she's got you high~
suka dengar lagu ni ^^
suka dengar accent niiiii!!!
open your mind, believe it going to come to ~
takyah cerita panjang... dengar sahaja & tahu kenapa ia best :)
Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall. Take a step today or never get that chance.
Tuesday, June 28, 2011
kasih
"awak ni comel macam arnab sayalah"
![]() |
| ni arnab eh?? |
baru saja habis membaca sebuah novel nih... interesting?? hmm.. entahh.. boleh tak bagi cerita yang best2 sikit.. lame la.. bosan la.. jalan cerita cliche sangat..
dah la nama Annura, pastu paling takleh blah panggil nura... sebab tu je aku beli novel nih ^^
tapi bosanla... create la seorang yang nama nura ni ada life bes sikit, ni tak, anak dara tua, dikenenkan dengan anak kawan parent beliau.. sedih tau baca :(
pastu cliche gila, ex-girlfren laki tu datang balik buat ayat sedih nak mati dah. pastu laki tu kesian and nak tangguhkan perkahwinan...
taknak laa kawin lewattt...
bak kata alia...kawin sebelum umoq 25!!!
erk, tercapai ke....em 2,3 tahun lewat skit xpa kot noh..
urghhh.. tolong laa. nak novel yang menarik sikit ada tak...
Monday, June 20, 2011
kamilah KPM :D
thanks buat afwa untuk gambar ni..
takyah la nak bayar tiga puloh hengget untuk gambar ni..haha
afiq anuar, kami sangat bangga dengan anda :)
teruskan usaha ye rakan2!
serius cikgu2 ni comel2 belaka...
smart lah :D
saya rindu anda semua :)
Sunday, June 19, 2011
tinggal kenangan...
kenangan terindah di Kolej Yayasan UEM... dua tahun berlalu dengan begitu cepat. sedih tak sedih, awards day 2011 sudah berlalu. bermakna tamatlah sudah A-level ku 2 tahun. cepatnya masa berlalu. aku dah mula merindui kawan2, chaletmates, batchmates dan semua memori2 bersama. semua events2 kolej aku rindu...
| kawan2 SMKJ!! |
![]() |
| bersama kawan2 se-KPM |
| bersama mak n abah.. tenkiu mak abah beli hadiah bunga walaupun mahal gila... takpenah dapat pon..hehe |
terasa baru sekejap induction week berlalu, skang awards day dah pun berlalu... kenangan induction week pon tersimpan rapi lagi... ky memberi impak yang besar dalam hidup aku. sungguh.
| induction week 2 tahun lalu... |
| lepas 2 tahun.. matched2 dah muka.. :D |
walaupun cuba untuk bertahan, tapi air mata ni jatuh jugak bila berpelukkan dengan chaletmate. shikin. sungguh aku sedih. tak tahu macam mana nak gambarkan. walaupun suma dah pakat cakap, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. sudah aku ingatkan pada diri sendiri tapi tetap air mata ni tak mampu bertahan.
![]() |
| sweet memory together with shikin, yana and shasha :) |
2 tahun di ky, dengan first time nya aku dok kat asrama(lebih kurang la) memang sangat terasa perbezaan. kawan2 pelbagai bangsa, dari serata pelosok dunia(over) pelosok malaysia suda.. semuaa aku sayang. yang dah tak kawan pon dah kawan balik dah. semua aku akan ingat. walaupun ada jugak yang penah tak tegur tu mintak maaf la, aku pemalu sikit, tapi aku kenal la semua satu batch aku InsyaAllah. harap2 suatu masa nanti kita akan bertemu lagi.. tapi mungkin agak susah untuk satu batch jumpa... warghhh! aku rindu ky!!!!!
| prom tangled! |
walaupun ky terletak di sebuah lembah yang takdak orang, yang susah gila nak dapatkan barang2, yang pekan terdekatnya ialah tanjung malim, yang kena RM25 untuk keluar dari situ naik teksi, yang bekalan air yang menyedihkan(tapi kami still boleh hidup). tapi memori2 di ky akan tersemat kukuh di hati.lepas ni dah tak perlu nak kalut pi kelas bio lambat, dah tak leh makan burger abang hafiz, takyah nak komen2 tenet ky lembab lagi, dah tak payah nak pergi bilik tv ambil air tapis, dah takleh nak cycling pegi tol dan pegi beli goreng pisang dengan muci, husna & yana!!
| memori kelas bio.. |
kelas math... kelas bio.... kelas chem...... kelas psycho..in my memory..
dear classmates, i'll always remember you guys...
dear KY, you will always in my heart..
all the memories are too precious to let go..
Thursday, June 9, 2011
bebas..aku naik bas!
saya sudah menamatkan... A-LEVEL...! terasa seperti burung di dalam sangkar yang baru sahaja dilepaskan
tak tahu lah macam mana nak cakap betapa lega nya, betapa sukanyaaa bila dah habis A-level ni... syukur Alhamdullilah... i loike!
sekarang dah tak payah nak susah kan otak fikirkan a-level. eh tapi tak jugak, result lagi =.=
tapi da tak leh nak buat apa dah... exam dah tamat, yang bole dibuat hanya doa dan doa dan doa...
tak tahu lah macam mana nak cakap betapa lega nya, betapa sukanyaaa bila dah habis A-level ni... syukur Alhamdullilah... i loike!
sekarang dah tak payah nak susah kan otak fikirkan a-level. eh tapi tak jugak, result lagi =.=
tapi da tak leh nak buat apa dah... exam dah tamat, yang bole dibuat hanya doa dan doa dan doa...



