Sunday, January 30, 2011

bukan holiday

peringatan untuk diri sendiri.

ini serius bukan cuti okay. serius bukan. seminggu kot. seminggu pas masuk kolej dah ada iELTS plak aiyak.

okay. aku bukan tere english tapi aku harus cuba sebaik mungkin so that boleh pass requirement. amin. isya-Allah.

semalam selamat sampai umah campur tolak pukul 12. letih tak terkira. tak sangka boleh bangun awal pagi ni :P

tak tahu la nak happy ke tak bila sampai umah. happy sebab dapat balik. tapi at the same time rasa tak sedap ati. nanti balik siyes dah ada IELTS. chaiyokk.

now nii, aku sudah rasa lebih senang hati. mungkin setelah melepaskan semua yang terpendam kat dalam hati. mungkin confession. mungkin hampir semuanya. betul la mereka cakap. aku dah lega. mungkin lebih lega sikit or whatsoever. sungguh.

itu mungkin pengajaran buat aku yang Allah nak tunjuk. kadang2 aku rasakan ada je petunjuk yang diberikan kepada aku. aku jugak mungkin sedang menerima hukuman dari yang Maha Esa. pengalaman mengajar aku erti kedewasaan. cewah. ya, aku patut pikir positive walaupun sekarang ni aku dah takde ape yang positive aku nak pikir. walaupun aku dah tak mampu mem'positive'kan suma perkara.

aku lebih banyak mendengar perkara yang tidak baik dari perkara yang baik.

banyak lagi perkara yang perlu aku tumpukan. sangat banyak.

aku kini lebih menghargai persahabatan. kawan adalah orang yang penting dalam hidup ini selain famili sebab mereka akan ada untuk kita. even waktu kita susah, ingatlah kawan2 ada untuk kita, mungkin tak semua, tapi mereka yang ada itu adalah kawan yang sejati.

banyak lagi yang aku perlu belajar dalam hidup ni. sungguh, aku tak matang. aku cetek pengetahuan. aku tak baca wikipedia hari2. aku tak sempurna. hidup ini susah. maafkan aku kalau aku ada buat korang marah, sedih, sakit hati dengan perbuatan aku. aku masih banyak yang perlu dipelajari.


sila play ~ ~

Tuesday, January 25, 2011

satu nikmat sudah ditarik.

have you  ever notice how important health is?

have you ever feel the itchiness for the whole of your day?
a balloon in your hand?
numbness regularly?

thrust me, you do not want it to happen. do not dare to face it. it will affect the whole of your day.

 : currently very-very uncomfortable right now.

i hate this situation. it often happens now.

what actually happen to me?

Sunday, January 23, 2011

gajah & gajah lagi

suma orang dah mula bosan bila disebut nama binatang ini. tapi takpe.

FUN.
ABOT~ lalala~

that's all about it.

*impian baru* naik gajah time honeymoon. LOL

Thursday, January 20, 2011

bakteria jahat.

hoyeah! aku dah berjaya mengupdate anti-virus ku. sihat sudah my laptop.yey2!
tapi tuan dia tak sihat pulak :( ngada ahh

hobi di waktu senja ialah tulis blog... what?!
apela teruk punya anak dara. dah la petang2 orang sume gi exercise, main2 kat luar. main bola, main GEREK aku bela badan je dalam bilik ni. malas gile gile gile nak keluar. exercise takyah cakap ar. hampas. patut la gemuk  =.=

pastu bila dah gatal2 badan mula lah nak salahkan macam2. air kotor la. karat. padahal diri sendiri tak reti nak jaga. =.=

tapi betul... ayaq karat teqok. :( takot siot nak mandi pon. tadah air kat tangan pon dah tak nampak tangan sendiri. macam teh ais beb. nasib baik la kekadang jer camtu. kejadah ape. nak bagi orang dapat penyakit T.T

yang future2 SC tu pun takde pulak nak buat manifesto pasal ni. suma tak habis2 merapu amende tah. tapi takpe, at least diorang berani gak masuk menatang tu. high confidence level itu bagus tapi jangan sampai menyalahgunakan kuasa. anyway, buat keje betul2, bukan nak title je.

it's true, we want water heater, BUT we do NEED water filter first!!!

maak.. sumpah gatal gila :( bukan gatal nak kahwin ke, gatal nak bercinta ke apa oke. gatal fizikal punya. aiyakk

makcik (maybe akak) kat farmasi kat tanjung malim tu tadi cakap maybe jangkitan fungus. jahat gile bakteria nii.. :( warrrkk.. taknakk... oh tolong kembali ke diri sebenar aku. pehlish.

padahal orang lain ok jer. ape kes aku sorang kena. ini tidak adil. ke aku yang sensitip sangat. aku tak tau. aku memang sangat sensitip. ape2 segi pun. ye ke?

ye betul. contoh :

  • waktu pegi hutan, orang lain tak kena ape2, aku catat rekod kena gigit nyamuk paling banyak
  • kalu kena gigit nyamuk, aku la yang gatal2 merah2 paling lama.
  • time gi camping natural history club, aku la yang kena gigit agas yang teruk pada orang lain. muka2 sekali kau gigit aku ye.
  • waktu masuk tempat yang basah2 sikit, orang lain biasa je, aku pulak kena pacat. apekah?!
  • aku sensitip sebab aku suka teqyak. :P
siot betul. manis ea darah aku. tengok la tuan dia. haha.
tapi, yang aku tak puas ati

kenapa AKU???!!!

WHY ME?!

Tuesday, January 18, 2011

last semester

aku tak suka bukak internet sebab virus belambak, laptop ni sekarang tengah at risk.. :( nak update lambat la pulak. so saya mungkin takkan selalu bukak menggunakan laptop saya lagi! arghh bencinyaa...

seminggu sudah. tak sangka ia akan berlalu secepat ini. baru je masuk 2 tahun lalu.
and now I'm in the last semester. the end.

i will try my best. Insya Allah.
all out bebeh!

kuala Gandah trip.... saya suka gajah sebab mereka comel. tak sabaaar... boleh keluar dari sini sekejap...

20 tahun. ada orang dah nak kawin dah pon. haish..matured lah sikit. grow up.

IELTS is coming~

Sunday, January 9, 2011

mood : tengok AJL. 

# faizal ismail ngan ally wat gempak AJL. fbi.. so "sweat"? what de.. haha. cheryl... tak bleh blah derr... bes2

# performance Faizal Tahir... unik sangat! i LIKE! ada norkhiriah.. huhu... wow. hanyut. aku terkejut... abg fezal akan menang...!

# ooih. adira yang pelakon tu penyanyi ke? okay. aku tak tao sebelum ni. haih =.= macam2. tapi kalau taktao pon takpe kot. takde efek pon.

# yuna... hm.. apesal aku tak minat dah sekarang ah..

# shahir? hensem! tapi apesal suara macam tak bes sangat. kenapa ade pompuan tu tengah bercakap2? pelik doh.

# teringat lagu A.P.I tadi. rupa2nya gabungan 6 bandS! ade nOh hujan, ade lan! memang gempak! ade waa. tu pun aku baru tao. tapi takpe takde efek gak dalam hidup aku. tapi lagu tu,  suka2. ada laser lagi tuh.. err..

# black.. vokal mantopp! adakah dia akan menang  vokal terbaik lagi tahun ni?

adehh. ape aku buat ni. merumus AJL?


takde ape pon nak tulis sebenarnya... dah la tengah sibuk nak tengok AJL. barang pon ada lagi yang tak masukkan dalam beg ni haa. cuma post terakhir sebelum balik ky... tak faham kenapa budak2 ky sibuk nak balik hari ni. ish3. tapi takpelah, dorang excited sangat nak balik hari ini nak buat macam ne. ada orang pulak nak balik yang paling lambat sekali punya lah. kalau last masuk tu pukul 12. pukul 11.59 dia sampai dekat pak gad. sape lah tu. ade lahh.. haha

esok bas pukul 10. nak kena keluar pukul 9 dari umah. biasa ah tumpang orang... alamak.

harap2 aku bangun awal pagi esok. aminn... 

harap2 selamat sampai ky petang esok...

harap2 boleh jadi kiasu yang berjaya...

harap2 boleh jaga hati suma kawan dengan lebih baik...

harap2 dapat bahagikan masa dengan baik...

harap2 dapat tunaikan apa yang aku azamkan tahun ni...

harap2 semester ni baik2 sahaja. jangan nakal2!

okay. tu je kot. anyway... selamat tinggal rumah. aku akan balik lagi nanti..

dan untuk AJL aku mempertaruhkan.....

HANYUT... FAIZAL TAHIR!!!


isu spagetti tuu.. rupa2nya mak aku memang beli spagetti jenis kecik. ces.. memang la dah takkan kembang2 lagi. adeh..

bye-bye ~ ~

Saturday, January 8, 2011

spagetti 1st trial.

sumpah. for real.
ni first time buat spagetti. loser gak kan. haha.
lagipun kitorang kat umah selalu makan makanan2 melayu je. hahaha
benda ni sebenarnya dah lama gila aku nak try. sebab... ada la sebab dia.. tapi hari ni aku dah buat. aku sangat bangga!! (eventho aku masak dengan mak aku, tapi aku yang bubuh bahan suma tu.. nak jugak la kan :P)

not bad lah first trial.
alah, nak bangga pa sangat. bahan dah ada. campoq2 ja sesuka hati en. takde hal lah. tapi ni satu pencapaian untuk aku. haha.

ni suma sebab aku gi shopping ngan parent aku. kononnya la nak beli kasut. sebab aku nak pakai time gi kelas nanti. KONONNYA LA KAN. tapi dapat beg?! tapi i like that bag! kasut tak jumpa2. hadoi. apehal aku ni memilih sangat ahh. susah sangat nak cari kasut yang betul2 suka... memang tak mencapai target. terpaksa cari lagi kasut esok. kalau tak dak gak, tak tao la.

ok. takpe lah abaikan. pastu lalu dekat bahagian makanan2 kering nampak sos spagetti... teringat spagetti yg mak aku beli kat rumah tak bersentuh lagi tapi belum berhabuk. mulalah... aku nak mencapai keinginan yang dah lama aku inginkan!

banyak pulak pilihan sos tu kan.. tapi beli yang kimball! bukan prego... dengar2 orang gosip tak halal. cari merata gak aku kat botol prego (botol besar) tu. takdak pun tanda halal. meragukan. baik amik yang betul2 ada tanda halal tu kan.... tapi kalau betul la aku salah & prego tu halal, tunjuk bukti dulu... yea.. aku dah beli (term yang sesuai ialah aku amik & abah bayar)


tapi ada satu ja masalah dengan spagetti tu...
google punya google... okeyh. i found it! patut la spagetti aku tak kembang2, rupa-rupanya aku kena tunggu air mendidih dulu, baru bubah spagetti tu.. hah. loser gak benda2 kecik camtu pun taktau. hm betol ke tak, aku tak sure gak. tapi takpe. nanti2 banyak2 kali mesti improve punya kan. iyaa. gambateh!

err. bukan gambar sebenar.

Friday, January 7, 2011

1st day sekolah

he gets excited wearing a new school uniform :D

adik aku ni dulu sekola al-azhar. sekolah swasta. so uniform sekolah pun tak sama la dengan sekolah cam kita2 ni.. but then sekarang dia dah pindah sekolah mak. so, 1st time laa pakai uniformnye...hahaha

bangun awal giler first day nak pegi sekolah baru... semangat la kononnyaa...

skemanya...adik sapa nii..

sampai la xkurus2 lagi..



muka baru bangun tidoq.

sekolah baru. ada gaya rambut baru. abah aku cakap gaya rambut ni menampakkan adik aku kurus. ye ke?
then, pi sekolah pulak cikgu lantik jadi ketua darjah???
mula lah aku membayangkan situasi tu...
hoh. pelik jugak adik aku bila jadi ketua darjah ni. cikgu masuk kena cakap kuat2.

Assalamualaikum cikgu! *gaya upin-ipin.*hahaha

bila tengok orang nak gi sekolah ni... rindu pulak aku nak pegi sekolah. lama dah tinggalkan alam persekolahan ni(gaya percakapan orang tua)... tambah2 si lutfi dok pi buat video memorial pasal zaman dulu2 plak...hahaha

time flies fast... tak boleh nak rewind, pause or forward.

Thursday, January 6, 2011

GEMUK

ohh tidak...

takde orang nak dekat pun dengan perkataan tu (especially perempuan la kan) komfem itu aku tau.
tapi aku rasa aku tak kesa kalau gemuk(ye ke?) tapi sihat. tu je yang penting.

bukan hape. ni suma kes terkejut sebab mak aku tetibe cakap pasal obesiti ni... ha, gemuk takpe kot. KOT. tapi obese tu bahaya. kot.

mak aku cakap kat malaysia nii ramai gile obese. sebab ape? sebab kita makan nasi banyak. pagi, petang, malam. lebih kurang 3-4 kali sehari. tu pon tambah plak lagi dua pinggan. gilak. hakikat orang malaysia makan banyak. nasi tu nanti tukar jadi gula dalam badan. sebab tu jadi lemak bila dah excess. sebab tu ramai obese kat malaysia nii. sebab tu jugak orang yang nak diet, dia diet nasik. tak sentuh langsung babe!

aku rasa ramai kot orang tau. ah, tak kisah ar tu, tapi...

yang bertambah scary nyaaa, peratusan obese paling banyak adalah di KEDAHHH. gila hape. kau pandang kiri. kau pandang kanan. kau nampak. yang ni scary. aku bukannya tak suka ke, benci ke orang gemuk2 nii.. suka je tengok orang besar2 ni (bahasa sopan sikit), montel je. chubby... rasa cam nak peluk2 jer..gerammm! tapi, tu petanda tak sihat jugak. besar tak salah, tapi bukan over besar! besar, kalau tak mengundang penyakit2 lain tak kisah je kan. cuba tengok Shanie (pelakon badan besar tu) dia tak kesa pon dia besar, sebab dia ada penyakit je dia operate, kalau tak maintain chummel jer....

tapi, kedah kot. OMG3. tapi kalau nak ikot logik tu betol laaa kan. kedah kan pengeluar beras terbesar kat mesia (kot) so nasi pon banyak laa kat sini. makanan2 lain pon banyak.

perghh tu yang nak cakap. benda yang paling dirindui kalau aku tak berada kat sini pastinya makanan. memang peberet ahh wa cakap lu.. sini memang kalau nak cari makan senang, murah plak tu! memang cun arh. ingat senang ke? mana nak cari kat tempat lain? makanan murah2 selalunya belah utara je dapat. UTARA okay.

di sini aku nak list makanan yang aku wajib makan bila balik kedah. komfemm kena makan :P


1- semestinyaaa char kuetiaw... memang no.1 peberet ahh.. char kuetiaw gani ke, marvelous ke, iman ke(kalau iman prefer kuetiaw kerang kot. hehehe). tak kesa la mana2. suma sodap. suma boleh hadam!

2- lencikang jalanan..aiyakk.. RM1 jek! mana nak cari dah skang. dah la sedap. kalau kat kolej, RM1 kau bole beli air minuman je tau. ni LENCIKANG. paham?

3- burger lebai.... omaigod. kecur air liur bai...spesel punya mayonis. lapaq nii..

4- laksa kola perlis... sabar2...

5- nasi kerabu pasap malamm... campur ice-blended coppucino... arrr..

6- gorpis makcik tepi jalan nak g kfc. rangup siott...

7- cendol pulot. warrgghh...


bukan tu je, banyak lagi aku nak list... tapi karang pengsan lak kat sini. kecur air liur. mana nak cari makanan2 suma ni tengah2 malam camni.

konklusinyaa, memang banyak ah. kau datang sini, singgah hat tepi jalan je pun masyukk jugak. mau pengsan jugak la bila rindu nak makan kat sini. tak payah susah2 nak cari tempat yang sedap. suma sedap ar. berani jamin 85%. haa...

tapi tu la kan...penyumbang kepada obesiti. haiyakk..  tambah2 pulak BMI aku macam cukup2 makan je normal, tambah sikit lagi dah jadi terlebih berat pulak. hahahaha.  memang tak bape nak senang sikit hidup la camni. so, kena la kurang kan jugak. kalau tak gemuk pon, karang ada penyakit lain takut pulak kan.

so, camne tak gemuk? tak payah nak jaga badan ar kalau balik kedah. nak jaga badan jom jaga dekat KY...


fuh dapat peluk sedap ni baby nii... ketul2 tu. yaww.. kecik2 dah ade muscle... ;P

Tuesday, January 4, 2011

11.1.11

tarikh keramat tu ialah tarikh balik ky. cuti 6 minggu habis cam tu je. CAMTU JE??? (if tak buat ape2 la kan)

tu dah memang konfem dah. tiket bas pon dah beli. BAS? sob3. ye aku balik naik bas. sedih jugak la. sepatutnya kalau cuti sem parent i akan antar u'olzz. tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa la balik naik bas. uhuk3. nampaknya tahun ni kena berangkat sendirian laa... tapi tak jugak... seminggu lepas tu mak abah aku datang antar barang (barang aku yang aku bawak balik banyak, kononnya nak stadi habis-habisan 6minggu) sebab cuti banyak sikit. tambah satu hari ja pon. campoq tolak pi mai pi mai ada la 3 hari cuti sebab beday sultan kedah.
gambar zaman muda2 beliau. hensem noo...

ha, dah terlanjur sebut pasal sultan ni, 16 jan ni beday dia... tao dak umo dia tahun nii 83 tahun sama dengan wan aku pulak tu! what a coincidence! hehe (kalau tak silap cek la) panjang umoq betoi sultan aku nii tao... lepas sultan mizan tamat jadi AGONG ni, insya Allah kalau ada rezeki, sultan kedah pulak naik jadi AGONG. kiranya beliau lah sultan pertama yang naik jadi AGONG 2kali. 2KALI! tu sebab sultan lain suma umo kurang panjang cam beliau. hehe. sori
(saya mintak maap la no kalau ada tersilap kata atau tersilap fakta dekat mana2)


MAJU KEDAH 2010!
tapi skang dah 2011, cam na tu???


11.1.11.
dah nak balik ky ni, takkan nak lepak2 lagi ye dak. dah sem akhir ni. sem ni je tinggal untuk aku show off. eh. takde la kan. nak bangga2 apanya. alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ke lengan ye dak? alang2 dah masuk kolej A-level, kenalah sungguh2 sikit. abah aku cakap kena all out punya. sem ni la baru nak pulun kan. ish3 teruk betol anak dara nii.. aku kena terima the fact that aku ni memang seorang yang suka last2 minute punya kalau bab2 stadi ni.

tao tak macam mana pressure tu? budak A-level je tau okay? kau pergi la mana2 tempat yang orang kenal kau, mak kau atau ayah kau, senang citer yang tau kau tengah buat preparation ke oversea lah. kompem2 dorang tanya...
        
bila nak fly ni?

habis2 tak tau term fly pon mesti tanya....

bila nak pi uk?

setiap kali jumpa, setiap kali tu la tak jemu dok tanya. dah sem 4 pon dok tanya lagi. bila masuk kolej tu? kat mana kolej tu? kolej apa tu??? hangin tak ye bila dapat soalan camtu... ky mungkin tak dikenali orang. memang tak dikenali orang. setakat ni la kan, aku tak ingat dah berapa kali aku jawap pertanyaan camtu. ye la kan, aku tau, dorang mesti dah lupa punya yang dorang penah tanya... ye la bukan aku sorang je kan yang dorang jumpa. hari2 jumpa belambak orang. tapi tu bikin hati ni panas sikit. gi mana2 orang dok tanya. cek bukan tak suka, cuma cek tak nak cakap benda yang tak komfem lagi. aku tak mau orang tau pun kalau boleh. kalau memang dah rezeki aku dapat pi uk, aku habaq la. aku siap bole buat kenduri besar-besaran lah kalau boleh. tak payah dok tanya banyak2 kali. tension ok. mungkin mereka pikir orang yang buat buat preparation tu dah memang kompem2 fly.


