Saturday, July 16, 2011

lafazkan kalimah cintamu




besar kesalahanku,
besar lagi keegoan mu...



oo yeahh.. kalau bes baru bole reveal tajuk novel kan... muahaha
penat nih nak habis 800 muka surat lebih! dan aku telah habiskan dalam masa 2 hari! ewahh... kalau buku ilmiah2 tu 2 minggu pon xkomfem habis kannnn...

2 hari lepas, first time jejak kaki dekat Tesco Sg Petani selatan!wah2.. takyah nak buat perangai jakun laahh mekk.. lepas membeli beberapa barang dapur(kononnya) tersinggah plak POPULAR dalam tesco tuh. tapi kan awat tah..aku rasa semua tesco sama ehh.. i mean dari segi kedudukan kedai kat dalam tuh.. sesekali aku terasa macam dok dalam Tesco Alor Setar plak @.@

ni mai ceq nak habaq cekk macam gila masuk dalam popular tuh!depan2 tu banyak gilo2 novel.. waaa.. kalau aku ada kad kredit, banyak jugak eh bule aku bedal, tapi nasib xda ja... hah, berangan ja la nak ada kad kredit, keja pon dak lagi!

so, terpaksa la beli satu jek. yang bes tuu, ada diskaun 20%!! tak tau lah kalau da bg kat semua orang, tapi aku rasa dia bagi sebab aku 'paksa' dia.. "akak..akak.. ada diskaun takk??" pastu sambil buat muka kesian.. muahaha

tapi setakat aku tau lah.. novel nih da lama da pon.. aku ja lambat sikit, tak tao perkembangan novel dah masa di KY dulu. katak la katakan.. aishh

review



  • novel nih gempak dari novel yang aku beli dulu
  • novel ni mengisahkan seorang Tengku Aqilah yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, sebab bapak kureng asam tu menyalahkan dialah penyebab kematian isterinya yang meninggal sebab kanser payudara. nak jadi citer, masa mak dia mengandung 2 bulan kat Qila tu, dia kena kanser peringkat awal, kalau dia buat operation, probability nak sembuh dari kanser tu tinggi lah, tapi biasalah nak jadi cerita mesti la mak nih tak sanggup nak gugurkan anak dia. kalau dah gugur mestilah takde Qila, tak wujud lahh novel panjang2 tu oke..
  • then, lahirnya Aqilah yang dibenci oleh seorang bapak dan kakaknya.. konflik punya konflik sampai la si Aqilah tu bapak dia anta g belaja kat US sebab taktahan tengok muka dia. walah, seronok dapat bapak nih, benci2 anta anak gi belaja obersi.
  • lepas dia balik tuh banyak lah konflik2 yang muncul, & dia tah macam mana terkahwin dengan boypren kakak dia yang merangkap sepupu dia.. kamon ar? pahal nak kawin sepupu nii.. tak challenging laa.. muahaha


dah la tu..nak tau cerita panjang baca ar sendiri. penat aku baca novel yang tebal pada kamus oxford tuh, mana bleh bagitao.. yang pasti, novel ni berjaya jugak la membuat aku menitiskan air mata. titis2 je, takdelah sampai melalak2...

ego. ada apa dengan ego. ego tu dapat musnahkan segalanya. kenapa mesti wujud perasaan ego tu dalam setiap manusia? tapi kalau takda ego, kau tak layak jadi seorang manusia... jadi nak kata apa... tapi jangan ego itu menguasai diri seorang manusia..




okey,
tak rugi RM21.50 aku.. hahaha. then pasni, yeah satu lagi novel yang ditulis oleh penulis yang sama! yeah, aku menanti2 nak baca novel tu plak.. yang pasti lagi tebal pulak dari lafazkan kalimah cintamu ni... adoi! tapi takpa.. saya suka nih novel2 ni ^^ 


7 hari mencintaiku...ollaaa~




Thursday, July 14, 2011

malaysia dan ARSENAL

ewahh... gah betul nama arsenal tu haa siap font besar!!

nih saja ar nak menulis pepagi nih... bangun awal la katakan..koff3

bangun2 jek pas hantar sepupu aku tu gi sekolah sambil dok berlawan2 dengan nyamuk yang selambak dalam keta tu...tension jaa..mai mana taktao nyamuk bebanyak tu =.=

dalam keta tu, dengar ar radio hotfm pepagi yg citer pasal perlawanan ala EPL semalam padahal kat stadium bulit jalil jek. -.- bukan hape, aku tak menghamburkan kemarahan kat sini just memberi pendapat guwa tentang ini.


