Friday, December 31, 2010

random sekali.

assalamualaikum..

salam pembuka bicara. salam 1 malaysia.

lama no xupdate..(padahal baru 3hari.) okay la tu memang lama.

first sekali, nak congrats malaysia menang piala suzuki. kalau pergi jalan2 usha blog orang memang tak sah kalau tak dak pasal ni. pastu pasal KF. sape uh? dia top sekarang. ahh, xminat ah aku nak citer sal dia. gua tarak minat dia aa sebab dia sulah ade awek.kui3. malaysia menang ya. emas. yang enak, esok cuti! hah! esok cuti sebab kita menang bola. sekarang cuti sem. so? ade effect ke dalam hidup aku? toya mu bagi cuti esok. bagi la cuti 12hb. hehehe. tamak. cuti dah banyak!

dah banyak post aku sal bola ni. dah la. bajet cam fanatik bola lak en. aku minat bola ke masalahnye? pompuan minat bola ke? pompuan minat usha player2 kacak lagi hensem je contohnya muslim. contoh je. 
ye ke camtu? entah ler. rambot sama hitam even ada yang dah kaler rambot, hati lain2.



skang dah pukul 1 pagi. maksudnya hari ni dah 31/12. maknanya hari ni hari las dalam tahun 2010. aku ada lebih kurang 23 jam lagi.... then tahun ni pon berakhir. pergi yang tak kembali. banyaknye bende berlaku tahun ni. tu pun aku bole dok rileks ag. habis kalau tak rileks, aku nak buat apa. nak mandom ja? perlu ke nak cakap kat suma orang? bagi aku tak perlu kot. so not me la. biar orang lain nampak kita hepi. mungkin aku penah buat silap, tapi bagi itulah yang terakhir naa..

life have to go on. so, please move on. 


aiyak. pastu dah masuk tahun baru. tahun naik. umo pon naik. minyak naik. gula naik. badan jangan naik, please... tahun depan dah angka 2 kat depan. tao dak effect dia camna? orang lain takkan faham. dah takde 1. takde. dah nak kena jadi orang besaq. orang besaq ada tanggungjawab. ada komitmen. paham? tolong la paham. tolong la matang sikit. jangan jadi budak2 tiga suku.



nak post nak habaq ni ja...

nisah perlukan orang hot mamma untuk bawak hantaran akak dia esok. tetibe dia ajak aku bawak hantaran akak dia time akad nikah sok pagi. tu maknanya aku hot la ea??? hahaha. sila jangan layan orang tengah perasan.
banyak orang nikah. aku je tak nikah2 lagi ni. aku taknak jadi andartu...! taknak! erkk...




tido2. sok nak gi airport. nah, pergi uk seround bes gak..hahaha

Monday, December 27, 2010

lasernya kau

pahal sekarang isu pasal laser ni jer ah??


tak paham gak aku. diorang nak bising2 tulis kat blog, kat fb tu ape diorang dapat? siap buat group malingsia ngan amio kat fb.. ke amende sume lagi tuh.. dapat ape? dapat dosa je... lasernya korang. laser2 malaysia, korang lagi laser ye. kutuk2 pakai nama binatang yang feymes2 tu, dapat apa la gamaknye...wake up la. tak ke mana pon suma tu.

tapi aku rasa, kita tak payah cepat gelabah, cepat panas hati. tak payah la kita dok kutuk2 dorang... even depa buat yang ganyang malaysia tu, maling asia ke... cakap je lebih. cepat melatah tanpa fakta kukuh. menyalahkan laser :D. kita tak buat suma tu. kita tak provoke2 depa. sebab kita lagi educated pada depa. ye dak?


untung kau jual laser sekarang.. laku... :DD


kawan2... mulut jangan laser tao. bahaya sekarang nie ^^

harimau gagah!

jumpak tepi jalan
3-0

bekalan banyak tu nak wak pi indon rabu ni..

sumpah perform korang malam nii.

sumpah aku jerit sama naik dengan bapak aku malam ni.

tak payah cerita banyak. korang memang layak.(ikhlas cakap dari dalam hati)

game terbaikk.

tak payah tengok arsenal dah, tak payah tengok chelsea dah

lani jom kita layan malaysia pulak!

tak sabar nak tengok korang benam indon habis-habisan. habiskan je dorang.

aku benci indon teqok lani.

ehh.. silap dong.
entah jumpa mana nih. aku tak buat. sumpah.

