Thursday, January 6, 2011

GEMUK

ohh tidak...

takde orang nak dekat pun dengan perkataan tu (especially perempuan la kan) komfem itu aku tau.
tapi aku rasa aku tak kesa kalau gemuk(ye ke?) tapi sihat. tu je yang penting.

bukan hape. ni suma kes terkejut sebab mak aku tetibe cakap pasal obesiti ni... ha, gemuk takpe kot. KOT. tapi obese tu bahaya. kot.

mak aku cakap kat malaysia nii ramai gile obese. sebab ape? sebab kita makan nasi banyak. pagi, petang, malam. lebih kurang 3-4 kali sehari. tu pon tambah plak lagi dua pinggan. gilak. hakikat orang malaysia makan banyak. nasi tu nanti tukar jadi gula dalam badan. sebab tu jadi lemak bila dah excess. sebab tu ramai obese kat malaysia nii. sebab tu jugak orang yang nak diet, dia diet nasik. tak sentuh langsung babe!

aku rasa ramai kot orang tau. ah, tak kisah ar tu, tapi...

yang bertambah scary nyaaa, peratusan obese paling banyak adalah di KEDAHHH. gila hape. kau pandang kiri. kau pandang kanan. kau nampak. yang ni scary. aku bukannya tak suka ke, benci ke orang gemuk2 nii.. suka je tengok orang besar2 ni (bahasa sopan sikit), montel je. chubby... rasa cam nak peluk2 jer..gerammm! tapi, tu petanda tak sihat jugak. besar tak salah, tapi bukan over besar! besar, kalau tak mengundang penyakit2 lain tak kisah je kan. cuba tengok Shanie (pelakon badan besar tu) dia tak kesa pon dia besar, sebab dia ada penyakit je dia operate, kalau tak maintain chummel jer....

tapi, kedah kot. OMG3. tapi kalau nak ikot logik tu betol laaa kan. kedah kan pengeluar beras terbesar kat mesia (kot) so nasi pon banyak laa kat sini. makanan2 lain pon banyak.

perghh tu yang nak cakap. benda yang paling dirindui kalau aku tak berada kat sini pastinya makanan. memang peberet ahh wa cakap lu.. sini memang kalau nak cari makan senang, murah plak tu! memang cun arh. ingat senang ke? mana nak cari kat tempat lain? makanan murah2 selalunya belah utara je dapat. UTARA okay.

di sini aku nak list makanan yang aku wajib makan bila balik kedah. komfemm kena makan :P


1- semestinyaaa char kuetiaw... memang no.1 peberet ahh.. char kuetiaw gani ke, marvelous ke, iman ke(kalau iman prefer kuetiaw kerang kot. hehehe). tak kesa la mana2. suma sodap. suma boleh hadam!

2- lencikang jalanan..aiyakk.. RM1 jek! mana nak cari dah skang. dah la sedap. kalau kat kolej, RM1 kau bole beli air minuman je tau. ni LENCIKANG. paham?

3- burger lebai.... omaigod. kecur air liur bai...spesel punya mayonis. lapaq nii..

4- laksa kola perlis... sabar2...

5- nasi kerabu pasap malamm... campur ice-blended coppucino... arrr..

6- gorpis makcik tepi jalan nak g kfc. rangup siott...

7- cendol pulot. warrgghh...


bukan tu je, banyak lagi aku nak list... tapi karang pengsan lak kat sini. kecur air liur. mana nak cari makanan2 suma ni tengah2 malam camni.

konklusinyaa, memang banyak ah. kau datang sini, singgah hat tepi jalan je pun masyukk jugak. mau pengsan jugak la bila rindu nak makan kat sini. tak payah susah2 nak cari tempat yang sedap. suma sedap ar. berani jamin 85%. haa...

tapi tu la kan...penyumbang kepada obesiti. haiyakk..  tambah2 pulak BMI aku macam cukup2 makan je normal, tambah sikit lagi dah jadi terlebih berat pulak. hahahaha.  memang tak bape nak senang sikit hidup la camni. so, kena la kurang kan jugak. kalau tak gemuk pon, karang ada penyakit lain takut pulak kan.