bukan hape, aku cakap perlawanan ala EPL tu sebab waktu aku tengok kat youtube kan semalam, stadium tu penuh dengan penyokong the gunners merah belakaa dalam stadium tu padahal kat malaysia, lawan dengan malaysia, tapi yang penyokong malaysia nye aku bole kira je kot [nak habaq betapa sikit tu]. memang sudah agak dijangka skuad negara akan kalah, tapi memandangkan skuad raja gobal kali ni lebih mantap dari biasa, aku berharap lah at least seri ke menang 1-0 ke.. tapi kalah 0-4, xpe ahh... yang penting semangat tu... pengalaman..


tapi yang aku nak cakap kat sini sikap penyokong malaysia dekat stadium tu... aku sebenarnya takdek ahh kat stadium tu cuma benda ni agak dibising2kan di fesbuk , radio belaka so aku tau ahh sket2... aku mungkin boleh paham lagi kenapa ramai gila orang pakai baju the gunners semalam, aku paham, aku boleh consider lagi ah, tak kesah sangat lagi, besa lahh penyokong EPL ni agak obses skit. paham sangat dah. tapi hat paling tak leh blah, pahal nak boo doe bila aidil injured!!! doe, this is unacceptable okay... this is malaysia kot.. pahal takdek semangat ke-malaysia-an langsung doe.. sedih kot... aku dengar pon dah #$%, aku taktau la apa pemain malaysia rasa semalam at that particular moment.

bukan hape, kawan2 aku ramai je yang tengok EPL, ramai jek peminat arsenal... sapa kesah pon, masing2 minat kan. tapi kalau dah lawan ngan negara sendiri sampai macam ni, agak2 ar beroww.. sedih la.

mungkin kalau penyokong lagi semangat sokong malaysia, keputusan 0-4 mungkin berubah. entahlaa... who knows..

dia nih.. dengar2 cam nak pindah g barca... so what?? muahaha






Tuesday, July 12, 2011

Sg Petanee

lama sudah tak menapak di blog ni..

malaih gila skang ni..padahal xbuat apa pon..haih. apa nak jadi taktao. mentang2 exam dah habis suma. ingat aku rileks ka..no.no.no.

aku sekarang tengah berlatih untuk menjadi mak sat..eh mak ke...drebar je kot =.=

aku menetap dekat sg petani skang yaww.. dek kerana mak sedara a.k.a ummi ku sekarang sedang berada di mekah untuk buat umrah, aku telah diamanahkan untuk menjaga anak2 beliau a.k.a sepupu2 aku. well, tak dak la menjaga sangat budak2 pon da besar pandai jaga diri dah, aku cuma tolong masak sikit2 (hehe.. okay tok yang masak banyak), tolong menghantar p sekolah, tucen, and banyak lagi. tapi aku takde lahh jadi mak sangat sebab dibantu oleh tok aku. tapi tok aku tak reti la nak bawak keta nak hantar diorang p sekolah. kecewa aku =.= hahaha 

tapi kan, semalam satu rumah jaga lambat & budak2 tu tak sekolah. oh, sungguh aku rasa bersalah sangat, down. nak wat cena aku memang bangun lewat kat umah. sorry ummi, akak dah kecewakan ummi T.T aku pon satu gagah jugak nak perabeh perfect neighbour malam tu jugak sampai tidoq pkoi 3.30, paham ja la nafsu tengok cita korea aku nih, gagah T.T

sekarang ni tak menetap kat jitra dahh.sob3.. rindu jiteqa :')

but2, sokayy. yang penting niat di hati ikhlas untuk menolong ummi jaga dorang :')  10 hari jaa. nanti aku akn balik jitra semulaa.. nantikan kemunculan aku jitra! i miss u like crazyyy!!

dan rasanya walaupon agak terlambat untuk ni, tak kira la nak jugak..terima kasih kepada kawan2 yang ingat besday aku 2 july hari tu, aku sangat terharu :') crying out loud

Tuesday, June 28, 2011

song in the brain..

she's got you high~



suka dengar lagu ni  ^^
suka dengar accent niiiii!!!

open your mind, believe it going to come to ~

takyah cerita panjang... dengar sahaja & tahu kenapa ia best :)

kasih

"awak ni comel macam arnab sayalah"
ni arnab eh??



baru saja habis membaca sebuah novel nih... interesting?? hmm.. entahh.. boleh tak bagi cerita yang best2 sikit.. lame la.. bosan la.. jalan cerita cliche sangat.. 

dah la nama Annura, pastu paling takleh blah panggil nura... sebab tu je aku beli novel nih ^^

tapi bosanla... create la seorang yang nama nura ni ada life bes sikit, ni tak, anak dara tua, dikenenkan dengan anak kawan parent beliau.. sedih tau baca :(

pastu cliche gila, ex-girlfren laki tu datang balik buat ayat sedih nak mati dah. pastu laki tu kesian and nak tangguhkan perkahwinan... 

taknak laa kawin lewattt...

bak kata alia...kawin sebelum umoq 25!!!

erk, tercapai ke....em 2,3 tahun lewat skit xpa kot noh..

urghhh.. tolong laa. nak novel yang menarik sikit ada tak...