Sunday, July 8, 2012

setelah beberapa lama.

memang lama aku tak bukak blog. sampai dah berubah setting segala. jenuh jugak aku mencari button nak post. ~.~

totally 100% perubahan.

macam manusia. tak sama. semua manusia berubah jugak. dia berubah. aku pon berubah. tapi perubahan yang diharapkan adalah perubahan yang positif.

sedar tak sedar dah masuk semester 2 lah jugak aku kat sini. tak tahu nak katalah seronok ke tak. tapi tetap aku mencuba menyeronokkan diri. sebab kat sini lah akan aku habiskan degree aku selama 4 tahun ni.

usia semakin bertambah. begitu juga dengan masalah. hari2 ada sahaja masalah yang timbul. menyebabkan aku letih. walaupun betapa sukarnya, tetap juga harus aku harungi. banyak perkara lagi yang harus aku pelajari. banyak lagi kekurangan yang harus aku perbaiki. segala permasalahan menyebabkan aku merindui masa-masaku dahulu.

sedar tak sedar dah setahun lebih meninggalkan ky. namun, memori2 di sana tetap terpahat di ingatan selagi diri ini masih bernyawa.  selagi jantung ini masih berdegup. betul aku merindui ky. aku merindui kawan2 seperjuanganku. rindui guru2ku. rindui segalanya tentang ky.

namun hidup ini harus diteruskan. memori itu boleh disimpan tetapi janganlah diratapi. kerana kita tidak akan dapat melihat masa depan jika masa lalu terus menghantui diri kita. biarlah masa lalu itu menjadi satu kenangan terindah dalam hidup kita. masa lalu yang mengajar kita erti kehidupan di dunia ini. dunia boleh menjadi kejam tetapi dunia juga boleh menjadi pengubatnya.

apa yang penting, pohonlah dari yang Maha Esa. kerana Dia Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihani, Maha Pengampun.

ya Allah, aku harap engkau permudahkanlah segala urusan aku ini.


No comments: