Thursday, March 24, 2011

sihat sebelum sakit

rasa macam nak mencarut ja hari ni...

sakit pala sampai takleh buat apa aih sepanjang hari nii...

aku macam nak ketuk ja pala...tidoq dari pagi sampai malam....

what happen ni? :|

Wednesday, March 23, 2011

apadia maksud nie?

hampa tau dak ni apa dia?

tuu cuba hampa baca kat bawah tu. 'passport'

tau dak passport tu apa???

tapi yang paling penting.... ni sapa punya nii??!

yes... aku punya...

passport tu pas untuk masuk ke negara2 luar kecuali Israel... so what? ada aku kesa aku takleh masuk israel?!

apa maksud suma nii... aku dah ada passpot doe. and passport ni atas nama aku sebagai seorang pelajar tajaan KPM yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara... siap dapat half diskaun untuk buat passport nii...

sumpah... ini tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar yang ditaja. aku harus sedar di mana tempat aku berpijak. aku ada kontrak. perjanjian. aku tidak bebas. dan aku harus ingat apa yang akan berlaku kalau sesuatu yang tidak mereka ingini terjadi...

apa ni wei? tau tak ko takleh malas belajar sangat wei? UCL menanti kat sana dah tuu... suma dah siap bagi... ko nak ape lagi?! medical check-up da wat. passport da wat. UCL da dapat! so? takkan tak qeti2 lagi. peluang yang ada ni tolong ar jangan sia2kan...

dah ada passport ni... takkan ko tak nak fly? nak simpan passport ni je? taknak cop banyak2??! ko ade 47muka surat untuk di-cop weh!

**abang imegresen tadi hensem jugak. nanti bole la p selalu ^.^ tapi nak buat pa?

Sunday, March 20, 2011

K

mcm L dalam death note.
skang dah wujud nama manja seperti J, A, Z dan lain2..

tapi yang aku nak cakap pasal K.
aku rase brader ni sangat awesome. so, terasa nak share one of his entries.
sangat informative... & sangat awesome.
one thing buat aku salute dia, dalam blog dia takda pic dia.
yang pasti tujuan dia berbolg bukan untuk FAME. XD

feel free to read.
it's so worth it..

Saturday, March 19, 2011

percy jackson & the lightning thief!

ada la dekat 2-3 bulan movie aku amik dari seorang hamba Allah ni... tapi kesian kat movie ni.. aku telah pinggir kan dia sebab banyak lagi cerita2 yang lebih menarik minat aku... contoh2.. BABY & ME, KOIZORA, THE GUY WAS GORGEOUS, HE WAS COOL... eh apesal suma cerita korea... tapi itulah kenyataannya...hahaha :|

tapi tetibe ja kan nak TERbukak plak cerita ni... ajak si budak kecik yang tak kecik sangat tuu layan... ohh..memang...memang aku takde keja lain selain dari menonton movie2 :| dasar tak sedar diri :|

tapi kann...(eh banyak plak tapi budak nii) cerita nii bessstt! bet la sapa2 yang tak tengok lagi memang loser! :P
tapi aku rasa aku loser jugak sebab cerita ni dah lama jugak kot :| but, who cares!

cerita nii memang agak tak leh nak percaya la coz ni cita pasal tuhan2 dorang such as zeus si the father of gods, pseidon, hera, athena dan segala bagai.. tapi, jalan cerita dia nice jekk, memang menarik untuk ditonton.. sapa pun nak percaya pasal tuhan2 dorang ni kan... tengok suda.. nikmati jalan cerita yang menjanjikan benda2 yang menarik... cait! hahaha.. siap boleh tengok si medussa yang berambutkan ular... oh bahasa apa yang aku guna?? but, again, who cares...

bes la.. first time aku tak ngantuk tengok cerita2 yang fakta2 nii.. first time aku rasa bes.. :|

tapi sumpah... kalu TOPAZ tak buat evening with house pasal all the gods nii., aku takkan paham jalan cerita movie nii... :|

nice one.. thumbs up!


hot kan! mamat citer KAIZORA... oh saya cair... :|

Friday, March 18, 2011

keselesaan datang di kemudian hari...

why? why?? why???

kenapa cuti aku susah sangat nak effective nii... liat sunggoh... awat tak tao....

please la... sedarkan diri anda dari diulit mimpi2 indah... takpayah dok selesa sangat lah... tak yah dok lepak melampau sangat laa... tak lama dah pun.. pas ni nak tidoq sampai malam pon xpa dah... lepas ni boring plak nak tidoq... so, la ni.. jangan tidoq lagi ok... lepas ni dok la nganga ja pon depan laptop... xpa. xpa. tak dak orang nak marah... nanti dah tak payah hadap dah pon buku2 a-level... la ni la pon masa nak hadap, hadap lah la nii... nanti rindu pulak nak ngadap buku a-level...ok??? :|

