Tuesday, January 21, 2014

Learning phase

Belajar itu perlu. 
Belajar untuk menjadi yang lebih baik. 
Belajar untuk menjadi seorang manusia yang berguna. Untuk berjasa.  
Berjasa kepada siapa? 
Yang paling penting. 
Kepada ibu bapa. Yang sering mendoakan kita walau di mana kita berada.Yang telah membesarkan manusia ini belajar erti hidup. Erti sebuah kehidupan.
Kepada guru-guru. Yang sering memberi tunjuk ajar tanpa mengenal erti penat lelah.
Kepada anak bangsa, suatu masa nanti. Kerana aku bernama guru. 

Dulu, aku pernah kecewa. Kecewa kerana aku hanyalah seorang guru. Tidak mampu menjadi yang lebih baik dari kawan-kawan yang lain. 
Namun aku lupa, lupa bahawa dulu aku yang mengagungkan tugas seorang guru. 
Lupa kepada guru yang bertungkus-lumus mengajar aku ilmu selama ini. Mengajar aku nilai kehidupan. Mengajar aku sehingga di mana aku berada sekarang.
Aku bersyukur. Kerana aku telah disedarkan betapa hebatnya seorang guru. Disedarkan oleh guru aku. Guru.
Aku menyesal kerana fikiranku selama ini. Aku tewas dengan nafsuku. Aku tewas dengan keegoan ku.
Namun tidak akan ku sesalkan jalan yang pilih ini.
Jalan yang telah tertulis untuk ku.

Walaubagaimanapun,
Sebanyak mana cabaran yang ditempuh, cabaran itu hanyalah terlalu kecil. Terlalu sedikit.
Kerana masih banyak lagi cabaran yang akan mendatang. 
Banyak lagi pelajaran yang bakal ditempuh.
Kerana cabaran yang telah ditempuh ini hanyalah sedikit. 
Diri ini hanyalah kerdil. Jasaku masih kecil. 
Tidak mampu menampung kehidupan yang lebih abadi kelak.

Sejauh mana diri ini belajar masih akan ada perkara baru yang akan dipelajari. Sepanjang kehidupan.
Fasa pembelajaran itu tidak akan pernah berhenti walau sedalam mana ilmu di dada. Setinggi mana ijazah yang dipegang. 
Kerana ilmu itu terlalu banyak untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tidak ternilai dengan wang ringgit.