so, camne tak gemuk? tak payah nak jaga badan ar kalau balik kedah. nak jaga badan jom jaga dekat KY...


fuh dapat peluk sedap ni baby nii... ketul2 tu. yaww.. kecik2 dah ade muscle... ;P

Tuesday, January 4, 2011

11.1.11

tarikh keramat tu ialah tarikh balik ky. cuti 6 minggu habis cam tu je. CAMTU JE??? (if tak buat ape2 la kan)

tu dah memang konfem dah. tiket bas pon dah beli. BAS? sob3. ye aku balik naik bas. sedih jugak la. sepatutnya kalau cuti sem parent i akan antar u'olzz. tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa la balik naik bas. uhuk3. nampaknya tahun ni kena berangkat sendirian laa... tapi tak jugak... seminggu lepas tu mak abah aku datang antar barang (barang aku yang aku bawak balik banyak, kononnya nak stadi habis-habisan 6minggu) sebab cuti banyak sikit. tambah satu hari ja pon. campoq tolak pi mai pi mai ada la 3 hari cuti sebab beday sultan kedah.
gambar zaman muda2 beliau. hensem noo...

ha, dah terlanjur sebut pasal sultan ni, 16 jan ni beday dia... tao dak umo dia tahun nii 83 tahun sama dengan wan aku pulak tu! what a coincidence! hehe (kalau tak silap cek la) panjang umoq betoi sultan aku nii tao... lepas sultan mizan tamat jadi AGONG ni, insya Allah kalau ada rezeki, sultan kedah pulak naik jadi AGONG. kiranya beliau lah sultan pertama yang naik jadi AGONG 2kali. 2KALI! tu sebab sultan lain suma umo kurang panjang cam beliau. hehe. sori
(saya mintak maap la no kalau ada tersilap kata atau tersilap fakta dekat mana2)


MAJU KEDAH 2010!
tapi skang dah 2011, cam na tu???


11.1.11.
dah nak balik ky ni, takkan nak lepak2 lagi ye dak. dah sem akhir ni. sem ni je tinggal untuk aku show off. eh. takde la kan. nak bangga2 apanya. alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ke lengan ye dak? alang2 dah masuk kolej A-level, kenalah sungguh2 sikit. abah aku cakap kena all out punya. sem ni la baru nak pulun kan. ish3 teruk betol anak dara nii.. aku kena terima the fact that aku ni memang seorang yang suka last2 minute punya kalau bab2 stadi ni.

tao tak macam mana pressure tu? budak A-level je tau okay? kau pergi la mana2 tempat yang orang kenal kau, mak kau atau ayah kau, senang citer yang tau kau tengah buat preparation ke oversea lah. kompem2 dorang tanya...
        
bila nak fly ni?

habis2 tak tau term fly pon mesti tanya....

bila nak pi uk?

setiap kali jumpa, setiap kali tu la tak jemu dok tanya. dah sem 4 pon dok tanya lagi. bila masuk kolej tu? kat mana kolej tu? kolej apa tu??? hangin tak ye bila dapat soalan camtu... ky mungkin tak dikenali orang. memang tak dikenali orang. setakat ni la kan, aku tak ingat dah berapa kali aku jawap pertanyaan camtu. ye la kan, aku tau, dorang mesti dah lupa punya yang dorang penah tanya... ye la bukan aku sorang je kan yang dorang jumpa. hari2 jumpa belambak orang. tapi tu bikin hati ni panas sikit. gi mana2 orang dok tanya. cek bukan tak suka, cuma cek tak nak cakap benda yang tak komfem lagi. aku tak mau orang tau pun kalau boleh. kalau memang dah rezeki aku dapat pi uk, aku habaq la. aku siap bole buat kenduri besar-besaran lah kalau boleh. tak payah dok tanya banyak2 kali. tension ok. mungkin mereka pikir orang yang buat buat preparation tu dah memang kompem2 fly.