Thursday, March 17, 2011

medical check-up

seharian... first time lak tu... :|
ingat kan medical checkup yang macam biasa tetapi sebaliknya... sangat luar biasa. banyaknya test yang nak di-check..lama =.=

first, timbang berat n tinggi... normal ah tu kan.. berat aku ---- ok skip. part yang best skali tinggi laa...ada ka first2 check depa baca tinggi aku 190cm! hai... gila ka apa... rabun ka... hampa yang dok tengok aku hari2 mesti la tau.. agak2 la takkan tinggi aku 190. nak perli aku kaa..=.= pastu dok suh aku naik 2-3 kali menatang penimbang tu... nurse pon taktao guna menatang tu ka. biaq btoi. aku salah p ka... padahal putra medical centre kot. swasta! mahal cekk.. suma sekali RM305. tapi baca penimbang tak qeti... haizz

then, ada la lagi check macam2.. mata, telinga, blood pressure, mulut.... hidung???what? pahal nak check hidung aku do? siap suluh2 lubang hidung aku nii.. then, dorang mintak urine atau dikenali sebagai ayaq kencing.. euww... ok, sangat tak mao cerita part ni... pastu blood test, cocok2... sian aku. :( dorang sangat tak percaya kan kitorang sampai nak suh kami buat pregnancy test, drug test...bla..bla..bla

part paling best mesti la x-ray..bes ke? haha... muka xleh blah bila masuk tempat x-ray. aku teringin sangat nak buat x-ray... dari dulu lagi tu memang salah satu daripada impian aku...  akhirnya, tercapai gak impian... nak kata syok pasepa, aku pon taktao. pasepa tah... hm, nak kata ada doktor muda yang hensem, tak jugak... manusia la ni pelik2... aku memang pelik.

time lepas x-ray tu, nak tunggu nurse bagi tau papa, ternampak satu bilik ni.... yang aku penah tengok lam buku ja...BILIK MRI.... berayaq mata habeh... terharu dapat tengok bilik tu depan mata... MRI atau Magnetic Resonance Imaging... benda ni cam x-ray gak tapi dia lagi cool sebab dia tak jejaskan sel-sel dalam badan macam x-ray sebab dia pakai magnet2 while x-ray kan radiasi.... cool.... pelik gak awat aku syokk sangat.. haha

seminggu baru dapat result. harap2 baik saja. huhu.

itulah pengalaman pertama aku bermedical check-up.. :| derr.. poyo

Monday, March 7, 2011

hujan oo hujan

hujan lebat + angin kencang.... kombinasi yang menarik untuk main hujan... main2 air. depakan tangan menghadap ke langit. macam titanic! menari2. cerita hindustan menarik nih! dum dum chak! dum dum chak! (ni aku tak buat) yeah!

* sakit kepala*

~ hoi! mana boleh mandi hujan! sok ada test. CHEMISTRY! jangan demam plis2. exam pon da nak dekat. jangan nak gatal2 mandi hujan dah! lepas a-level takpa. okeh?!

Sunday, March 6, 2011

enjoyed and horrible weekend

lalala~

jumaat enjoyed sebab dapat main tennis untuk pertama kali. huh. aku memang ketinggalan. tapi tak kisah pun. seronok jugak dapat main tennis uh. main tenis peluh macam pecut 100  meter. bahkan lagi penat. huh. sihat2...

sabtu enjoyed sebab pergi shopping. lagi? kali ni dekat times square. first jugak uh. tapi tak kesah la... even kitorang naik bas trip kolej ke mid, tapi kitorang melencong plak pi times square naik teksi lak kali ni. berhimpit-himpit 5orang dalam teksi. nasib laa pakcik tu baik kasi 5 orang naik. hee~ sesampai ja times square, gila jugak ah tengok banyak gila barang murah2. seploh kali ganda beza dari mid vel bagi yang tak mampu macam aku ni. tapi tension jugak ah sebab murah sangat. rasa macam nak beli suma benda pulak. haih. susah betoi. pastu pukul 5 baru kalut nak pi mid plak sebab bas kolej tunggu kat situ. habis suma jenis tren kitorang naik untuk sampai mid balik. dari monorel, rapid, pastu ktm. dengan hujan mencurah-curah ke ladang gandum. memang melancong sakan! tapi bes...heee.. then lepas da balik tak dan apa2 teacher da datang sebab kat umah beliau ada wat makan2. farewell. ouh teacher. you're the best teacher that i had ever have! you are so concern. sweet. we, block 6, gonna mis you and your warm hugs. we're very lucky to have you as our IELTS teacher. aku cuma sempat tukaq tudung yang basah kena ujan. sumpah mula2 ingat kelas aku ja, rupa-rupanya ramai siot. ramai. ramai. kemain lagi aku pakai selendang uh. huh

ahad agak sengsara sebab baru nak start study. dengan test CHEMISTRY nya esok. full A2 format. terbaik.....horrible............ =.=

Friday, March 4, 2011

hari ku makin sibuk

makin hari bahang A2 kian dirasai oleh student2 ky.

bahang mock exam yang semakin mendekat.

debaran kian dirasai.

jantung berdegup deras.

keresahan.

cuti mid sem bagaikan satu musibah.

satu-satunya cuti yang tidak dirasakan indah.

makin kurang yang berfacebook.

makin ramai yang membanjiri RC,

makin banyak RC menerima tempahan fotokopi past year... kaya doe RC

printer di it lab semakin cepat habis dakwat menyebabkan mrs B semakin hangin.


tatkala sang cikgu pulun menghabiskan silibus, si student semakin penat menghadam...

si student ini semakin bertambah sibuk menelaah. banyak benda yang harus dilakukan. banyak lagi yang dirasakan belum mengcukupi. A2 yang mencabar jiwa dan minda.


si student sudah dapat merasakan masa semakin tidak mengizinkan sedangkan masih banyak untuk menelaah segala yang dipelajari.

di tambah pula dengan keresahan di hati yang tiada hentinya. memikirkan. 

hati tidak tenang. bergelora.

si student merasakan tekanan itu semakin bertambah. harapan keluarga di samping keinginan yang tinggi, membuak-buak untuk melanjutkan pelajaran selanjutnya pula. semangat yang jitu. azam yang tinggi. harapan yang besar.

dengan harapan, semua yang dirasakan ini berbaloi setelah 2 tahun berjuang. tidak disia-siakan. perjalanan di sebuah kolej yang banyak memberikan pengalaman yang baru bagi si student.

selamat ber-a-level.