Sunday, December 26, 2010

jangan jadi cikgu!

oppss...

tak patut gak en aku cakap cam ni... tajaan kpm pulak tuu! kalau encik A tahu mesti dia tarik balik aku punya scholarship aku...hohoho

aku bukan hape.. letih gile wo. tadi mak aku bawak angkatan2 tentera a.k.a kami satu famili utk pi bersih kelas dia. darjah dua. aiyoo, bayangkan ar kelas tinggal bape lame... nak kene cuci uh... agak2 ar... dah la kelas tu masa tak cuti pon tak pernah bersih dah. sekolah lama pulak tambah. yang pasti habis cuci pon dah takleh nak nampak baru dah pon. kipas2 pon dah berkarat dah. habuk2 tu kalau bole kumpul da bole buat istana dah. bukan istana pasir tapi istana habok.

ni bukan ape. ni kes ni sebab kelas tu dah memang lama. zaman2 aku dulu lagi. tah2 sekolah tu dah 100tahun lebih. entah aku pon taktao.

bukannya takde bangunan baru, tapi malang sikit mak aku dapat kelas kat bangunan lama. nasib badan laa..

tambah2 lak dapat hat anak murid jenis nakal terok. habis board2 suma depa cop ngan kaki depa. lagi sakan nak basuh. dinding2 tu tak payah habaq la. dari kale merah dh jadi kelabu. tu tak termasuk lagi dengan kerusi2 meja yang patah2. buruk sungguh kelas. =.=

perangai tak semenggah lagi teqok pada budak2 nii..
nak marah teqok2, nama pon budak2..... (yang pasti time aku budak2 aku sopan jer. hahahaha)

penat weh nak cuci suma tu. yang sihat walafiat pon bole dapat asma kalau cuci kelas cam tuh byk2 kali! yang dah memang sakit tu disarankan takyah laa.. tak pasal2 plak karang...

ni aku rasa untuk cikgu2 sekolah rendah je kot. aku rasa kalau sekolah menengah budak2 sendiri yang cuci. bukannya cikgu. rasanya lah.... aku dulu masa form 2 form 3 kena cuci sendiri je. siap ada AJK kebersihan & keceriaan. hah. sekolah rendah ade ke?

kalau diikutkan tu, jadi cikgu sekolah rendah lagi penat dari sekolah menengah an. cikgu sekolah menengah relax ja. cikgu sekolah rendah yang kerja terok. penat ajaq bebudak mengheja, mengira and stuffs..


so, kesimpulan dia, jangan jadi cikgu sekolah rendah! hehe

Saturday, December 25, 2010

lengai

any idea?
oh aku pun tak tahu apa maksudnya...
kinda slow maybe.
entahlaa cek tak tao...
try jugak google2..

tapi result dia macam ni

oh.. rupa2nya ada gunung berapi nama lengai...
nama gunung berapi ni  Ol Doinyo Lengai..
dekat afrika sinun.. tempat kelahiran BOB MARLEY. hehe.
tapi bob marley ni lahir kat africa ka? asal hitam ja africa.. india takkan africa jugak. racist ka apa aku ni..
cerita2 pasal bob marley nii, dia feymes gak an... nak kata hensem, hmm, tak jugak. rambut mau gempak ja. haha
gambaq paling hensem aku jumpak.

dok google2 tiba2 keluaq gambaq dia ni, depa perli dia ka??
tapi bob marley penah cakap cam ni


My music will go on forever. Maybe it's a fool say that, but when me know facts me can say facts. My music will go on forever.
Bob Marley 


betul gak an dia cakap?




heei, tapi bukan lengai ni yang aku carii!
haih..aku tak boleh jadi tok guru bahasa kedah lagi. belajaq tak cukup lagi ni...