huh. ni dah sesi luahan perasaan pulak. takde ah nak sakit hati ke apa. tak pe lah kan. anggap je la, diorang tanya aku ni, sebab diorang care, diorang nak tengok aku success. yezza!

nak dengaq cakap abah la. kena buat sungguh. stadi. Allah jangan lupa.
salah satu azam tahun baru ni aku nak jemaah kat surau hari2, even bukan tiap2 waktu pun. hehe. harap2 menjadi laa.. tak de la cakap je banyak. buat haram tak. hehe
pastu nak senaman banyak sikit. untung jugak. boleh sihat sikit badan. pada masa yang sama boleh kurus :P

disebabkan masa perlu dihabiskan untuk stadi, so kena lah bajet2.
contohnya, aktiviti2 melagha, menyembang kosong, termenung panjang, berangan perlu dikurangkan. kalau nak dilupuskan tu macam susah je. aku pun tak percaya yang aku bole buat camtu. hehehe.

# mak aku tengah tengok drama cinta & anugerah. aku dak naik muak, meluat, nak termuntah tengok muka NABILA dan teman2. maklumlah dah episod 179! gila ke hapa. mana ada orang buat cerita sampai episod banyak camtu (selain dari indon) tao dak jadi meluat bila cerita tu dok kona2 qata non stop. tu pun orang malaysia boleh g siar cerita indon, padahal orang indon... tu la, orang malaysia ni memang baik hati.

Sunday, January 2, 2011

macam2 perangai.

masa aku jalan2, aku jumpa video ni...
sumpah aku tersentuh giler kot bila tengok video ni..
macam ni ke sikap orang melayu?
sungguh aku malu...
tak heran la kan ada orang malu nak mengaku melayu.




walaupun aku taktao sangat apa yang jadi ni, tapi still.. benda camni memalukan.
eventho dia salah, tak payah kot nak tengking2 macam ni... takkan tak bole nak setel baik2. ini kurang ajar nama dia okay?

aku dengar dia mabuk, takkan kita nak bandingkan orang yang mabuk cakap dengan orang yang sedar cakap?

dia dah mintak maaf tu kira baik dah la tu. tak yah nak kepoh2 dah la.
ni la sebab orang melayu selalu kena kutuk. tapi tak sedar diri. pemikiran tak matang.

sisa2 2010

ini post pendek je.

saya cukup seronook jumpa kawan2!!! hee~

macam tak pernah jumpa en. tapi kali ni lain punya. ni suma pasal kenduri hanisah! so, trimas kepada kak nisah kerana kahwin. haha.

nasib baik jugak la ayah nisah sebab sewa homestay, bole jugak kitorang lepak beramai2 kat situ, bising2 tanpa mengganggu ketenteraman jiran tetangga ~

nasib baik jugak la mak abah aku cukup baik hati bagi kitorang keluar sesuka hati dalam 2 hari ini, i like... :D

nak tao..nisah vogue habis time akak dia kawin... :P

3 pagi 1.1.11... baik punyaaa... ingat senang aku nak buat keje camnii..senang je kot??

nanti memang nak kena lepak macam tu selalu!

kawan2, you made my day :D

tak kisah la kita penat tapi kita happy. kita puas hati. kita makan puas2 sampai cirit-birit. biar kita sembang sampai tetido.

permulaan tahun baru yang indah!

sekarang masa untuk tengok buku pulak okay. enjoy je keje kau kann

selamat tahun baruu...

dengan rasminya saya mengumumkan 2010 dah berlalu. babai.
dengan rasmi jugak saya memulakan post pertama di tahun 2011 nii...
pergi dah satu tahun lagi... satu tahun tu lama. macam2 jadi. pedih manis suma kena telan.
tak sangka betoi aku. tengok2 fon tadi dah 1-Jan-2011. mula2 tengok, aih betol ke ni, peliknya.
tapi tulah kenyataan yang harus aku terima. eceh.

hepi new year!

hepi ke budak tua?