Sunday, July 8, 2012

setelah beberapa lama.

memang lama aku tak bukak blog. sampai dah berubah setting segala. jenuh jugak aku mencari button nak post. ~.~

totally 100% perubahan.

macam manusia. tak sama. semua manusia berubah jugak. dia berubah. aku pon berubah. tapi perubahan yang diharapkan adalah perubahan yang positif.

sedar tak sedar dah masuk semester 2 lah jugak aku kat sini. tak tahu nak katalah seronok ke tak. tapi tetap aku mencuba menyeronokkan diri. sebab kat sini lah akan aku habiskan degree aku selama 4 tahun ni.

usia semakin bertambah. begitu juga dengan masalah. hari2 ada sahaja masalah yang timbul. menyebabkan aku letih. walaupun betapa sukarnya, tetap juga harus aku harungi. banyak perkara lagi yang harus aku pelajari. banyak lagi kekurangan yang harus aku perbaiki. segala permasalahan menyebabkan aku merindui masa-masaku dahulu.

sedar tak sedar dah setahun lebih meninggalkan ky. namun, memori2 di sana tetap terpahat di ingatan selagi diri ini masih bernyawa.  selagi jantung ini masih berdegup. betul aku merindui ky. aku merindui kawan2 seperjuanganku. rindui guru2ku. rindui segalanya tentang ky.

namun hidup ini harus diteruskan. memori itu boleh disimpan tetapi janganlah diratapi. kerana kita tidak akan dapat melihat masa depan jika masa lalu terus menghantui diri kita. biarlah masa lalu itu menjadi satu kenangan terindah dalam hidup kita. masa lalu yang mengajar kita erti kehidupan di dunia ini. dunia boleh menjadi kejam tetapi dunia juga boleh menjadi pengubatnya.

apa yang penting, pohonlah dari yang Maha Esa. kerana Dia Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihani, Maha Pengampun.

ya Allah, aku harap engkau permudahkanlah segala urusan aku ini.


Saturday, April 14, 2012

life.

sometimes,
its good to forget something


but


sometimes,
its better to keep it as memories so we learn about life through it. :)

Friday, April 13, 2012

something about boys that we girls should know,,

first, they trying hard to get you,
but when they already had you, they going to leave you when they feel they want too,
you are seriously going to get hurt so deeply.
so do not fall to them deeply.
do not fall to them easily.
do not melt with their cheap talk.
get this in your mind, they just do that to every single girl they met.

when they say they like you on the first day you met him,
trust me, it really not true.
maybe sometimes, but it is not always like that.
they just think you're adorable at THAT time. not ALL the time.


so just take care of yourself :)
we girls should be treated with respects and dignity.
seriously.

Sunday, April 1, 2012

anda tahu apa?

jangan selalu komen pasal orang lain dulu.
jangan terlalu nampak kesilapan orang lain.
fikir apa salah anda, macam mana sikap anda.
how you treat people.
kenapa anda tak dapat apa yang harapkan.
mungkin itu semua ada sebab.

sebab what you get is what you give.

now i miss them so much! :(


Thursday, March 8, 2012

back to school!

hari ni selesai sudah program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dikenali sebagai SBE dalam bahasa omputihnya.. boleh lah di translate sendiri.. sekolah yang aku pilih ialah sekolah lama aku. tapi la ni sekolah tu dah jadi sekolah SBT. perghh. hebat. bangga jugak aku sikit.

budak2 sekolah tu yang berpeluang pergi ke Jepun, Turki, Thailand... internasionale.. pergh untung la. cikgi ni pon tak sampai lagi luaq negara nak habaq. T__T

alhamdulillah tamat lah sudah hari ni.

agak berasa segan berjumpa cikgu dulu2 tapi apa boleh buat, guru pon bakal kerjaya aku pada suatu hari nanti,, mau tak mau kena la jugak biasakan diri dengan situasi sekolah.

dan, paling penting membiasakan diri dengan bakal-bakal murid yang bakal aku hadapi kelak. gulp. budak-budak khas... walaupun ada sesetengahnya yang pernah aku jumpa dulu, sebab aku pernah buat job attachment (cerita dulu2)  kat situ. tapi bila jumpa depa lagi sekali buat aku sedar balik. mulianya keja yang bakal aku buat nanti. mendidik anak-anak istimewa.

mereka memang istimewa, mereka tidak ada perasaan dengki, iri hati macam manusia normal, mereka tidak mengenal erti  kehidupan yang kita lalui. mereka tidak faham. mereka suci, bersih. sedih sangat bila melihat keadaan mereka yang tak boleh menulis dengan baik, even tak dapat pegang pensil dengan baik pon ada. bersyukurlah kerana kita dilahirkan sempurna akal dan fizikal.

kadang aku sedih, tengok budak-budak ni kena marah like hell oleh sesetengah guru tu. bagi aku, tak perlu nak marah sampai macam tu, kesian sangat tengok. macam nak teqyak. ada sorang budak khas tu sampai tutup telinga. takut.

entahla.. aku belum merasa perasaan yang cikgu2 tu rasa bila mengajar budak2 tu.. entah.

entah aku sabar, entah tidak. susah jugak nak develop perasaan sabar dalam diri, bila dah tau diri ini bukanlah seorang yang penyabar sangat. even baru2 ni aku baru ja sound seorang kakak tu. adoi. tapi salah dia la jugak block kereta aku. aku kena tunggu lama pulak tu.

 5 hari berlalu agak pantas,, yeay! da habis,, yang tak habis lagi assignment, bukannya takat tak habis, but not even start yet. sighh  >,<