hari ni selesai sudah program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dikenali sebagai SBE dalam bahasa omputihnya.. boleh lah di translate sendiri.. sekolah yang aku pilih ialah sekolah lama aku. tapi la ni sekolah tu dah jadi sekolah SBT. perghh. hebat. bangga jugak aku sikit.
budak2 sekolah tu yang berpeluang pergi ke Jepun, Turki, Thailand... internasionale.. pergh untung la. cikgi ni pon tak sampai lagi luaq negara nak habaq. T__T
alhamdulillah tamat lah sudah hari ni.
agak berasa segan berjumpa cikgu dulu2 tapi apa boleh buat, guru pon bakal kerjaya aku pada suatu hari nanti,, mau tak mau kena la jugak biasakan diri dengan situasi sekolah.
dan, paling penting membiasakan diri dengan bakal-bakal murid yang bakal aku hadapi kelak. gulp. budak-budak khas... walaupun ada sesetengahnya yang pernah aku jumpa dulu, sebab aku pernah buat job attachment (cerita dulu2) kat situ. tapi bila jumpa depa lagi sekali buat aku sedar balik. mulianya keja yang bakal aku buat nanti. mendidik anak-anak istimewa.
mereka memang istimewa, mereka tidak ada perasaan dengki, iri hati macam manusia normal, mereka tidak mengenal erti kehidupan yang kita lalui. mereka tidak faham. mereka suci, bersih. sedih sangat bila melihat keadaan mereka yang tak boleh menulis dengan baik, even tak dapat pegang pensil dengan baik pon ada. bersyukurlah kerana kita dilahirkan sempurna akal dan fizikal.
kadang aku sedih, tengok budak-budak ni kena marah like hell oleh sesetengah guru tu. bagi aku, tak perlu nak marah sampai macam tu, kesian sangat tengok. macam nak teqyak. ada sorang budak khas tu sampai tutup telinga. takut.
entahla.. aku belum merasa perasaan yang cikgu2 tu rasa bila mengajar budak2 tu.. entah.
entah aku sabar, entah tidak. susah jugak nak develop perasaan sabar dalam diri, bila dah tau diri ini bukanlah seorang yang penyabar sangat. even baru2 ni aku baru ja sound seorang kakak tu. adoi. tapi salah dia la jugak block kereta aku. aku kena tunggu lama pulak tu.
5 hari berlalu agak pantas,, yeay! da habis,, yang tak habis lagi assignment, bukannya takat tak habis, but not even start yet. sighh >,<