Friday, December 24, 2010

trouble betoi.

jumaat sudah.

saya rindu jugak teman2 ky. tapi tak rasa macam nak balik sana pun. boleh tak macam ni...
takpa lah tinggai sat depa tu. hehe

ni aku dok penin ni...

satgi aku nak pi menge"bash" seseorang sebab hari ni besday dia.
dia tu kawan kepada kawan aku.

tapi aku tak kenal dia. aku penah jumpak dia sekali ja. tu pon sat ja. tak dan nak kenai pa pon & hari ni aku nak pi bash dia. 

tao dak bukan nak bash sikit2.

nak bash pakai telur..

nak baling kat kawan tu

sakit kot.

satgi aku ngan kawan aku nak pi beli tepung + telur untuk proses menge"bash" tu. macam kami ni kawan dia yang paling rapat habis lah. buat macam kenai pulak.

pelik dak eh kalau tiba2 orang kita tak kenai tiba2 mai baling tepung + telur dekat kita? 

kalau aku hangat jugak la... tiba2 ja.. dah la tak kenai...

kalau dia hangin, mati kami...

macam mana aih.. 



haih. ni pon bole jadi masalah =.=

tapi takpa lah... mungkin ni cara kami kenai kot. 

Thursday, December 23, 2010

saya comel.

aiyaakk selesema datang!

1- baru balik langkawi. cokelat banyak saaangat kat sana ~ aku dibelenggu. nak beli lagi, macam banyak dah. last2 tak beli pon..haizz... =.=  then balik umah...acaitt..apesal sikit sangat cokelat ni (-.-) baiklah..  kesimpulan dia, lain kali kalau nak beli, beli je jangan pikir banyak2 dah.

2- bukan nak cerita pa... update ni sebab nak cakap ni je.. kenapa ada sesetengah orang (setengah je la) suka letak gambar muka sndiri eh kat blog sendiri? gambar yang tangkap gambar sendiri dan setengah inci je dari kamera dia? aku panggil ni gambaq "saya comel & takdak orang lain lagi comel pada saya" (panjang pulak tajuknya ehh) yoo, tak matang kah? adeh..nak tau ak?aku pon suka je tangkap gambar sendiri. belambak dalam fon aku. cuba? pose camna aku tak penah wat. habaq mai kat aku. aku tau..bes oo tangkap gambaq snirik..paling2 pon suka dok tangkap gmbaq sendiri tak payah la dok tayang sana sini. kalau lagi comei pada han ji eun dalam cita full house tu takpa la naaa... peace!! ^.^v


oii... tak lama dah ni nak masuk tahun baru. bila ada tahun baru ni, kena la ada wishlist untuk tahun baru ni.. banyak ni.. sat2 nak pikiaq..


apa kata ang pi wat math nura oi? 2 set yang tebal2 tu bila lagi nak buat... (-.-'')
tak lama dah cuti ni. pejam celik esok dah nak balik ky...
maaa...taknak balik ky lagi...taknak sem 4 lagi.. aku tak sediaaa..bole ke? haizzz...

dala..aku merapu jek. takdak motif penting pon update ni =.="

tamat


Monday, December 20, 2010

hangout! :D

hari ni aku kuar dengan besties2 aku masa dekat SMJ.
oh rindunya SMJ. sekolahku..hihihi
di sini lah lahirnya seorang pemimpin... slogan sekolah aku. yik, ye ke???
hahaha

kamilah kawan
depa hensem sebab aku yang jdik photographer!
asal aku takdak ja gambaq cun.haih.takleh jadi niii...
aku suka amik gambaq depa mcm ni..heheh
depa tak pakai contact lens aih.aku jaaa.hehe
paklah aka fad.
ramizah aka miz

haha. lagi2 gambaq comel paklah
wif shir and fiz..
nab and war...
paklah and nab
comelnya kamii..kui3
harharhar..aku suka letak gambaq mereka begini..



penuh dengan kegembiraann.. lupakan segala kesedihan. peace yooo!!

perasan tak nama kami suma dipendekkan...
ni suma akal kanak2 ni suma..(aku gak la tuu)
dulu kitorang saja galak nak bagi pendek nama... nabila jadi nab, shira jadi shir, mizah jadi miz.. dan suma satu kelas nama jadi pendek lagu tu.. sebab tu la aku jadi nur jaa.. tu la idea asal blog ni aku letak nama nur.. lawak nak mati teringat balik zaman tu...hehehe


udah ler. nak g beli cokelat byk2!!!

bye2~

Saturday, December 18, 2010

perosak mood

saya marah.

kalau saya bangun awal pagi nak pergi hirup udara segar kat tasik darulaman, pastu saya kena hidu asap rokok sepanjang saya jogging.

arghhh.. ini memang melampau. kenapa penghisap2 rokok ini tidak menghormati orang lain?! saya kecewa ada rakyat macam ni. lagi kecewa mereka semua itu orang melayu.

hisap rokok tanpa segan silu di kawasan awam. kenapa begitu tak malu? takkan tak rasa papa bila orang lain lalu depan mereka sambil buat muka meluat sambil menutup hidung. saya memang tak boleh terima langsung. kalau nak mampus awal, jangan la nak libatkan orang lain.. saya taknak mati sebab jadi mangsa perokok.

saya heran kenapa dorang suka hisap rokok. macam tak tahu apa akibatnya. tahu tapi buat2 tak tahu. mungkin.
saya heran kenapa perokok macam bangga bila dorang isap rokok.
saya tak suka bau rokok. bau itu buat saya nak muntah. dan itu sangat menyakitkan hati.

jangan heran kalau satu hari nanti ada orang kena jerkah dengan saya.
saya benci perokok
saya anti-perokok.



dadah musuh negara,
rokok musuh saya.




nanti saya kena buat macam ni jugak.




pesanan buat bakal suami : no rokok! pegi mampus la kalau isap rokok. reject awal2!

say no!

okay ni memang patut jadi pengajaran. satu2nya peluang keemasan sudah pun melayang. the only chance. peluang yang tidak datang 4-5 kali seumur hidup...

manusia selalu sia2 kan benda yang ada di depan mata.
manusia selalu lupa
manusia selalu menyesal bila dah tiada...
manusia selalu alpa dengan benda yang mudah dapat. easy get, easy go...
manusia takkan pernah sedar sebelum benar2 kehilangan...
manusia ini lemah.
manusia memang tak perfect..

tapi, tak bermakna manusia tak boleh mencuba...
tak bermakna hidup hanya berakhir dengan kekecewaan. kelukaan. kesedihan...

jangan sentiasa salahkan 'manusia tak perfect'
kalau diri sendiri yang gagal mencuba memperfectkan diri...

kadang2 kita buat2 tahu apa yang kita tak tahu...
butakan mata tapi tidak hati...
kadang2 kita suka lengahkan benda yang penting & buat2 tak penting...
lupa, lalai...

....

then, kecewa dengan diri sendiri...
mencari alasan yang sesuai untuk menutup kesalahan diri?
jangan ulangi kesilapan bodoh itu...

how much i wish that i could turn back time...
but it's over.

gagal hari ini tidak bererti gagal selamanya...

try hard.achieve what u want.

Wednesday, December 15, 2010

sadisnya hidup...

saya bangun pagi...pukul 10.30 pagi lagi takkk?? =.=

demm...kenapa asyik bangun lewat...

kenapa kunci jam kalau setakat bangun untuk tutup alarm jek =.=

saya nak hirup udara segar pagi...

saya nak makan sarapan pagi...

saya nak study pagi2....

pas bangun saya mandi...

then tengok aqso & madina pukul 11...

makan....

baru study..........

stop then tengok alisa......

then, bila saya bukak UCAS dengan mata yang bersinar2, 

takde pape pon...

saya terus down...
 
sekejapnyaa hari saya.....
 
saya nak bangun awal!!!

somebody...please wake me up early tomorrow!!!


sadiskan...... =.=



Tuesday, December 14, 2010

tic taG tooooe

maaf! aku hampir terlupa aku telah di-tag.

maaf atas kelambatan memenuhi kehendak..uhuk3

mbak cikin. trimas kerana menge-tag tanpa menge-link. erk...paham ke tak nii..aku mmg susah difahami =.=


1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
ermm..apa ehh?thinking.....duit?hmm..hehe..rosak + kelam...hihi



2. Benda terakhir dibeli dengan duit sendiri?
benda makan kott..tu jer aku selalu beli..hihi


3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
hadoi..soalan mengancam nii...ku masih mencari-cari...temanya mungkin silver!oh aku semakin meminati kaler kelabu skang!kelabunya aku...tempat : maybe kat rumah ni lagi..hihi



4. Adakah korang tengah bercinta sekarang ni?
ermm..ini memang maut. okey. baiklah. jawapannya tidak.



5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kekasih?tidak kot. ia mmg tidak selamat. macam2 bole jadi. kemungkinan utk ditinggalkan mmg ada. kalau suami, jawapannya, selagi nyawa dikandung badan. jika diizinkan Allah.



6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
kenapa soalan2 begini???yarrgh..tatao.



7. Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
majalah REMAJA kot.hihihi.bosan2



8. Apakah nama penuh korang?
takleh letak nama penuh...lupee..haha..yang pasti bukan nora, nuqa, nurun, nuri atau lain2 tidak bole diterima pakai.


9. Antara mak dengan ayah, yang mana korang lagi mesra?
mak kot. senang sikit nak mintak duit.hahahaha



10. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mestilah!kalau kat kolej laaa...kalau kat umah...kadang2...hihihi



11. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalalm hidup korang?
aku rasa nak jumpa arwah tok wan aku...
nak macam dulu2 geng 5orang...ainul,hada,ckin,pikah,aku...tapi aku tao itu dah tak mungkin berlaku...
rindu kawan2 lain jugak!



12. Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
nak sangat pergi UK. nak berjaya. insya-Allah. doakan aku.



13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
oh ini soalan apa? peluk...kot..rasa selamat & dilindungi?toya...hahaha



14. Beritahu 3 benda pasal orang yang beri tag
shikin?oh dia memang suka bising...hehehe.pastu suka kacau orang...tapi dia saangat baik hati...ini sumpah betol



15. 5 benda paling disayangi dalam hidup anda
acer, sony ericson, teddy, gelang2 kesayangan serta minyak wangi pemberian seorang yang penting...



16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
the only exception.....
bila rindu...ruffedge..sudah tak terkira berapa kali aku pasang.. mmg tak ditenggelami masa.sangat tangkap cintan!
open your eyes...maher zain....sangat mendalam...




17. Bilakah tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
2 July 1991. takde sambut pon. oh harapkan ada sambutan nanti..hehehe



18. 5 rakan blogger yang anda nak tag aka suspek2 yang perlu dicari
hemm..kakcik aina...husna...shidah....pali....tu je yang bce blog aku pon..hahaha

tamat sudaaaa...

Monday, December 13, 2010

tora datang kembali!

i'm done with my btn!
alhamdullilah...
eheh, padahal dah nak masuk seminggu habis btn derr...
ape komen eh btn?not bad lah...at least i had so much fun with my new friends(konon) haha
actually kitorang telah ditempatkan di sebuah dorm yang semuanya budak ky..hmm apa lagi..bergumbira laaa...
mungkin group je kot yang lain pun. dalam group aku ad 3 je budak ky(aku, afiq anuar, yen)
yang lain, biasa ah kena brainwash sket! eh brainwash pasal negara oke..jangan pikir kena brainwash sal politik pulak. orang melayu biasa ar, cakap2 orang yang buruk2 suma betul...yang betul kata salah...begitu seronok menokok tambah fakta....haish tak paham aku...nak kutuk byk2 karang, bangsa sendiri pulak...

tapi kan mungkin aku ader crush dgn seseorang kat sana..smart habisss ahh...mungkin...kah3...biasa lah orang muda.darah panas lagi..kekeke



smart habis!kantoi syidah minat aku!hahaha..takpe syidah aku tak letak pon pic ni kat fb!kah3
ini bukan bungkusan mayat!tetapi bungkusan selimut2 serta cadar2 kitorang yang busuk. 5hari kot!
rakan2 seangkatan (uniform kot!)


boring aahh citer sal btn...huhu


hah!tengok gambar2 ni untuk santapan mata...










ni adalah muka2 kerisauan bila amin asmui still tak datang2..kelakar habis....



dan aku...cool ajerr...hahaha

then kitorang sampai ke kem btn pukul 5.30ptg sebab ada kesalahpahaman sikit... sepatotnya pendaftaran pukul 2.. gasak suda. kitorang top sebentar di dalam dewan tu..hahaha

dah lame tak update blog...
terasa kejanggalan menulis blog...
tambahan pula, report cardiff masih tidak dapat aku siapkan..argghhh!
alhamdullilah essay dah habis, even aku rasa ade gak nak kena betulkan lagi...
tapi, at least dah ada draft tuh!


belum habis lagi pasal cardiff, aku dah kena bergelut dengan UCL pulak...omaaak~
aku ada fon intebiu khamis ini. Dr Gadvi..kott..
omaigosh! aku dah ketaq peqot sejak dapat emel ituuu...
entah ape la dokter tu nak tanya aku kann..omaigod!

aku dah mula nak kena study betul2! lepas habis suma bende ni, insyaAllah...
oh tuhan, beri lah hamba-Mu ini kerajinan!

Sunday, December 5, 2010

saya mau pergi lagi...

omaigosh!
esok saya mahu berangkat ke btn...sampai hari jumaat...
saya tidak mahu :(
saya akan kena bangun awal2 pagi (kantoi bangun lewat! :P)  pastu pergi berkawad dan dengar ceramah sepanjang hari....tambahan pula saya harus memakai seragam selalu. macam berada di sekolah semula... mari kembali ke sekolah...! =.=
sudah lah saya masih belum menghabiskan essay serta report untuk dihantar pada cardiff!
mereka suka menyusahkan kami. mereka langsung tidak memahami kami. mereka tidak membantu kami.
saya sangat sedih! erkk...

engkau pon mata...hari ini laa yang kau nak menunjukkan belang mu!
ohh mata, please2 jangan membengkak lagi pada esok hari. kalau tidak mati saya :((

ohh sungguh aku harap btn ini bes!kalau tidak....mau tau laa...(ohh maap, saya tidak mengugut!)hahaha

jumpa lagi minggu depan yaa rumah!jumpa lagi laptop, brodben, ayam ,itik....(jangan tertipu, aku takbela ayam itik, harap maaf!)


*hari ini baru aku tau 2 ekor kucing yang bising nak mati di belakang rumah milik adik aku itu bernama amirun & anas!tahniah adik kerana begitu kreatip menamakan mereka...
ini memang bukan imej sebenar!

Thursday, December 2, 2010

perkara bikin hangat.

situasi 1 : internet lembab ibarat kura-kura tenat patah kaki.

situasi 2 : bila ada orang tak puas hati kalau tau ko tengah belajar bila dia tak stadi.

situasi 3 : kau ada sorang kawan. perangai pelik. jenis hati batu la kot. tengah2 dok mesej, ang nasihat dia. pastu dia tak reply mesej ang dah. bila dia kal, dia cakap buat tak tao. buleh dok cakap ceria2 macam ang tak penah cakap papa kat dia seploh minit sebelum tu.

situasi 4 : kawan ang yang sama di situasi 3 tadi. dulu masa dia single, dia dok nasihat ang pasal kapel2, tapi bila sekarang dia ada boipren, dia paling over antara kapel2 yang lain. bila ang nasihat dia, sikit apa pun dia tak percaya kat ang. dia lebih yakin cinta hati boipren dia.

situasi 5 : kawan ang yang sama di situasi 4. bila ang nak sembang ngan dia, penting la ni. benda penting yang ang nak cakap kat dia, bila ang cakap, ada bunyik mesej dari handset kawan ang. dia tanpa rasa segan silu terus memberikan tumpuan pada handset dia & tingalkan ang terkapai-kapai. ang pon cakap la sorang2. dia sikit pon tak rasa apa2. 24/7 dengan handset. ang dok sebelah ni ibarat tugu batu yang bernyawa.

situasi 6 : kawan ang yang sama di situasi 5. suma orang dok nasihat dah. even sebelum tu pun orang dah dok cakap pasal boipren dia tu. tapi semua itu suda tidak berguna sebab kepercayaan telah diberikan sepenuhnya. la ni, ang sedaq apa yang orang2 dok kata tu ada betul nya. sebab boipren dia tu sekarang dah mula dok start mesej ang. dok mintak ang dodoikan dia dan macam2 lagi.

aku ada bagi hint kat ang walaupun aku tak cakap terang2. tapi ang buat tak tau.

situasi 7 : kawan ang yang sama di situasi 6. 24/7 sekali lagi, ang kena dengaq dia dok cerita pasal boipren dia. pasal family boipren dia. ang kena dengaq kebahagiaaaan kawan ang tu sepaaanjaaaang masa bila ang start bersembang dengan dia.

kesimpulan cerita ini... kawan ang dalam 5 situasi ini adalah orang yang sama.

banyak lagi... sangat banyak & aku rasa tak payah la aku nak publish dekat sini. tak payah la nak menambah2 betapa fed up nya aku dengan suma ni.

ang rasa, patot ka ang habaq kat kawan ang pasai boipren dia ni? ang rasa ang ada mood lagi ka nak layan kawan ang tu? ada mood lagi ka? kalau aku, sori la.. aku dah cuba nak tolong, aku dah cuba cakap. aku dah cuba nasihat. tapi kalau suma tu sia2 ja baik aku jauhkan diri.


 ---------------------------------------------------------------------


aku mintak maap. tapi, ang masih lagi kawan aku.  tapi, ang bukan lagi kawan baik aku yang boleh berkongsi suma benda.

aku tak jeles kat hampa. sikit pon tak. bahkan aku rasa bersyukur sebab aku tak sampai tahap macam hampa. jangan risau, aku takkan nak kongsi boipren ang. takdak rasa pa pon tengok dia. tak teringin.

sesungguhnya aku memang takleh buat papa kalau ia dah melibatkan soal hati & perasaan. aku takkan tao apa yang hampa rasa. mungkin sebab tu jugak aku rasa macam ni. tapi la ni. aku memang takleh tahan dah. aku ni cuma kawan ang ja kan. bukan bole buat pa pon. kawan bukannya penting pon kan.

aku bukan nak putus kawan. tapi kalau dah perangai sampai macam ni, aku pon dah malas. aku fed up. aku tak bole lagi. aku tak larat.banyak lagi benda aku kena pikiaq, aku kena buat. aku tak kesa dah hampa nak buat apa. suka hati la. aku dah tak mau amik tau.

tapi...please remind yourself... orang lain pon berchenta jugak. jangan la over macam hampa 2orang ja pasangan paling bahagia kat dunia ni. sesungguhnya aku memang tak dak rasa jeles secubit pon.

satu ja aku nak sangat cakap kat ang. boipren ang sangat annoying. menyakitkan hati. aku rasa kesian kat ang.kalau la ang kat tempat aku, tengok macam mana dia tu. aku nak bagi tao. tapi aku rasa ia akan memburukkan keadaan & mungkin ang tak percaya kat aku pon.

kalau ang yakin ngan dia, teruskanlah. sebab aku memang takdak rasa yakin pon terhadap laki tu untuk bahagiakan ang. kalau dekat aku ( kawan yang sangat baik dengan ang ) dia bole dok gatai meqela menggedik dengan aku, aku tak tao la orang yang ang tak kenal & yang bukan di kalangan kawan2 kita.

ingatla, kita bukan budak2 lagi. lebih kurang sebulan lagi nak cukup 20.

jagalah diri wahai kawan.

*oh sungguh aku rasa post ini sangaat budak2...

Wednesday, December 1, 2010

time will fly fast sayang...

i knew it..
but i ignored it.


why? 
can i just make a decision like an adult???
i just can't.
it just how the way i am.
fool me...


time will fly very fast...
time will passed beside me and don't even wait for me for even just 1 second.
tell me if i am wrong through this time...can you?
can you just tell me what i have to do?
force me if it is for me.

please
wake me up
change my destiny

please
act like an adult
19 years has passed. 
20 is coming
weirdo number.


GET A LIFE!
grow up nura.