka menikmati keindahan alam kekacakan manusia(mamat2 hensem)

19- teringin sangat nak ada abang @ kakak! :\

20- tido mati :P

21- seorang yang pelupa

22- teringin nak honeymoon kat KOREA heee~

23- tak pandai jaga barang. selalu rosak tak pun hilang :|

24- lambat meng'adapt'kan diri di kawasan baru...

25- saya masih seorang budak2 yang innesen....kanak2 riang yang masih belajar mengenal dunia.

tadaaaa..
ni je kot random facts yang aku dapat pikir.. :P

papai

less but more

tak senyum bukan bermaksud tak kesa
tak pandang bukan bermaksud tak peduli
tak mesej bukan bermaksud tak ingat
tak contact bukan bermaksud tak sayang.

aku masih kisah.
aku masih peduli.
aku masih ingat dan
aku masih sayang & aku rindu

tolong hidup dengan baik & jangan bersedih.

Saturday, November 13, 2010

interpreting dreams?

hari ni kitorang belajar pasal hypnosis,psychodynamics, psychosexual dalam kelas psycho...paling cun serta gempak kitorang belajar pasal interpreting dream.actually baru masuk sikit jer tadi...tak sabaq aku nak tunggu kelas psycho minggu depan..sumpah bes!

these maybe are the factors that affecting dreams..(by Mrs B)


  1. environment
  2. food...
  3. sleep disorder
  4. thinking about something or somebody
  5. dejavoo?
  6. in future
  7. unfinished business from the past

mimpi...sapa bole ingat mimpi dorang tu hari2?ade ke?takde...betul takde..kalau sapa2 yang rasa dia ingat semua details2 mimpi dia tu meh cakap kat aku!aku bagi cadbury!ahaha

kok ye pun kita ingat mimpi kita tu, mesti tak semua kan..mesti separuh2 jer...

masa tengah belajar tu bole plak aku gelak sorang2 kan teringat mimpi aku...hehe..Mrs B mesti ingat aku gila woh gelak sesorang!

ni pengalaman mimpi aku..hee~

  • aku selalu mimpi orang yang berada di sekitar aku...paling tak leh blah mimpi pasal budak2 kolej ni...yang rapat2 tu tak kesa ar kan..ni tetibe classmate math plak?!kebetulan ker??aku mimpi dia 2 malam dah.even mimpi yang berlainan..weirdo..
  • aku selalu jugak mimpi benda yang sama..walaupun bukan tiap2 malam, tapi selalu sangat...kenape ha??dejavoo?
  • ade satu mimpi yang tak leh blah aku ingat sampai skrg..ngeee~ romantik ohh!wei, jangan pikir pelik2 suda..
  • aku selalu over excited nak cerita pasal mimpi aku kat orang len...hehe
  • aku seorang yang senang giler nak mimpi...evan aku tido 5minit pon kan aku bole mimpi yang sangat panjang & bila aku sedar tak sangka aku cuma tido 5minit!
ha, orang kata kan, kalau kita mimpi orang yang kita suka, maksudnya orang tu bukannya jodoh kita...kita takkan mimpi dengan jodoh kita tu...betul ke??ohh tidak!!

pastu kalau yang dari segi agama sikit, orang cakap mimpi yang ada suara(ada conversation) tu adalah permainan syaitan. kalau yang kita mimpi yang tanpa suara, tu adalah petunjuk untuk kita.daripada Allah..aku pun tak tao sejauh mana kesahihan benda ni..tapi aku selalu mimpi yang ada suara jek??

cth : kawan aku ada cakap, yang kakak dia bole dapat mimpi2 yang betul...mimpi ayah & mak dia yang dah meninggal dunia, datang jemput seseorang yang rapat dengan diorang...tup2 esok tu jiran yang sangat rapat dengan diorang meninggal dunia sebab beranak...

agak2 kan kenapa la kita selalu mimpi kan..tapi mimpi ni takleh percaya sangat la..nak tao kenapa??

 orang cakap kalau kita mimpi pasal ular, maksudnya ada orang nak masuk meminang..
(weh, sumpah aku dah banyak kali mimpi sal ular, scary kot!tapi takde pon orang masuk meminang! cait!)


so,jangan bergantung sangat pada tafsiran2 mimpi ni..bukannya betul pon! mimpi tu kan cuma mainan tido!kan dah cakap factor2 tu tadi..aku ni kategori yang mana ehh??food??