huh. ni dah sesi luahan perasaan pulak. takde ah nak sakit hati ke apa. tak pe lah kan. anggap je la, diorang tanya aku ni, sebab diorang care, diorang nak tengok aku success. yezza!

nak dengaq cakap abah la. kena buat sungguh. stadi. Allah jangan lupa.
salah satu azam tahun baru ni aku nak jemaah kat surau hari2, even bukan tiap2 waktu pun. hehe. harap2 menjadi laa.. tak de la cakap je banyak. buat haram tak. hehe
pastu nak senaman banyak sikit. untung jugak. boleh sihat sikit badan. pada masa yang sama boleh kurus :P

disebabkan masa perlu dihabiskan untuk stadi, so kena lah bajet2.
contohnya, aktiviti2 melagha, menyembang kosong, termenung panjang, berangan perlu dikurangkan. kalau nak dilupuskan tu macam susah je. aku pun tak percaya yang aku bole buat camtu. hehehe.

# mak aku tengah tengok drama cinta & anugerah. aku dak naik muak, meluat, nak termuntah tengok muka NABILA dan teman2. maklumlah dah episod 179! gila ke hapa. mana ada orang buat cerita sampai episod banyak camtu (selain dari indon) tao dak jadi meluat bila cerita tu dok kona2 qata non stop. tu pun orang malaysia boleh g siar cerita indon, padahal orang indon... tu la, orang malaysia ni memang baik hati.

Sunday, January 2, 2011

macam2 perangai.

masa aku jalan2, aku jumpa video ni...
sumpah aku tersentuh giler kot bila tengok video ni..
macam ni ke sikap orang melayu?
sungguh aku malu...
tak heran la kan ada orang malu nak mengaku melayu.




walaupun aku taktao sangat apa yang jadi ni, tapi still.. benda camni memalukan.
eventho dia salah, tak payah kot nak tengking2 macam ni... takkan tak bole nak setel baik2. ini kurang ajar nama dia okay?

aku dengar dia mabuk, takkan kita nak bandingkan orang yang mabuk cakap dengan orang yang sedar cakap?

dia dah mintak maaf tu kira baik dah la tu. tak yah nak kepoh2 dah la.
ni la sebab orang melayu selalu kena kutuk. tapi tak sedar diri. pemikiran tak matang.

sisa2 2010

ini post pendek je.

saya cukup seronook jumpa kawan2!!! hee~

macam tak pernah jumpa en. tapi kali ni lain punya. ni suma pasal kenduri hanisah! so, trimas kepada kak nisah kerana kahwin. haha.

nasib baik jugak la ayah nisah sebab sewa homestay, bole jugak kitorang lepak beramai2 kat situ, bising2 tanpa mengganggu ketenteraman jiran tetangga ~

nasib baik jugak la mak abah aku cukup baik hati bagi kitorang keluar sesuka hati dalam 2 hari ini, i like... :D

nak tao..nisah vogue habis time akak dia kawin... :P

3 pagi 1.1.11... baik punyaaa... ingat senang aku nak buat keje camnii..senang je kot??

nanti memang nak kena lepak macam tu selalu!

kawan2, you made my day :D

tak kisah la kita penat tapi kita happy. kita puas hati. kita makan puas2 sampai cirit-birit. biar kita sembang sampai tetido.

permulaan tahun baru yang indah!

sekarang masa untuk tengok buku pulak okay. enjoy je keje kau kann

selamat tahun baruu...

dengan rasminya saya mengumumkan 2010 dah berlalu. babai.
dengan rasmi jugak saya memulakan post pertama di tahun 2011 nii...
pergi dah satu tahun lagi... satu tahun tu lama. macam2 jadi. pedih manis suma kena telan.
tak sangka betoi aku. tengok2 fon tadi dah 1-Jan-2011. mula2 tengok, aih betol ke ni, peliknya.
tapi tulah kenyataan yang harus aku terima. eceh.

hepi new year!

hepi ke budak tua?